Monday, 11 July 2016

Slot Cerekarama Jam 10 Malam : Pak Dollah dan Isteri

         Sepoi-sepoi angin malam bertiup di halaman rumah Pak Dollah. Sekali sekala terdengar bunyi cengkerik bertengkar di semak belakang rumah. Pak Dollah kelihatan sudah separuh mengantuk sambil berbaring di atas tilam Dreamland yang baru dibeli nya minggu lepas.
 
        Kelihatan isterinya, Milah masuk ke bilik bertempekkan bedak sejuk di muka. Terkejut kecil dibuat nya Pak Dollah apabila melihat isterinya. Namun disembunyi riak muka nya takut2 isterinya berkecil hati. Isteri nya terus menyapa...
 
Milah           : Awal abang nak tido. Jom ler kita berborak serangkap dua. saya tak mengantuk lagi ni.
 
Pak Dollah : Milah. Abang ni kuota untuk berkata-kata dah habis. engko bukan tak tahu kuota perkataan lelaki ni dalam sehari hanya beribu je. lainlah perempuan. kuota engkorang prempuan ni beratus ratus ribu perkataan sehari.

Milah           : ah abang ni. apa je yang abang bercakap hari ni. banyak tido ada lah.

Pak Dollah : tadi abang ada membebel dekat budak2 bising depan rumah tadi. terus kuota abang habis. speed bercakap pun dah kurang ni. tapi engko tak payah lah risau. abang ada lagi kuota sebenarnya.

Milah           : kuota apa bang?

Pak Dollah  : ada 3 lagi kosong. kuota penuh kena 4.

malam tu pak salleh tidur beralaskan lantai, berbantalkan lengan. ditenung lama kipas siling sebelum dapat melelapkan mata. Ciss tak dapat merasa tidur atas tilam Dreamland.
 
 
 

Friday, 18 March 2016

ALAMAK!!!DAH JUMPA

 
HAI KAWAN-KAWAN YANG BARU SINGGAH DI BLOG NTAH APE-APE NI. HARAP SEMUA DAPAT MENJAGA TINGKAH LAKU YA. KAHKAHKAH
 
 
 

Thursday, 14 January 2016

Ariyana Alwani Episod Enam : Lambat Betul Kau Ni Zack



Sejenak gua membelek-belek helaian demi helaian kertas di dalam sisipan dompet. Seringgit, dua ringgit, tiga ringgit. Gua menggaru kepala yang tidak gatal. Ciss rosak program gua.

Hajat di hati gua nak belanja Ariyana makan tengah hari. tapi apakan daya, langit tak selalu cerah, payung tak sempat sedia dah hujan.

Sementara menunggu kelas seterusnya, gua lepak dekat bangku kayu bawah pokok apa pun gua tak tahu nama nya. gua harap pokok tu bukanlah pokok apple. sebab gua malas nak cipta equation kalau2 ada apple jatuh atas kepala gua.

engko orang pernah ada perasaan dalam hati tak macam ada sesuatu je yang nak berlaku. tapi korang sebenar nya buat tak tahu je perasaan tu. contoh nya macam kau makan cendol tapi kau tak nak amik tahu yang cendol tu sebenarnya minum atau makan. ermmm.

dah dekat. perasaan tu semakin dekat. elehhh korang pun dah tahu apakan.

"tak lain tak bukan ariyana alwani la tu yang lalu" kata minah

"cerita ni macam pusing2 korang dua je jumpa" kata joyah

"episod depan mesti jumpa lagi" kata rogayah

sekali sekala gua terdengar suara suara mengumpat yang entah dari mana. risau jugak benda benda begini menjadi viral.

"shuhhh shuhhh..." gua menghalau bisikan syaitan.
 


"Awak". nada melankolik keluar dari kotak suara gua. perjalanan darah dalam badan berada dalam keadaan normal.

"Ya, saya ke?" Ariyana menoleh perlahan. Mata dia membulat. memandang tepat ke dalam retina mata gua. darah mengepam lain macam laju nya.

"Ermmm. Ariyana Alwani kan?" gua menunjuk gunakan ibu jari. sopan betul orang melayu ni.

Ariyana tersenyum.

"Alamak lesung pipit awak terkeluar" kata gua dalam hati.

"Eh siap nama penuh lagi. Panggil je Ariyana atau Al" senyum itu masih berterusan.

Kalau ikutkan nak je gua panggil sayang. nasib baik gua masih lagi waras masa tu.

Suasana sekeliling seolah olah sunyi. seperti memberi laluan kepada dua insan yang memendam sesuatu dalam hati. bahasa tubuh yang yang kadang kala hilang posisi. mulut diam bibir terketap rapi. kicauan burung mendecik rapat di sisi. kadang kadang muncul bunyi cengkerik memecah sunyi. entah binatang apa pulak yang nak berbunyi lepas ni.
 
