Tuesday 22 November 2011

Harimau Muda Pandang Kedepan Dan Menang Pingat Emas

Brader ni memang Hero Malaya
PUAS!! PUAS!! PUAS! arghhhh . erh dah lain macam pulak bunyi dia . tak kisah lah . janji Malaysia dah menang pingat emas . memang perasaan menang emas bola sepak bagaikan menang keseluruhan Sukan Sea malah menghampiri perasaan menang world cup pun ada . penat suara bersorak taktala sepakan terakhir dari badrool melepasi masuk garisan gawang gol, teh ais rasa strawberi, roti canai rasa pizza . begitu manis nye kemenangan semalam walaupun disambut di kedai mamak.

Sebelum sepak mula satu Stadium Gelora Bung Karno penuh dengan lautan manusia merah putih, tetapi diMalaysia satu kedai mamak penuh dengan lautan order untuk menyaksikan perlawanan di kaca televisyen . namun demikian selepas perlawanan, satu stadium Gelora Bung Karno terdiam tetapi satu Malaysia bersorak dan menjerit kegembiraan . satu stadium bergelora air mata meratapi kekalahan Timnas Indonesia tetapi satu Malaysia menangis kegembiraan kerana dapat mempertahankan 'ibu' segala emas .

Tahniah buat keseluruhan pengurus dan pemain Malaysia yang memang jelas tidak putus asa dan pujian harus diberikan kepada mereka yang mempunyai kekuatan mental untuk menghalang segala provokasi yang berterusan . Bab provokasi ni akan dibincangkan hujung2 entry ini . "Dulu kita RAJA....Sekarang kita memang ONG " . ungkapan inilah dapat menggambarkan kemenangan dua kali berturut turut bola sepak di Sukan SEA . Kemenangan berganda ini telah dimulakan 2 tahun lalu oleh Datuk K.Rajagobal diikuti oleh Jurulatih Ong Kim Swee . next Sukan SEA kat Myanmar diharap jurulatih seterusnya dapat melaksanakan kemenangan hatrik buat Malaysia .


 Gambar diambil dari Utusan Malaysia


Dari analisa anda siapa Pemain terbaik semalam ??. kalau ikut naluri para2 gadis sudah tentu akan memilih di atas dasar kehenseman iaitu Khairul Fahmi Che Mat ataupun Nazmi Faiz . dan kalau memilih diatas dasar cinta mesti korang pilih Fakhri . betul tak? ahaha . sekarang gua nak analysis dari sudut pandangan dan nafsu gua . Sebelum tu nak bagitahu susunan posisi terbaik dulu . bagi gua pertahanan adalah posisi terbaik diikuti bahagian tengah dan seterusnya bahagian serangan . pasukan pertahanan dapat menyekat dengan baik serangan indonesia walaupun sedikit leka . tetapi anda terlupa tentang Apex kita . ya siapa lagi kalau bukan KFCM . bukan Kelantan Fried Chicken Mek erh . ni Khairul Fahmi Che Mat . memang dia berpegang pada slogan kurangkan kontrovesi tingkatkan prestasi . cemerlang menjaga gawang walaupun dilanda macam2 tomahan . wacayasamalu apex .  

Muslim dan Mahali tenang menjaga barisan terakhir Malaysia dengan membuatkan penyerang Indonesia terpaksa melakukan aksi2 Sinetron setiap ptang pukul 3 untuk mendapatkan penalti . Penjaring gol penyamaan dari Azra membangkit kan semula semangat rakan2 . Tandukan tersebut seperti gol dari Amri Yahya dahulu kala. "SPM APA ADA HAL" . Nazmi Faiz membuktikan pengorbanan nye tidak mengambil SPM tidak sia2 . menyarung jersi 21 bagi faiz seperti mendapat 21 A dalam SPM . yang terakhir ialah ketua pasukan iaitu Badrool Bakhtiar . Peranan sebagai Kapten pasukan kebangsaan bnyak menyuntik semangat kepada rakan2 sepasukan . Beliau banyak merencana bahagian tengah dan sering melakukan percubaan dari jarak jauh . kalau dia improve lagi shooting dia memang dah perfect .





