Saturday 28 May 2011

.:Berfikir di Luar Kotak:.


sedang aku asyik on9 di meja opis, tibe2 aku ternampak satu kotak kat bawah meja . kenapa kotak ni ada kat sini . aku tengok lah dalam tu . kosong . sama sekali kosong . di sebelah kotak tu terdapat kertas2 yang bersepah . pada pemikiran aku, diorang ni kenapa lah tak susun kertas2 dan masukkan ke dalam kotak tu . aku pun rasa nak kemas tapi nanti lah . haaa . ni lah tabiat sestengah manusia, pandai nasihat orang tapi diri sendiri x nak perbaiki . alamak termarah diri sendiri pulak . takpe2 mood tengah on9 ni .

kadang2 tersengih aku sorang2 kat meja baca status2 kawan2 aku  kat fb . ada yang crita pasal bola , ada yang menulis ayat2 puitis (jiwa kacau agak nya), ada yang tengah marah pakwe dia, ada jugak yang tengah sedih dek kerana rindu kan sang kekasih, tak lupa juga yang cerita pasal politik .



status kat fb tu selalu nya x mencermin kan apa yang diorang nak sampaikan . dalam erti kata lain penyampaian status tu mencerminkn apa yang diorang nak sampaikan . haha . aku pun dah pening apa aku cakap ni . senang cerita status atau post yang kawan korang letak kat fb bermaksud lain tapi korang paham benda lain . senang cerita aku bagi contoh .

"tak sabar nak jumpa dia esok "

korang mesti pikir kan "dia nak jumpa pakwe dia esok lah tu" . yokyo je . padahal dia x sabar nak jumpa atok dia, sebab selalu nya bila atok dia datang, masa tu lah dia akan dapat duit, sbb atok dia bagi . maklum lah harga getah dah naik . haha . masa ni lah korang perlu berfikir di luar kotak . takpe2 aku bagi contoh lagi .


"go manchester united, kalahkan barcelona"

ape yang korang pikir?? . tak payah susah2 pikir aku bagitau terus . dari statement tu kita boleh tgk yang budak ni mesti 'die hard'  fan manchester united . mana korang tahu?? . cuba berfikir di luar kotak . sebenarnya dia ni fan arsenal . disebabkan barcelona dah kalahkan arsenal, so secara automatik dia akan sokong manchester united .ehehe . jangan marah ye fan arsenal guwa gurau je . kita test lagi cara pemikiran di luar kotak korang .


situasi ni berlaku apabila sorang mamat ni post kat wall kawan dia;
"woi ko hensem la"

"dia perli je tu" . bagus2 korang dah berfikir di luar kotak . takpun korang akan cakap . "dia nak suruh member dia belanja la tu" . takpun "fb member dia kena hack" . lagi gempak kalau korang pikir " member dia nak tulis 'hodoh' tapi tersalah tulis ". wahh korang dah improve . tapi jawapan tu semua salah . sebenar nya post tu member aku tulis kat wall aku . so x payah susah2 pikir . aku tahu member aku tu seorang yang jujur dan ikhlas . ahaha .


last but not list (english education) . selalulah berfikiran positif . kadang2 jangan terlalu cepat mentafsir apa yang kita baca dari mata kasar . siasat dulu . kalau tak tahu, tanya . bak kata pepatah "malu bertanya sesat jalan" . padahal aku hari tu tanya jalan kat sorang mamat vietnam ni pun sesat jugak . untuk penutup post kali ini aku selitkan satu status untuk korang "Berfikir di Luar Kotak " . (dipetik dari status sorang budak pompuan kat fb).