 
 
 
"sebenarnya, saya......"

2 baris gigi gua bersusun mengukir sengihan. nasib baik pagi tadi gua gosok gigi guna ubat gigi safi. harum dan suci. sesuci perasaan ini pada ariyana alwani. wahhh berpantun pulak gua dalam hati.

terasa bagai tulang peha pulak bergetar. pelik jugak. biasa nya gua dengar tulang rusuk yang bergetar.

ooo patutlah ada orang call gua rupanya. perlahan-lahan 3310 dikeluarkan dari poket seluar.

*Meon calling..*

ahh meon ni x lain mesti nak gua tolong tanda tangan untuk dia kuliah kejap lagi.

berdengus gua dalam hati.

gua angkat telepon. 26 saat jugak perbualan gua dengan meon berlarutan. Muka Ariyana sedikit sebanyak menunjukkan raut bosan.

seusai je gua tekan button merah dekat keypad fon. ariyana membuka mulut. buka mulut seperti ingin berkata sesuatu. bukan buka mulut ngaaaa macam tu.

"apa yang awak nak cakap tadi. nampak macam penting je"

ariyana melibas libas bulu mata nya. wahh sungguh metafora ayat gua.

"tengahari besok....." perlahan lahan gua menyusun ayat.

sekali lagi. perasaan sesuatu tadi datang balik.

kali ini perasaan menyampah. tepat sekali. Fakrul meluru datang.
 
"Ariyana. Ariyana" fakrul menempik. gua tak paham. jarak 5 meter pun menjerit macam ariyana tu
2 marhalah jauhnya.
 
gua ada bau2 orang nak potong jalan cerita gua ni. gua berenti menaip berkata kata. fakrul meneruskan kata kata.
 
 
"Profesor Madya Dr Habibah nak jumpa awak. nak bincang pasal lawatan ke kedah nanti. sekarang"
 
entah apa masalah fakrul ni bercakap tapi jeling-jeling gua.
 
gua hanya memerhati ariyana berlalu pergi begitu sahaja. tiada ucapan ditinggalkan di mailbox. semua nya gara-gara si fakrul yang gua rasa ada besi di sebalik konkrit.
 
gua geram. gua geram. rasa nak terajang sesuatu je.
 

"zack!!!"

terkentut terkejut gua mendengar sergahan dari arah penjuru bangunan.

"ooo kau rupanya akmal, kenapa??" sergah gua balik. gua harap akmal tak terkejut.

"petang ni jom main futsal tempat biasa"

"elok la tu. nasib baik engko ajak gua awal2. sebelum gua tendang orang, baik gua tendang bola"
gua pun gelak di penghujung ayat supaya tak nampak sangat gua tengah geram.

akmal pun cuba memahami tapi dia tak nak amik peduli pun. jadi dia buat muka tenang seperti biasa.

***

petang tu gua sepak bola laju semacam. skill pun macam2 keluar. peluh pun merembes luar biasa banyak. habis je main futsal kitorang pun lepak tepi padang.

akmal pun tegur "zack. gua nampak ronaldo dalam diri lu"

kami pun berhuhuhu dalam perjalanan balik. pandai betul akmal melawak.

tapi itulah sebenar nya terapi bagi gua untuk menghilangkan stress dari kesibukan pembelajaran teori dan fakta dalam kuliah. kalau tak bersukan mesti gua tido. masing2 ada cara nak mengawal kehidupan mereka. terpulanglah mahu jadi apa. mahu jadi hantu, mahu jadi buaya.

malam ni gua susun strategi macam mana nak ajak ariyana dating. manalah tahu gua boleh luahkan apa yang terpendam setelah berepisod lama nya.

tapi ariyana ni suka dating tempat macam mana. takkan nak ajak main skateboard. takkan nak ajak pergi tengok konsert justin bieber. ahhhh. gua dah mula bermain dengan teka teki.

susah susah gua ajak je pergi jumpa mak ayah dia....senang cerita.
 
 

Episod 2 : Buku Warna Biru
Episod 3 : Nota Hati Pertama
Episod 4 : Soal Hati
Episod 5 : Saat Bahagia

Monday, 3 August 2015

Perjalanan Baru Bermula atau Perjalanan Ini Masih Jauh





Terdetik di hati.

Apakah susur galur cerita hidup ini berlalu sangat cepat,
setiap saat aturan ujian yang dilalui dan ditempuhi,
hanya kudrat dan emosi saling menempuhi.

helaian demi helaian kisah silam yang kadang kadang menjengah,
menepis seketika alam realiti.

membuat kan minda ini terjentik oleh memori yang hanya tersenyum, melambai, dan hilang dalam sunyi.

seperti ada udang si sebalik mee,

adakah gula-gula yang dirasai kini,
akan hilang manisnya suatu hari nanti.

seperti bermain teka teki.