"Menang kalah adat pertandingan" . tapi ingat itu pepatah melayu bukan indonesia . oleh sebab itu terjadi lah perkara2 yang tak diingini apabila sestengah rakyat indonesia tak dapat menerima kekalahan . segala cacian dan makian berleluasa di internet . lagi2 di FB contohnya . kita beruntung jadi rakyat Malaysia sebab dah diterapkan budaya hormat menghormati dan bertolak ansur .  setiap kali ada provokasi dari seberang mesti ada rakyat kita cakap
"biarlah diorang nak cakap apa, tuhan je dapat membalas"
"kita kan serumpun buat apa nak gaduh2"
 "bila kita menang nanti tak payah la buat provokasi, janji menang"
" aku percaya fakri akan berjaya satu hari nanti"
haa tengok . semua rakyat malaysia komen yang positif je . biarlah bendera dibakar, biarlah lagu negaraku di boo kan, biarlah dituduh pencuri budaya, tetapi gua tengok rakyat malaysia tetap tenang dan jawab dengan ayat2 yang sopan . itulah beza nya ketamadunan dulu dan sekarang . tamadun dah berubah tapi masih lagi ada mentaliti memburuk burukkan dan tak menghormati orang lain . terkilan jugak gua lagu negaraku di main main kan . ditambah lagi dengan mereka menyebut perkataan m****g semasa lagu Negaraku sedang di mainkan . hanya gelengan kepala je gua dapat buat masa tu .



provok provok provok . itulah benda yang pasukan kebangsaan kena lalui sepanjang berada di sana . semasa latihan diganggu . nak pergi stadium pun kena ganggu . nak pergi tandas pun gua tak tau ada orang tahan ke tak . kalau di malaysia terkenal dengan kereta proton tetapi kalau ditanya kereta apa yang terkenal di indonesia, sudah pasti Baracuda (kenderaan anti-rusuhan) . mainan psikologi betul bila kena naik benda ni . memang tak ada kat mana2 perlawanan bola, pemain kena naik kereta kebal tu . tapi rakyat malaysia kan berfikiran positif . itu makna nya Malaysia adalah pasukan yang digeruni dan menjadi sasaran untuk dikalahkan walaupun dengan cara apa sekalipun . beza memang berbeza pemikiran dua negara ini . gua tabik rakyat Malaysia . proud to be malaysian .

TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT PASUKAN HARIMAU MUDA !! KAMI DOAKAN KAN KEJAYAAN ANDA SELALU.....IKHLAS DARI [ZOUL PANDANGKEDEPAN]

p/s : tapi gua suka Sokerleaks...'kesopanan' diorang tu gua maafkan....:D

Friday 11 November 2011

.: Cinta Buku Kat Muka :.



Purata rakyat malaysia membaca adalah 2 buku setahun . tetapi statistik tersebut berubah secara drastik sejak 2008 apabila rakyat malaysia membaca buku setiap sejam dalam sehari itupun hanya membaca 'muka buku' sahaja . isi kat dalam tak tahu la baca ke tak kerana kajian masih di jalankan . 
Cinta muka buku pula telah menimbulkan satu fenomena di mana rakyat malaysia di kejutkan dengan semangat anak muda yang bernama najwa latif yang sangat cinta kan budaya membaca . sikap sebegini harus di contohi pada kanak-kanak sekarang . 
Justeru itu penularan budaya membaca buku menyebabkan budaya pinjam meminjam  buku pula merebak dengan cepat seperti virus batuk anai-anai .  kalau dahulu sang jejaka selalu memberi alasan meminjam buku untuk mengorat si gadis tetapi kini mereka menggunakan alasan cinta pulak untuk meminjam buku . lihatlah betapa kuat nya penangan membaca di kalangan remaja sekarang .
Maka terciptalah sebuah lagu yang dikarang oleh seorang insan yang mempunyai pengalaman di pinjam buku . lirik ini akan lebih  menarik jika di nyanyikan sambil pasang lagu asal "Cinta Muka Buku" . .