  "akuw menchi kau duwh . kaw katew sayunk akuw . p kow cuwrunk nan aku . gurl tuw jugark kow carikh . nangan nark carikh darh akuw . tyte darh x dew papew ." 

p/s : penat aku nak sebut....:P

Tuesday 24 May 2011

.:SIAPA MAHARAJA LAWAK??:.


korang tengok tak Maharaja Lawak (ML) . aku memang suka la sebab rancangan ni kompem2 kelakar habis sebab boleh dikatakan semua peserta dah ada cara tersendiri dan pengalaman melawak termasuk amir . tapi yang tak best nya lepas je astro tayang ML ni kat astro prima selama 2 minggu, tup tup tukar astro mustika pulak . aku ni mana lah ada duit nak langgan, nak isi minyak motor pun mintak kat mak . ahaha . so aku geram semua group kat facebook aku like . contoh nya :

Kami Mahu Maharaja Lawak Disiarkan Sepenuhnya Di Astro Prima
Bantah Maharajalawak Di Astro Warna
Kami Tengok Maharajalawak Tapi Tak Undi Pun
Kami Mahu Maharaja Lawak Disiarkan Sepenuhnya Di TV1
Kami tengok Maharaja Lawak kat YouTube Jer
Kami Mahu Amir Tersingkir ML
last2 memang dekat youtube je lah aku singgah . laju kot diorang ni upload . baru je sejam habis rancangan korang dah boleh bukak channel Youtube Mustika (ni aku reka je). so tenkiu kat uploader yang prihatin dan mesra pengguna . 

bagi aku sapa2 pun boleh menang . semua kelakar kot . bukan senang nak buat lawak sebenar nya . so tips nak bagi enjoy bila tgk ML ni ialah sebelum start rancangan je korang dah mind set nak gelak . ini penting untuk mengelak kan korang rasa korang boleh buat lagi kelakar dari diorang . (lagi saiko bila aku tengok ML dengan member yang memang dah putus urat gelak . muka series je padahal orang sekeliling dah gelak guling2 ) . so support lah peserta2 ni walaupun kadang2  lawak tu nak tiru macam Mr.Bean . hehehe

sekarang ni aku nak bagi sikit komen dan pendapat tentang peserta2 pulak . ni just dari pandangan aku je so korang jangan lah singkirkan@kutuk aku pulak . 

JOZAN
Sape tak kenal dua budak ni . bagi aku diorang ni memang terbaik . sebelum rancangan ML ni start lagi orang dah jangka Jozan akan menang mudah . tapi berdasarkan persembahan diorang setakat ni macam ada tekanan sikit . mungkin idea diorang terbatas sebab ini dalam pertandingan . diorang ni kalau bagi spontan memang makanan lah . so tiap2 minggu Jozan akan lakukan satu  situasi dan menambahkan unsur2 lawak dalam tu . kelakar jangan criter la . ingat tak Mael Lambung . peminat Jozan memang ramai giler . andaikata Jozan tak menang, dun worry aku tetap akan gelarkan diorang Maharaja Spontan .

NABIL
Bergerak solo dalam membuat persembahan . memang susah . tapi brader ni korang tau je lah steady je bila buat stand up comedy . hebat dalam menyusun cerita2 kelakar nya . punch line yang kena pada masa nya . kadang2 tu sindiran pun ada dalam lawak dia . cuma terasa atau tak je . idea baru dia memang banyak . paling best masa musical comedy . boleh pulak nabil guna lagu grenade kutuk boss dia . terbaik . nasihat guwa pada lu nabil . jangan over sangat . bukan senang nak puas kan hati semua orang . guwa tetap support lu .



SEPAH
bujang sepah ni dulu memang terkenal dengan double meaning tapi sekarang dah tak ada . lawak diorang sekarang memang tip top . boleh di katakan wajib lah tengok persembahan diorang tiap2 minggu . kalau tak rasa macam milo ais tak ade straw . hehehe . shuib yang dulu macam segan2 sekarang dah makin menjadi . nazri jangan criter lah . apa yang keluar dari mulut dia semua kelakar . so potensi nak menang tu ada . tapi kena tengok undi dari korang lah .





JAMBU

'muka legend hati cute' . perghh pink tu . mana korang nak cari pelawak yang pakai pink tiap2 minggu . jambu je boleh buat . kelakar dan comel lah persembahan diorang . bagi aku astro memilih jalan yang tepat gabungkan dua orang ni . sebab bagi aku kalau diorang ni buat persembahan solo memang kurang sikit . so gabungan yus dan tauke terciptalah komedi yang buat orang gelak tak henti2 . part nora danish tu memang best . undi diorang pun semakin meningkat . so goodluck untuk jambu .