Perjalanan ini baru bermula atau

perjalanan ini masih jauh lagi.

moga kita ditunjukkanyang mana ori yang mana surgery.
yang mana mimpi yang mana bukan rancangan realiti.




p/s : baca jangan sampai berkerut dahi

Tuesday, 28 July 2015

Setelah Sekian Lama



Hampir 3 tahun tak post apa2 kat blog terasa macam ada kekosongan dalam kamus hidup. entah nak pakai kamus bahasa melayu atau bahasa inggeris. tengoklah. sekarang ni macam ada masa nak merembeskan idea. ini pun dah berapa kali aku taip. delete. taip. delete. nak post kat twitter macam dah lebih 40 aksara. 

tapi kan, banyak betul benda yang berubah ................


Tuesday, 30 October 2012

Tegur Menegur




Assalamualaikum semua. dan selamat sejahtera. haa ni pun satu teguran kita sesama islam dan umat manusia. sebelum gua nak tulis tajuk ni ada jugak terfikir enam tujuh kali. tajuk ni serius semacam. gua dah lah hanya serius bila di bilik termenung je. macam mana pulak nak tulis entry seserius begini. bagi mengelak kan salah faham gua bukan menulis entry ni di bilik termenung. gua tulis ni masa 30 minit sebelum gua tido di atas tilam bercadar biru.

Tegur ni mengikut definisi pandang ke depan ialah situasi di mana satu pihak ingin menyampaikan sesuatu kepada satu atau lebih pihak sama ada secara lisan atau pun perbuatan. secara perbuatan tu selalu nya situasi dimana menegur rakan yang tengah minum dengan cara menampar ubun2 rambut rakan nya itu.

Titik utama (main point) yang ingin diketengahkan oleh gua adalah tegur menegur sesama manusia. kalau kita nampak sesorang itu melakukan kesalahan atau pun sesuatu yang kita tak senang mesti akan tergerak hati untuk menegur. jadi terpulang kepada individu itu ingin menegur atau mengambil sikap diam kan diri.

Dari gua punya point of view, ada beberapa jenis tegur. tegur untuk kebaikan, tegur untuk merasa diri dia hebat, tegur untuk elak dia ditegur balik dan tegur sebab dah lama tak jumpa. tapi ada sesetengah tegur yang gua tak tahu nak kategorikan macam mana. 

contoh.

"capik, gua tak nak jalan dengan enko sebab enko terlalu hensem. hilang pulak seri gua nanti"

"wei akmal lu ni terer betul main futsal. takut la nak geng dengan lu. nampak macam gua kaki bangku pulak"

"tengok gua dah nampak macam pemalas. ni sebab lu lah fizi rajin sangat. haha"

Itu semua kategori2 yang gua boleh bagi setakat ni. bukan apa tegur ni bagi gua adalah satu benda yang susah sebenar nya. lagi2 menegur kesalahan orang. terasa diri gua ni macam orang bersalah je bila tegur orang buat salah. salah gua jugak buat korang salah faham dengan rasa bersalah gua ni.



Ni gua nak tanya sikit. korang ok ke kalau menegur sesuatu kesalahan itu padahal korang pun pernah atau akan membuat kesalahan sama seperti itu. ramai akan kata "at least aku dah tegur orang itu, terpulang pada dia nak terima atau tak". percaya atau tidak gua rasa 80% orang menegur ni akan tak suka bila orang yang dia tegur tu tegur kesalahan dia tu balik.


contoh:

"Senah aku nak cakap sikit ni tapi kau jangan marah erh?"

"apa dia Joyah?"

"semalam aku nampak kau pakai baju terbalik. kelakar nak arwah. kakaka"

"eleh dua hari lepas aku nampak kau salah bagi signal masa nak masuk simpang. menangis jugak aku tahan gelak kat situ. kuikuikui"

"kau ni dah kenapa. sibuk hal aku. ada rasa nak makan mercun bola ke?"

Tengok sapa pulak yang marah sekarang. ish3x.  niat nak menegur tu dah betul tapi cara penyampaian dan lontaran vokal tu dah salah. kan dah memakan diri. tegur ni sebenar nya bagus bagi membetulkan sesuatu. cuma yang tak betul nya bukan semua orang suka ditegur. apatah lagi diberi makan mercun bola. jadi pemahaman tentang situasi dan masa yang tepat untuk menegur adalah penting bagi mengelak kan salah faham. terutama menegur tentang fizikal seseorang.



