Assalamualaikum semua. dan selamat sejahtera. haa ni pun satu
teguran kita sesama islam dan umat manusia. sebelum gua nak tulis tajuk ni ada
jugak terfikir enam tujuh kali. tajuk ni serius semacam. gua dah lah hanya
serius bila di bilik termenung je. macam mana pulak nak tulis entry seserius
begini. bagi mengelak kan salah faham gua bukan menulis entry ni di bilik
termenung. gua tulis ni masa 30 minit sebelum gua tido di atas tilam bercadar
biru.
Tegur ni mengikut definisi pandang ke depan ialah situasi di mana
satu pihak ingin menyampaikan sesuatu kepada satu atau lebih pihak sama ada
secara lisan atau pun perbuatan. secara perbuatan tu selalu nya situasi dimana
menegur rakan yang tengah minum dengan cara menampar ubun2 rambut rakan nya
itu.
Titik utama (main point) yang ingin diketengahkan oleh gua adalah
tegur menegur sesama manusia. kalau kita nampak sesorang itu melakukan
kesalahan atau pun sesuatu yang kita tak senang mesti akan tergerak hati untuk
menegur. jadi terpulang kepada individu itu ingin menegur atau mengambil sikap
diam kan diri.
Dari gua punya point of view, ada beberapa jenis tegur. tegur
untuk kebaikan, tegur untuk merasa diri dia hebat, tegur untuk elak dia ditegur
balik dan tegur sebab dah lama tak jumpa. tapi ada sesetengah tegur yang gua
tak tahu nak kategorikan macam mana.
contoh.
"capik, gua tak nak jalan dengan enko sebab enko terlalu
hensem. hilang pulak seri gua nanti"
"wei akmal lu ni terer betul main futsal. takut la nak geng
dengan lu. nampak macam gua kaki bangku pulak"
"tengok gua dah nampak macam pemalas. ni sebab lu lah fizi
rajin sangat. haha"
Itu semua kategori2 yang gua boleh bagi setakat ni. bukan apa
tegur ni bagi gua adalah satu benda yang susah sebenar nya. lagi2 menegur
kesalahan orang. terasa diri gua ni macam orang bersalah je bila tegur orang
buat salah. salah gua jugak buat korang salah faham dengan rasa bersalah gua
ni.
Ni gua nak tanya sikit. korang ok ke kalau menegur sesuatu
kesalahan itu padahal korang pun pernah atau akan membuat kesalahan sama
seperti itu. ramai akan kata "at least aku dah tegur orang itu, terpulang
pada dia nak terima atau tak". percaya atau tidak gua rasa 80% orang
menegur ni akan tak suka bila orang yang dia tegur tu tegur kesalahan dia tu
balik.
contoh:
"Senah aku nak cakap sikit ni tapi kau jangan marah
erh?"
"apa dia Joyah?"
"semalam aku nampak kau pakai baju terbalik. kelakar nak
arwah. kakaka"
"eleh dua hari lepas aku nampak kau salah bagi signal masa
nak masuk simpang. menangis jugak aku tahan gelak kat situ. kuikuikui"
"kau ni dah kenapa. sibuk hal aku. ada rasa nak makan mercun
bola ke?"
Tengok sapa pulak yang marah sekarang. ish3x. niat nak menegur tu dah betul tapi cara
penyampaian dan lontaran vokal tu dah salah. kan dah memakan diri. tegur ni
sebenar nya bagus bagi membetulkan sesuatu. cuma yang tak betul nya bukan semua
orang suka ditegur. apatah lagi diberi makan mercun bola. jadi pemahaman
tentang situasi dan masa yang tepat untuk menegur adalah penting bagi mengelak
kan salah faham. terutama menegur tentang fizikal seseorang.
Bukanlah gua nak menyarankan enko orang tak boleh menegur atau
menasihat. cuma kadang2 kita terlepas pandang benda2 yang patut kita buat dulu
sebelum nasihat. pikir dulu siapa yang kita nak nasihat, susun kata2 yang tak
menyakitkan hati, tengok keadaan sekeliling supaya kita tak mengaibkan orang
yang kita nak nasihat tu dan gunalah senyuman.
Haaa serius tak topik ni. takut pulak gua akan ditegur lepas ni.
kahkahkah. nampak tak. tak baik gelak macam tu. gelak berlebihan ni macam gelak
dengan syaiton. bagus jugak sebenar nye nasihat diri sendiri ni. terapi yang
bagus supaya kita dapat muhasabah diri supaya kita rasa rendah diri supaya
amalan tegur menegur ini dapat memberi kebaikan kepada kedua dua atau kesepuluh
sepuluh pihak.
p/s : jangan lupa tegur2 gua kat twitter =)