BALAS
lawak bersahaja . cuma sekarang ni ramai cakap balas ni banyak buat lawak l*c*h . tapi selalu nya orang cakap macam tu akan gelak dulu baru cakap diorang ni l*c*h . betul tak . so kira kelakar la jugak tu . cuma kalau lama2 tu orang pening gak dengar lawak macam ni (kesian kat aku jenis yang susah nak paham..ehehe). tapi nak tengok ngan family pun segan . jap lagi mana lah tau tiba2 adik korang umur 5 tahun tanya kat mak korang "mak kenapa dia kira jari tu ada 11" . ahaha . berpeluh gak nak jawab tu . 




R2
"undi masuk" . tahniah kat diorang berjaya beraksi kembali . memang tak sangka diorang keluar awal . tapi ternyata peminat masih lagi nak tengok diorang mengklakakan semua orang . masa minggu diorang masuk balik tu memang persembahan lepas geram lah . terbaik . berbaloi dapat masukkan diorang ni . cuma kalau sapa2 yang selalu baca lawak2 dari internet atau mastika, akan perasan lah lawak R2 ni banyak dari situ . cuma diorang pandai jadi kan jalan cerita . so memang aku  respect lah . janji lawak . tak kisah la amik dari mana pun . 



itu je lah sedikit perkongsian dan penterjemahan tentang maharaja lawak ni . so jangan lupa tengok sampai final . tapi tak kan final nak tengok kat youtube gak . ermmm . ok lah dari pada tak tgk langsung .

p/s : aku tak tgk AF so tak ada lah entry pasal AF erh...:P

gambar diambil dari FB Maharaja Lawak

Saturday 21 May 2011

.:TIPS SEMASA CUTI SEMESTER:. bersama Dr BetoLkezouL

Masa cuti semester ni lah ramai student2 universiti paling suka . tapi kenyataan nya korang mesti banyak habis kan masa kat rumah . kalau macam guwa takpelah tengah praktikal . 

Tapi mengikut pengalaman guwa cuti2  semester sebelum ni, ibarat hamster dalam roda yang berpusing tu . makna nya pergi mana2 kat situ gak . ye lah maksud guwa jalan pergi dapur minum air pastu masuk bilik .  keluar lagi sekali pastu pergi ruang tamu bukak tv alih2 cerita indon . masuk balik bilik, ingat nak usha facebook . tapi semua status kawan2 korg dah 10x korang baca . itu belum amik kira berapa kali korang sign out dan sig in .



So guwa nak bagi tips skit macam mana nak bagi korang ceria dan menghilangkan boring di samping mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat luar . ce bace ce bace....

First... kalau korang ada adik kecik dalam umur 1-5 tahun, cuba pergi kat dia dan ajak berborak pasal isu2 semasa . kalau boleh mintak pendapat dia tentang fesyen2 terbaru . korang kena nampak bersungguh-sungguh la masa cerita tu . takut nanti adik korang rasa macam korang memperkecilkan diorang pulak . lepas dalam sejam dua borak tu, agak2 macam adik korang nak nangis tu, korang pergilah sambung tido balik .

Secondly... selalu kalau pagi2 mak korang mesti ajak pergi pasar kan . mesti boring giler . so waktu korang menunggu tu pergilah kat pintu pasar dan jerit .
"kak mari kak masuk2 macam2 ada, ikan, sayur , mesin tebu, mesin basuh, 
beli kak jangan tak beli " .  
dari situ kita nampak korang dah membantu para2 peniaga di samping memudah kan pembeli yang datang . silap2 ade gak mak cik yang berkenan nak buat menantu . siap gosip lagi
"Kiah cube ko tgk tu budak tu, anak si Peah kalau tak silap, belajar universiti tu, muda lagi tp kesian jadi macam tu..." . ahaha .
Thirdly... korang kan mesti ada facebook . so amik masa dalam seminit . pilih 20 profile awek cun/jejaka kacak yang korang rasa minat . then post kat wall diorang
" saya sayang awak, awak sayang saya tak, jom couple, kalau nak kahwin terus pun boleh jugak"
 kalau nak tambah lagi manja korang type lah macam "sayew sukeww tart awark..." (nyampah guwa) . dalam masa 5 minit korang tunggu lah . kalau ada rezeki diorang reply punya . tapi jangan salah kan guwa kalau korang punya friends tiba2 kurang, tak pun kena spam, lagi teruk kalau facebook hantar message " WE KNOW THAT YOU ARE BORING JUST NOW, BUT PLEASE BEHAVE YOURSELF, DONT DISTURB OTHERS EMOTION. TQ " . 