Bukanlah gua nak menyarankan enko orang tak boleh menegur atau menasihat. cuma kadang2 kita terlepas pandang benda2 yang patut kita buat dulu sebelum nasihat. pikir dulu siapa yang kita nak nasihat, susun kata2 yang tak menyakitkan hati, tengok keadaan sekeliling supaya kita tak mengaibkan orang yang kita nak nasihat tu dan gunalah senyuman.

Haaa serius tak topik ni. takut pulak gua akan ditegur lepas ni. kahkahkah. nampak tak. tak baik gelak macam tu. gelak berlebihan ni macam gelak dengan syaiton. bagus jugak sebenar nye nasihat diri sendiri ni. terapi yang bagus supaya kita dapat muhasabah diri supaya kita rasa rendah diri supaya amalan tegur menegur ini dapat memberi kebaikan kepada kedua dua atau kesepuluh sepuluh pihak.

p/s : jangan lupa tegur2 gua kat twitter =)


Saturday, 22 September 2012

Ariyana Alwani Episod 5 : Saat Bahagia



Genap 4 tahun perkenalan kami. alhamdulillah hari yang ditunggu telah pun tiba. tercari cari gua di mana letak nya keris tadi. takut2 diambil budak2 dibuatnya main macam star wars. gua mengarahkan Seman lekas2 mencari keris tersebut. sebenar nya hari ini adalah hari perkahwinan gua. sebab itulah gua mencari keris sebentar tadi. sebab jarang betul pengantin lelaki menggunakan tombak sebagai perhiasan di pinggang.

Rasa nya tak perlu lagi diperkenalkan pengantin perempuan yang selamat gua lafaz dengan sekali sahaja di masjid malam tadi. gadis yang hidup nye penuh warna warni. terletak sepasang lesung pipit di pipi, terukir senyuman melirik malu, pipi kemerahan bak epal yang ranum. mata nya redup memikat hati, itulah gadisku Ariyana Alwani. 

Tak sangka perkenalan yang hanya bermula dengan sekeping nota berakhir di jinjang pelamin. betul juga bagai dikata jodoh itu ketentuan tuhan. kita yang merancang, Dia yang menentukan. Berkat kesabaran dan ikhtiar gua terbalas dengan seorang bidadari yang akan hidup bersama sama hingga jannah nanti. Insyaallah.

Majlis yang diadakan di rumah Ariyana tampak meriah dengan kehadiran orang2 kampung datang membantu memasak dan menghidangkan makanan. tema yang digunakan adalah warna pelangi. segala keputusan tentang pemilihan tema dan makanan gua serahkan sepenuh nya pada ariyana. gua percaya yang Ariyana betul2 mahu majlis ini berseri seri. teringat pula gua semasa di zaman universiti dulu Ariyana suka melukis dan mewarna di atas nota kuliah. comel betul. sifat nya yang suka akan warna2 itulah menyebab kan majlis perkahwinan kami sangat warna warni. bermula dari khemah sehinggalah ke pelamin. semua nya hasil idea Ariyana.




Mendung betul hari ini seolah olah menyambut tenang majlis perkahwinan kami. kelihatan awan kolumbus menutupi langit menenangkan mata yang memandang. gua pulak yang nebes ni entah kenapa. mungkin sebab pakaian agak nya. gua bermonolog cuba menteteramkan hati. setelah 30 minit bersiap, akhir nya tersergam indah sebuah pakaian lengkap berwarna ungu terletak di badan gua. warna ungu ni dipilih disebabkan Ariyana tahu yang warna kesukaan gua adalah ungu. prihatin betul dia ni. rasa nak cubit je pipi.

Gua capai henpon nokia torchlight di atas meja. nombor pertama dalam senarai nombor telefon gua tekan untuk memanggil (call). truutt trruutt. tak sampai 3 trrutt Ariyana dah angkat. terus gua mulakan perbualan.

"Assalamualaikum awak"

"Waalaikumussalam. ye saya"

"Awak dah siap?" 

"Belum. Baru nak pakai tudung ni. Awak dah siap? Hensem tak?" terdengar Ariyana ketawa kecil.

"Saya dah 2 3 kali salin baju. awak je yang tak siap2 lagi. hehehe. nanti awak tak mekap tebal2 pun takpe. terpikat pulak nanti pakcik yang tengah basuh pinggan. awak dah memang natural cantik. touch up sikit pun dah macam pelangi indah nya. hehehe".

"Amboihh. yelah sayang. biasa biasa je ni. untuk sape. untuk awak jugak kan. nanti saya dah siap  saya mesej awak erh. ingat tau awak. masa datang nanti berjalan tau. jangan berlari pulak" ramai pulak gua dengar orang ketawa di belakang Ariyana. sepupu sepupu dia agak nya. pandai jugak Ariyana ni bergurau. gua sengih sorang2.




