Sunday 18 September 2011

.:Perlu Ke Entry Macam ni???:.



selalu orang akan cakap "wahhh pergghhh fuhhhh dah lama x update blog . dah berhabuk blog ni . sorry la dah lama tak update sebab buzy bla...bla...bla..and la la la la la..." .

gua tak nak cakap macam tu . jangan paksa gua . apa yang gua nak sampai kan di sini adalah penting nya menjaga solat dan kebersihan . solat adalah tiang agama . dan kebersihan itu adalah sebahagian dari iman . alhamdulillah . lepas tanggungjawab gua dalam saling mengingati sesama manusia dan berpesan untuk diri sendiri juga .

banyak sebenarnya berlaku sepanjang gua tak update blog ni salah satu nya adalah rakan2 kat blog dah ada 100++ . bermakna ramai jugak lah tertekan button follow tu . alhamdulillah . terima kasih juga ditujukan pada sesiapa yang telah promote blog gua dan sudi letak dalam blog list . bila tak update ni gua jenguk la jugak list korang tu takut dah kne remove ke . nasib baik ada lagi . tapi dah kat bahagian 'show more' la . takpe2 pasni pelan2 gua daki balik . tapi nak tanya sikit macam mana nak tengok statistic yang lama2 . memang tak boleh erh?? sebab gua nak tgk viewers ramai datang dari link mana. sape bleh jawab gua ajak jalan2 sambil pandang ke depan . hehehehe.

thanks pada yang suruh gua update . lu orang buat gua serba salah pulak . gua appreciate lu orang yang singgah baca blog ni dan enjoy . bila lu orang happy gua pun happy . gua pun bukan nye jenis gila traffic . nuffnang atau sebarang iklan pun gua tak tampal kat sini . cukuplah buat gua happy bila tengok statistic viewers setiap entry tu makin bertambah . tapi kalau yang datang komen tu lagi gua sayang . ye lah bukan senang nak tekan button "post comment" tu . pastu nak tekan button "submit" lagi . 1340 kalori dah terbakar tu . yang tak komen pun sebenar nya gua sayang gak . ye lah bukan nye selalu nak tengok orang kat depan laptop sengih sorang2 sambil baca blog pandang ke depan .


bagi yang belum like page facebook ' Blog Pandang Ke Depan ' boleh lah berbuat demikian di button atas belah kanan bawah header sebelah entry atas profile . tak pun klik link ni je  Blog Pandang Ke Depan . benda ni penting untuk sape2 yang tak ade blog untuk tengok update terkini . padahal bukan nya gua selalu update pun  . page tu sikit lagi nak mencapai angka 100 like . makna nya hampir seratus orang je dalam 1 billion pengguna facebook yang like blog gua . bila lah lisa surihani nak like page gua ni . rrrrrrr .

erh lupa lak nak cakap . sapa2 yang terlajak jumpa dan add page fb personal gua tu, bagitau lah korang salah satu member dari blog gua . dengan pantas gua akan approve nanti .


bila dah masuk tahun terakhir sebagai pelajar kat universiti ni gua akan sedikit sebanyak buzy (alamak kantoi cakap buzy jugak) . nak merepek kat blog nanti takut ter merepek pasal study lak . silap2 istilah2 engineering yang ntah ape2 lak keluar . tahniah jugak kepada member gua Schafiq yang berjaya menunaikan impian nya untuk berjumpa blogger pilihan hati Amirah Filzah . siap tangkap gambar lagi . nak jelez kan gua lah tu .

Episode 4 kisah mael lambung dan ah chai gua akan sambung selepas beberapa entry lagi . kalau korang ada idea untuk diselitkan dalam episode 4 ni boleh kemukan potostet ic dan sijil BCG kat fb blog gua .


p/s : perlu ke gua post entry macam ni...hahaha .