Tajuk Lirik Lagu: Cinta Buku Kat Muka
Artis/penyanyi: Najmudin Letup (sepupu Mael Lambong)
Kita berkenalan hanya depan laman rumah aku
Kau hantar makanan dan suruh aku rasa dahulu
ooh..wuohh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu pinjam buku aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh..wuohh.. wuohh...benarkah buku itu..
*(chorus)
Bagaimana harus beri kata dua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita jumpa kat complex pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak pelempang yang hinggap di muka
Banyak tanda lahir dan juga jerawat muka
Otak kata jangan jiran sebelah pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta orang gila
Banyak soalan banyak juga dia tanya
Kata hati rasa nak dibelasah saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan main cak cak saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa kau nak baling buku ingat ku tak tahu Oooo…wuohh
Ini buku cinta novel ku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu dah tahu kau ubah topik dulu Oooo…wuohh
Itulah alasan yang satu, alasan nak pinjam buku..
ulang *(chorus)



Tuesday 1 November 2011

.:Lapar Itu Subjektif:.



ni entry paling pantas gua penah tulis . erh baru tulis 7 patah perkataan dah kata pantas . cakap tak serupa bikin . bikin tu sapa? hensem ke? penyanyi? pakcik jual eskrem? mungkin juga makcik yang tengah marahkan anak dia petang tadi .

tiba-tiba gua rasa lapar . semenjak dua menjak ni gua selalu cepat lapar . bila makan nasi goreng ke pastu stengah jam kemudian mesti lapar . mulalah nak cari biskut . masak air pastu bancuh dengan milo 3 in 1 . kan best kalau milo tu 4 in 1 . tambah perisa kenyang sekali . tak payah susah2 gua pergi cari makanan lagi lepas ni .

hampir 20 keping biskut jugak gua bantai . member serumah dah menjeling melihat gua seperti orang kehilangan bini2 . wah banyak nye bini . tapi gua abaikan persekitaran yang mengganggu konsentrasi gua semasa makan . selesai je makan gua kira balik biskut tinggal berapa keping . wah cukup untuk 3 jam yang akan datang .


cara mengelakkan lapar secara berterusan


pelik memang pelik . kenapa cepat lapar? ada orang cakap kadar metabolisme gua tinggi . lu orang tahu tak metabolisme tu ape . benda ni bukan nya sejenis semut api mahupun kuih raya . Mengikut rujukan dari encik wikiwikipedia
"Metabolisme merupakan tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup. Proses metabolisme merupakan asas hidup, membolehkan sel membesar dan membiak, mengekalkan struktur mereka dan membalas terhadap persekitaran mereka. "
so mengikut analisa gua yang lemah dalam bidang kedoktoran ni, bila metabolisme tinggi kadar tindak balas sel2 yang ada dalam badan terhadap makanan yang telah masuk dalam perut adalah cepat, ini menyebabkan proses penghasilan tenaga untuk badan adalah di kadar maksima . walaubagaimanapun jika gua tak guna tenaga yang dihasilkan itu gua akan lapar jugak sebab semua makanan yang telah diproses tidak wujud lagi dalam sistem kekenyangan dalam perut .

jadi sel2 lapar akan mula memberontak dan melancarkan mogok . menghasilkan bunyi2 kriuk kriuk bawang dan serangga di sekitar ibu kota perut . kalau mogok mintak biskut kering takpe . ni mintak mekdi, kepci dan teruti feruti .


menggunakan tenaga tak perlukan ruang yang besar


kadang-kadang gua tahan lah juga amarah lapar ni . maklumlah nak jimat . boleh jadi muflis gua di usia muda gara2 asyik makan je . kalau berat badan bertambah takpe . ni berat jari kelingking pun sama gak macam dulu . aduyai .

so bila dah jadi macam ni mulalah berjangkit ke mata pulak . asyik nak tido je . maklumlah nak elakkan lapar . tidur banyak pun tak baik untuk kesihatan . kalau berlapar lagi la . silap2 boleh gastrik . so for the conclusion , gua bukan lah jenis orang yang makan banyak tapi kena makan secara berterusan . sebab gua ni cepat kenyang dan cepat lapar . so kalau ada bakal2 doktor mahupun tauke2 kedai makanan yang nak bagi nasihat boleh lah cadangkan di bahagian komen .

tapi walau lapar macam mana sekalipun, ingatlah yang ada orang lagi memerlukan dari kita di sana . jadi berjimat cermat dan jangan membazir . kerana membazir itu amalan syaitan . bak kata pepatah " sebijik beras itu ibarat setitik peluh petani" . erhh pepatah ke??


ni bukan lapar, ni kurang ajar nama nya...:D


p/s : ada orang cakap kalau makan banyak ni ada bela SAKA...ahaha...SAKA makan tomyam seafood x??