'kelepak kelepak kelebung kelebung kelebung' bunyi kompang memecah sunyi kampung parit sentosa. rombongan belah pihak gua, perlahan lahan menuju  ke muka pintu rumah Ariyana. kelihatan anak anak kecil berlari lari di sekeliling khemah. masih lagi gua ingat pesan Ariyana tadi supaya jangan berlari-lari. setibanya di halaman rumah Ariyana, gua tersenyum lebar. melihat Ariyana sungguh cantik bagai bidadari. warna busana ungu memang kena betul dengan nya. sengaja dia senyum ke gua. nak tunjuk lesung pipit agak nya. gua harap tetamu yang datang tidak merasa cemburu. takut takut ada menambah nasi nanti.

'shing shing klik klik cekit cekit'. silauan kamera memenuhi ruangan pelamin. berapa kali jugak gua gosok mata ni. tahu tadi gua pakai je spek mata reben. dah  penat gua senyum dan sengih. gua jeling Ariyana. suka betul dia dapat tangkap gambar. fotogenik la katakan. habis je berposing gua berlari dengan Ariyana ke meja makan. amboi berlari. maksud gua berlari lari anak. ntah bila pulak kitorang dah ada anak. sampai dimeja makan, gua tengok makanan macam nak bagi 10 orang makan. padahal diorang tahu pengantin ni makan acah acah je. malam nanti baru makan betul betul ye tak.

Malam pun menjelang tiba. lenguh betul badan ni. gua ketuk2 belakang badan pelan2. bukan apa penat betul basuh kuali dan pinggan tadi. tapi apa nak dihirau. demi menjadi menantu yang disayangi bumbung rumah pun gua boleh basuhkan. Ariyana pula sibuk melayan tetamu yang belum lagi mahu pulang. pesen tak menghormati majlis betul. hehehe. sengaja gua buat muka penat dan mengantuk. Ariyana tiba tiba datang ke gua.

"kesian awak mesti penat kan. tu lah rajin sangat basuh pinggan. konon mesra rakyat lah tu"
Ariyana mencubit bahu gua. sakit kemain lagi.

"awak sibuk lagi ke ?', tanya gua lemah.

"kejap je lagi. tunggu mak su balik. awak masuk la bilik dulu. mandi2. nanti saya datang" Ariyana kenyit2 mata.

ahh sudah. tak tenteram hati dibuat nya. sengaja gua buat2 macho sebab makcik kat depan tu sibuk je memerhati. tak boleh tengok orang bahagia langsung.  selesai je mandi gua bukak pesbuk. eh mestilah gua pakai baju dulu. jangan lah tanya bukan2. ramai betul wish. esok je lah gua reply. 

selesai je menutup laptop terdengar bunyi pintu bilik dibuka. ohh Ariyana rupanya. bau minyak wangi yang dipakai nya sungguh menusuk kalbu. entah kenapa tiba2 suasana romantik menyelubungi atmosfera didalam bilik. lampu pun malap semacam. Ariyana datang mendekati. dia menutup separuh muka nya dengan tudung. nak buat suprise agak nya. mata nya yang redup itu gua perati lama2. cantik.




pelik jugak kenapa ariyana menutup separuh muka. surprise pulak gua rasa. tangan nye yang halus gua genggam erat. perlahan lahan penutup muka nya gua selak. "subhanallah" terkejut kera dibuat nya. muka Meon tiba2 terpampar dihadapan gua. terduduk gua dibuatnya. peluh di dahi gua lap gunakan lengan.

"haaaa tido lagi lambat. dah. bangun pergi semayang subuh tu. dah pukul 7 dah. mengarut betul enko ni. tidur pun senyum2." meon menyergah.

fuhhh mimpi rupanya. yang meon ni pun satu kejut tu elok elok lah. ada ke patut pegi letak muka dia depan muka gua. muka ariyana pulak boleh bertukar jadi muka bulat si meon tu. rasa malu pula mimpi macam tu. hahaha. cepat2 gua amik air semayang dan solat. terpaksa gua bersiap dengan pantas. takut takut lambat. nanti kelas ke mana Ariyana ke mana. 

hari itu gua pergi ke kelas dengan perasaan penuh keseganan dan kesusilaan. malu jugak gua kalau Ariyana tahu apa yang gua mimpi malam tadi. tapi macam mana dia nak tahu. borak dengan dia pun baru empat kali. baiklah hari ni gua berazam untuk borak dengan Ariyana buat kali kelima.

*bersambung


grrrrrr....

