Saturday 2 June 2012

Ariyana Alwani Episod Dua : Buku Warna Biru



Teringat kisah bilik kuliah runtuh seminggu yang lalu. apa yang gua tahu pihak universiti terpaksa tutup kes tersebut. gara2 mahu menjaga nama baik universiti. fuuuuhh. selamat gua. tapi agak terkilan sebab gua terpaksa beli simcard baru. tapi nombor je lama. memang gua jenis setia pada nombor ni. banyak kisah di sebalik nya. malas nak dikenangkan. kalau dikenang rindu. kalau rindu nanti sayang. kalau sayang mesti gua lapar. nampak tak permainan dia.

Hari ni gua ke fakulti seperti biasa. ayam berkokok pun gua sempat dengar. matahari pagi yang bervitamin c meresap melalui celahan rongga2 kecil kulit. embun pagi semakin lama semakin hilang. semua nya dek kerana perubahan cuaca global. gua labuhkan sekejap tubuh ini di sudut terbuka aras3. sementara menunggu rakan gua meon sampai gua amik port dekat meja empat segi. eh. eh. gua terpandang sesuatu. sesuatu yang memang patut gua pandangkan setiap hari. itulah Ariyana Alwani. di suatu sudut meja tak jauh dari meja gua. comel.

Cantik betul tudung ariyana hari ini. warna ungu. lilitan nya walaupun ringkas tapi masih padan dengan bentuk mukanya yang sedikit bujur ditambah dengan pipinya yang pudar2 kemerahan. persis pipi bayi. dah lama gua perhatikan. ariyana begitu banyak koleksi tudung yang pelbagai warna. kuning, hijau, merah jambu, kelabu, magenta dan warna peberet gua sendiri iaitu merah dan ungu. kalau ariyana pakai warna kegemaran gua entah berapa juta kali gua akan pandang dia hari tu. salur darah pun bergetar lain macam. udara dalam paru2 mengepam dua kali ganda dari biasa. ahh metafora nya. betul lah bagai di kata. orang cantik pakai apa pun cantik. tapi cantik tu kan subjektif. setiap orang ada pandangan berbeza. mesti ada pro dan kontra. tengok. begitu susah nya hidup dengan falsafah manusia.

Mana meon ni. tengok jarum jam. pukul 12. kejadah nya pukul dua belas matahari baru je nak naik. cilaka. bateri jam gua rupanya dah habis. gua ni memang pesen pakai je jam tapi ada bateri atau tak, tak pernah amik kesah. bagi gua jam tangan tu dah macam aksesori sahaja. selalu jugak la gua di perkotak katik kan oleh member yang pura2 concern pasal masa. bertanya pukul berapa padahal ada nada perli dalam jiwa. gua hanya mampu ketawa.

Ariyana hilang dari pandangan. ni gara2 lamunan pada benda yang tak mendatangkan kadar faedah yang tinggi tadi. haishh. nun dijauhan gua tengok ariyana kabur dari pandangan sedikit demi sedikit. gerak langkah nya begitu laju. mungkin ke kelas agak nya. hampa. postur badan gua halakan ke destinasi seterusnya. cafeteria mak munah. milo ais cafe tu sangat sedap. mungkin milo tu diimport dari mexico. kaw dia lain macam.

Tapi. mata gua tak bertindak balas selari dengan gerakan badan. anak mata tiba2 terjeling pada satu buku biru di atas meja. tebal buku tu tak pula gua ingat. tapi yang gua ingat ariyana duduk di meja tu. apa pulak duduk atas meja. ingat ariyana gua tu tak senonoh ke. maksud gua dia duduk atas kerusi dan meja tu sebagai pengantara. lekas2 gua capai buku biru tu. perkara pertama gua buat ialah selak kulit hadapan buku. tertulis.

~ Ariyana Alwani binti Ahmad Azwan
~ 2008400***
“kehidupan yang ceria ibarat pelangi, pelbagai warna dalam satu jaluran”

Tappp. dengan pantas gua tutup buku biru itu. gua pandang kiri kanan. gua toleh depan belakang. gua senyum. senyum hari tu lain macam. tak seperti hari biasa. senyuman tu macam dapat langsaikan hutang ptptn. tak. lagi senyum dari tu. tiba2 hati gua menegur. “inilah masa nya lu nak berkenalan dengan ariyana. sekurang kurang nya adalah sebab. tak perlu susah nak buat2 langgar dia ke, buat2 tumpahkan air ke. buku tu dah ada. guna lah sebaiknya. nanti orang cakap enko kufur nikmat pulak”. daripada senyum tadi bertukar menjadi sengihan. gua genggam tangan kanan, bengkok kan siku, dan tarik kebelakang kedepan empat kali. sambil sebut “yesss”.

Gua bukak zip beg laju2. letak buku biru tu perlahan2 dalam beg. zip tu gua tutup cepat2. takut ada orang perasan. selalunya beg tu gua sandang kebelakang. tapi hari ni gua sandang ke depan. takut jugak ada orang bukak zip beg gua ni senyap2. orang lalu lalang pelik tengok pesen gua pakai beg. gua kisah apa. buah hati gua ada dalam beg. kenalah letak paling dekat dengan hati. ewah. tapi gua rasa kalau budak sekolah tengok gua masa tu memang diorang gelak 3 hari 3 malam. pesen belajar university tapi tak reti pakai beg.

Sebelum tidur malam tu gua jenguk balik dalam beg. takut jugak kalau buku tu tiba2 hilang. bereh. ada lagi. malam tu gua tido luar biasa punya awal. ada misi yang nak dilakukan esok. sebelum tido gua baca al-fatihah, surah 3 kul, doa tidur dan niat maafkan semua orang. selimut ditarik. mata ditutup perlahan. jiwa dikosongkan. dengan harapan esok hidup gua seperti pelangi.
(tidur pun masih tersenyum).

bersambung.....

3 comments:

kajaharuna said...

amboi.. takut sangat buah hati hilang sampai beg letak kt depan..

tido bace al-fatiha dengan 3 kul, awak mmg cool :)

Anonymous said...

jap2. aku nak ingat blik hr apa yg hg pkai beg kat depan . he...he...
-nisa :)

cherry blossom said...

Like