Lastly.. tips paling senang nak hilangkan boring ialah...


datang lah blogwalking kat blog guwa ni.....insyaallah tak de lah korang nak kena buat 
semua tips2 yang guwa bagi ni.....selamat bercuti...


Tuesday 17 May 2011

.:Practical, Tender, Roti Naan:.

ALONG BANGUN!! kejut mak guwa dengan nada melankolik . punyalah payah nak bukak mata ni . terpaksa lah guwa ambik masa 5 minit nak bagi mata ni bgn sebelum tuan dia bgn . ini lah masalah nya kalau dah tau hari ni nak start practical tidur lak pukul 4 pagi . takpe2 mungkin 1st day practical x banyak kerja, boleh lah wa mengulor nanti . ahaha. pergh mata guwa kabur2 lagi ni, guwa usha lah jam kat dinding, tgk jarum pendek lebih dari nombor 6 tu dah boleh agak belum pukul 7 pagi lagi . sempat lah nak mandi and solat subuh . alhamdulillah . selalu macam ni lah kat rumah, kalu mak guwa x kejut, subuh gajah la jawab nya .

*****


pusing2 je mengadap cermin...pergh ensem gak guwa ni . banggo mak den nengok anak kacak macam ni ha . korang pun mesti pikir mamat ni dah start lah tu nak bajet ensem . at least guwa cakap dalam hati . nak bagi confidence je sebenar nye . ehehe . confidence is the key u know (ni yg nak start balik english education ni ) . hari ni guwa pakai kemeja ungu dengan seluar yankee berkaki ayam . memang lah berkaki ayam dalam rumah x kan nak pakai kasut terus . mengamuk mak guwa, x dapat cium bau syurga baru tau . ahaha .

 
(ni bukan gambar guwa jgn terpikat lak)

*****

ting tong ! sakit tangan aku ketuk pintu kaca company . apsal la diorang tak letak button ting tong kat luar ni . pagi2 lagi dah guna tenaga nak ketuk pintu . tiba2 ada brader sorang ni bukak pintu memandangkan memang dia sorang pun dalam tu . guwa pun ingat nak speaking (padahal tau no yes alright thank you je) tapi memandangkan brader tu muka macam jawa skit guwa pun bagi salam dan secara automatik menggunakan bahasa kebangsaan . perghh . dah explain macam2 kat brader tu, "apsal kau datang awal" tanya brader tu dengan nada yang bertanya . "kalau saya datang lambat saya lah bos" jawab guwa dalam hati . guwa pun senyum je kat brader tu .
guwa pun jeling2 la tengok kat meja bro tu . penuh dengan table BQ . ni mesti budak QS (quantity surveyor) . walawei tepat ramalan guwa. lagi hebat dari paul sotong tu . bro tu budak uitm ghupe nye .

*****

eh ye ke??terkeluar kerut kat dahi aku . baru aku tau 95% staff kat sini alumni uitm rupe nye . makna nya diorang tahu lah macam mana budak uitm bekerja . paham2 je lah . ehehe . tapi bangga pun ada sebab ade gak company bumiputra yang berjaya macam ni . contractor class A tu . class A ni bukan macam kat sekolah rendah tu kelas 5 Amanah . yang ni bermaksud company ni punya project juta2 ke atas . ade macam rase nak sebut wow!! tak .