Episod 1 : Ariyana Alwani (gadis yang hidup nya penuh warna warni)
Episod 2 : Buku Warna Biru
Episod 3 : Nota Hati Pertama
Episod 4 : Soal Hati

Thursday, 2 August 2012

Usaha Takwa Mulia



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

   Tepat jam 12 malam 3 Ogos 2012. bermulah penantian student uitm untuk mengetahui keputusan peperiksaan bagi sesi Januari-Jun 2012. tapi penantian ini sebenar nya lebih bermakna kepada pelajar tahun akhir ijazah seperti gua. keputusan yang akan menentukan sama ada kami layak atau tidak digelar Graduan Uitm. ternyata transformasi selama 4 tahun dari Mahasiswa ke Graduan berjaya selepas email yang dihantar tepat pukul 12.10 malam menunjukkan gua layak menyertai konvokesyen yang akan datang ini.

kenapa intro gua ni skema sangat (tanggalkan spek).

   Sebenarnye tak ada ape nak dikongsi sangat tentang result ni. cuma apa yang gua nak ketengahkan ni adalah bagaimana pencapaian ke arah kejayaan itu berlaku. gua percaya, setiap yang berlaku ada hikmah nya. dan setiap cara atau usaha yang kau lakukan pasti ada hasil nya.

   Beza memang berbeza. cara belajar atau mengulangkaji setiap insan tu pasti ada kontra nye. ada yang belajar sikit tapi result gempak. ada yang kena belajar dari awal untuk result yang menawan. tak lupa jugak untuk yang setadi secara bersahaja untuk dapat result yang bersahaja jugak. semua nya bergantung pada tahap IQ korang.

   Dari aspek lain pulak. gua ternyata lebih kagum kepada usaha sesorang itu dalam mencapai sesuatu. tak kiralah lah result dia gempak atau hancur, gua tetap pandang pada usaha dia. sedikit yang gua nak kongsikan ialah ada diantara rakan2 seperjuangan gua dulu ramai yang rajin. cuma yang pelik nya, kenapa gua tak terpengaruh walaupun sedikit. 

   Cara mereka belajar tu sangat efektif dan konsisten. setiap esaimen atau task yang diberi pasti mereka dapat siapkan. bertanya pada lecturer, buat diskusi bersama rakan2, cari maklumat di internet. nota kuliah setiap minggu pasti ada je mereka usahakan untuk dibawa ke dalam kelas. nampak? diorang berusaha. ya usaha. sesuatu benda yang tak semua orang boleh lakukan. (tunjuk diri sendiri). 

   Kebanyakan rakan gua cukup rajin membantu rakan2 lain yang dalam kesusahan. ya. itu juga satu usaha. percaya atau tidak bila kita mengajar sesuatu kepada orang lain kita akan 3x lebih paham. dalam masa yang sama kita akan ingat benda tu. disamping itu. amboih penanda wacana. usaha itu pula dihargai oleh rakan2 dan mereka turut sama mendoakan kejayaan anda. 



   Ada sesetengah orang memang mempunyai kredibiliti untuk menjadi ketua atau memimpin. ini bukan soal politik. maksud gua boleh memimpin dalam merencana sesuatu projek atau esaimen. gua berkenan betul orang macam ni. berani. konfiden. bukan apa sebab ada setengah orang akan sorok muka bila disuruh menjadi ketua. hanya pandai angguk kepala dan bagi nama (untuk cover page). sebab apa gua cakap macam ni. cuba korang lihat balik apa yang berlaku semasa korang cuba mencapai kejayaan korang tu. ada tak menyusahkan orang lain? cara korang tu betul atau tidak? semua atas usaha diri sendiri je ke? . sama2 lah kita muhasabah diri. moga hidup ini diberkati.

   Apa yang gua belajar dari sahabat rapat gua dulu ialah jangan mudah berputus asa. Akmal nama diberi. gua begitu kagum dengan dia kerana kegagalan tak pernah meruntuhkan semangat dia. dia masih lagi boleh tersenyum. masih lagi bersahaja. sedikit demi sedikit cuba mengejar kembali rakan2 yang semakin di puncak. dan akhirnya kini dia sama2 bersama kami menamatkan satu pengembaraan untuk mendapatkan segulung ijazah di bumi bertuah uitm. tahniah Akmal.

   Sebagai pengakhiran. sedikit nasihat untuk rakan2 dan diri sendiri. janganlah kita takbur sangat dengan apa yang kita kecapi. kerana kita ni hanya hamba yang meminjam sedikit kepandaian yang di kurnia kan oleh tuhan. dan bila2 masa sahaja nikmat itu boleh ditarik. sebab tu sentiasa memohon penerangan hati dan elakkan melukai atau menyusahkan orang lain semata mata untuk mengejar kejayaan. kejayaan yang ikhlas dan disertai doa dari orang sekeliling itu amat manis sebenar nya.

salam ramadhan dan semoga berjaya dalam apa yang dihajatkan :D


Friday, 27 July 2012

Ariyana Alwani Episod Empat : Soal Hati

Episod 1 : Ariyana Alwani (gadis yang hidup nya penuh warna warni)
Episod 2 : Buku Warna Biru
Episod 3 : Nota Hati Pertama



"woi cuba korang bukak pesbuk. jamil update gambar profile baru. like ramai2 jom".

  Bergema sorak dan hilai ketawa dalam umah sewa gua bila gambar jamil posing depan webcam keluar dipaparan skrin. ape yang menggeli kan hati ialah jamil ni hanya upload gambar 2 tahun sekali. itupun secara senyap2. bila dah kantoi dengan member serumah yang tiga suku, benda tu dah macam wajib di sebarkan. gua hanya mampu ketawa.

Kipas bilik berputar dengan kelajuan tahap tiga. gua berbaring di atas tilam yang gua beli guna duit ptptn. tangan kanan gua letak di dahi. tangan kiri di atas perut. memang situasi termenung yang gua nak wujudkan. bunyi katak melalak selepas hujan sedikit sebanyak buat gua tercarut. membantut kan emosi je. gua pandang siling dan mula terpikir tentang kejadian Ariyana menyapa gua tempoh hari. 

***

"zack".


 Ariyana mula bicara. dia tersenyum sambil menampakkan lesung pipit. wah bagai di syurga pulak rasa nya. dan apa yang buat gua teruja dia tahu nama gua.

"ye saya" 

  jawab gua dengan nada rendah. sopan betul suara gua. kalau kawan2 gua dengar ni mahu diorang termuntah.

"saya nak tanya sesuatu ni"

  gua terdiam. gua nebes gua tenung wajah nye sekejap sekejap. tergoda jugak tengok bulu mata dia. lentik semacam.

 "awak ke yang jumpa buku saya hari tu?". 

ahh sudah. mana dia tahu ni. pening jugak nak jawab soalan dia ni. banyak tanya nanti kantoi pulak.

"buku? buku ape awak?". 

  ishh. gua terpaksa. terpaksa mengunci kata2 'saya lah Mr. Z tu'. bodohnya gua rasa masa tu. gua jeling air muka Ariyana. seperti kecewa. mungkin juga tertanya. tapi gua hanya mampu mentafsir. ape dalam hati dia hanya dia dan tuhan je tahu.

"owh awak tak tahu ape2 ke. maaf lah ganggu awak. saya tanya awak sebab masa tu....." 

 gua kerutkan kening. menanti baris2 ayat yang ingin disampaikan dari bibir Ariyana.

sayang sekali. Ariyana berhenti dari berkata-kata. seperti memikirkan sesuatu. tapi yang pasti bukan fikirkan gua. lantas Ariyana terus bersuara secara tergesa gesa.

"ermmm. saya ke kelas dulu lah ye. maaf. tiba2 pulak saya tanya awak. Assalamualaikum"

gua jawab salam dalam hati. dalam hati yang penuh kehampaan. kalau lah boleh gua pegang tangan Ariyana untuk tidak pergi, dah lama gua buat. nasib baik gua tahu batasan iman.

***

Bukan gua tak nak mengaku. tapi apakah perasaan Ariyana sebenar nya. adakah dia sekadar bertanya. adakah dia paham apa yang gua cuba sampaikan. adakah dia nak suruh gua jangan ganggu dia. perasaan bercampur baur macam air sungai klang. perasaan yang kadang2 gua sendiri tak paham. adakah gua takut dikecewakan. adakah perasaan ini hanya mainan syaitan. tidak. apa yang terpahat dalam hati gua jelas menunjukkan yang dia sememang nya gadis yang gua jatuh cinta pada hatinya.

'suka tak semestinya sayang, dan sayang itu tak semestinya memiliki'

Teringat pulak pada kata2 ni semasa gua sedang melepak bersama member gua Saipul. dia kabo ke gua yang dia suka dan sayang pada sorang makwe kat kedai makan tu. dan secara spontan keluar lah kata2 tadi. betul jugak kalau di ikut kan. perasaan sayang dan suka semua orang boleh ada. pakcik yang kutip botol pun kompem ada perasaan sayang2 ni. sayangi alam sekitar agak nya.

But, korang harus ingat bila part memiliki tu tak semua orang boleh rasa. bila enko suka kan seseorang tu, sayang lah macam mana pun rindu lah sampai menangis pun, tapi kalau dia bukan milik kau perasaan semua tu hanya sia sia. macam impikan pelakon sinetron. tak ada guna. semua tu hanya 2 dimensi.