*****

zul kau bace ni . errr errmmm uhuhuhu . mak ai 100++ muka surat . guwa kene baca borang tender laa .  baru ingat nak tunaikan impian guwa pagi td . mata pun tak berapa nak ikhlas ni . kalau lah ade awek cun melintas baru semangat sikit . bagi tender 500 muka surat pun guwa sanggup selak 10x . melampau la tu . takpe2 . bak kata pepatah hendak seribu daya tak nak seribu dalih . maksud nya kalau dah practical tu x kan nak gaji seribu lak. org dah suruh baca pun kira ok . tersenyum engineer tu melihat mulut ku terkumat kamit bagaikan sedang mengeluh .



*****

alamak bos panggil pulak . terpaksa lah betul2 sikit tie yang dah senget akibat tensen membaca dari pagi . ting tong !!bile mase lak dalam opis ada loceng . saje je guwa nak tambah bunyi sebab guwa suke bunyi loceng . arghh persetan kan semua tu . masuk2 je isteri bos merangkap pemegang saham terbesar syarikat lah setia menanti kat meja lengkung tu . "sila kan duduk " baik nye bos . guwa pun duduk la. apsal la sopan sangat lu duduk ni zul . siap kepit lagi . bos tanya macam mana first day, duk mana, datang naik apa, kenapa pilih company ni dan macam2 lagi soalan yang releven . mestilah releven . x kan dia nak tanya dah ada awek ke belum, tgk AF ke x, lepak kat mana . jgn marah saya bos . ehehe . tapi yang paling best dia bagi chance kat aku sambung keje kat company after lepas praktikal . itu pun kalo prestasi aku memberangsangkan . dont worry boss . i try my best u know ....:P

*****

"baiklah saya tangguhkan meeting kita hari ni" kata boss besar guwa dengan nada tegas sambil membetulkan cermin mata nya yang tak longgar itu . pergghh first day dah masuk meeting . lepas ni setiap isnin petang memang kena datang lah meeting company . wajib oooo . "zul jom boss belanja makan " sergah sorang brader sambil menepuk bahu guwa . TERBAIK . memang tengah lapar pun . mana tak nya jam dah menunjuk-nunjuk pukul 7 malam . sampai je kat restoran mamak, apa lagi guwa bantai order naan chess with ayam tandoori + air bandung . thank you boss . minggu depan blanje lagi erh . sayang boss .



*****

pukul 9 malam sampai gak guwa kat rumah dengan basah kuyop . mestilah basah sebab kena hujan x kan kene simbah asid . mintak di jauhkan la . yang kes simbah asid tu memang x de keje betul la . pastu wat malu aku je simbah asid pakai moto ex 5 . dah la guwa pakai moto ex 5 . pasni aweks2 cun mesti takut bila nampak moto ex 5 lalu . siap lah ko penyimbah asid guwa saman juta2 sebab kurangkan market guwa .
guwa tido pukul 11 malam sebab penat sgt . esok hari wesak guwa kena datang keje pulak . kena siapkan tender yang nak hantar 2 hari lagi . rasakan zul . k good nite .

p/s : tak de fon camera masa ni...so x de gambar yg live...sorry..

Saturday 14 May 2011

Tengok Ni Ada Budak Baru!!

....assalamualaikum....

perghh walawei ting ting ting gedegang neno neno....agak kebudak budakan di situ...biasalah x ade idea nak post something yg different (english education)....

ni 1st entry aku...so (saya/aku/gua/ambo/abang/i) tak nak lah mukadimah panjang2 pasal diri aku...setakat ni aku saje je nak low profile(dulu masa kecik aku ingat low profile ni maksud die budak pemalu...)...


yang penting sekarang aku...


...nak buat blog ni smart n simple...ringkas n padat...

....perlukan tutorial blog or sewaktu dengan nya...

...link blog yg menarik untk di bace...sbb aku ni silent reader(betul ke word ni..ahaha) =)

...join gathering bloggers2( agak2 kalau saya ada 1 post je boleh join tak...plizzz)...


so bermula nye tarikh 150511 aku merasmikan blog sendiri (sambil cari benda yg nak dipotong macam org ptong reben  time upacara perasmian tu)

******
sekian terima kasih

p/s : habislah kalau member2 jumpe aku berblog ni...