***

kriiiinggggg

Eh bila masa pulak fakulti gua ni ada loceng. toleh kanan ternampak seorang mamat tersengih2 cuba menyembunyikan fon dia yang bunyi nya datang dari fon torchlight setting tone 'nostalgia' level 5. pesen tak reti nak silent bila ada kat public. setengah jam lagi kuliah gua akan bermula. dan perkara pertama yang gua pikir adalah Ariyana. ape dia pakai hari ni? ingat kah dia pada gua lagi? arghh bila agak nya pikiran sebegini akan terhenti. senang je. kahwin. gila. boxer pun mak belikan.

Dalam hidup ini tak semua nya indah. tak semestinya pasukan Manchester United tu selalu nya menang. tak semestinya awan yang putih tu takkan hitam. tak semestinya jadi gila itu sentiasa genbira. samalah jugak macam kisah gua ni. secantik dan secomel Ariyana tu mesti akan ada kumbang yang cuba hinggap. sengaja gua guna kumbang. nak guna beruang macam tak sesuai pulak. kumbang yang gua maksudkan itu adalah Fakrul.

Kelihatan Fakrul semakin hari cuba mendekati Ariyana. gua dengan fakrul kira kawan juga la. tapi hanya bertegur sapa atas urusan pelajaran sahaja. gua dengan dia memang jauh berbeza. gua jenis bersukan dan banyak melibatkan diri dengan rakan2 lelaki. jauh nya sikap gua dengan dia kerana Fakrul ini seorang yang rajin dalam pelajaan dan mudah mesra dengan semua orang. peramah orang nya.

Tapi tak kira lah siapa Fakrul ini, dia sedikit sebanyak buat gua rasa tak keruan. apa motif dia rapat dengan Ariyana. kenapa dia terlalu baik dengan Ariyana. dalam banyak2 perempuan kenapa Ariyana?


bersambung....

Monday, 25 June 2012

Ariyana Alwani Episod Tiga : Nota Hati Pertama

Episod 1 : Ariyana Alwani (gadis yang hidup nya penuh warna warni)
Episod 2 : Buku Warna Biru



Sekeping kertas A4 gua kerat 4. 1 per 4 gua gunakan untuk menulis sekeping nota. 3 per 4 lagi kertas gua simpan takut2 ada lagi nota yang nak ditulis selepas ini. wahh pagi2 lagi dah belajar pecahan. pen biru kilometrico gua keluarkan dari poket. memang dari semester satu gua tak pernah ada pencil box. nak buat macam mana gua tak suka mengongkong.

Gua mulakan menulis dengan menggigit pen. jilake. semalam gua dah pikir ape nak tulis. tiba2 pulak lupa. rasanya tak ada semut dalam air nescafe gua malam tadi. gua ber ermm selama 10 saat. gua ingat nak balas ape yang Ariyana  tulis kat muka depan buku dia tu. yesss. dah ingat. gua tulis nota tu guna font 12. tulisan style Lucida Handwriting. spacing 1.0. siap.

Gua keluarkan buku biru Ariyana. gua selitkan nota tu dekat mukasurat 46. sengaja gua selitkan nota tu dekat muka surat 46. Muka surat 46 tu adalah helaian dalam Bab 3. Kelas selepas ni akan bincangkan pasal topik ‘Soil properties’. Dan gua pasti pensyarah akan suruh bukak muka surat 46 buku rujukan warna biru untuk lihat contoh graf. Nampak? Gua dah study dulu sebelum masuk kuliah. Ni kalau mak gua tahu mesti dah buat kenduri kesyukuran. Takbur pulak bunyi nya. ‘Astarghfirullah’. Istighfar gua dengan nada insaf.

***

Gua kesat peluh didahi. Butang baju kemeja atas gua longgarkan sedikit. Gua bersandar santai. Nebes dia macam enko pergi temuduga nak jadi gangster tahu tak. Member gua jeling semacam. “Zack kau ni dah kenapa terkinjal kinjal serupa koala dapat bunga ni?” tegur meon dengan menggunakan lawak tahap budak darjah dua. “panas la wei. Aircond rosak kot”. Meon pandang siling. Tapak tangan dihulurkan kedepan. Merasa sejuk aircond agak nya. “Sah. Sah. Kau ni bajet oversea je. Sejuk macam peti ais ni kau kata panas”. sengaja gua tak panjang kan perbualan. Meon ni. kalau dilayankan sampai 300 episod sinetron pun tak habis.

Buku biru tadi awal2 gua dah letak kat atas kerusi ariyana. macam mana gua tahu dia duduk situ jangan ditanya. dah hari2 gua sekuliah dengan dia. takkan benda simple macam tu gua nak ajar. selang 2 minit ariyana sampai. "eh buku kita lah, alhamdulillah. ingat kan dah hilang terus" kata ariyana kepada rakan nye rokiah. rokiah pun buat2 mimik muka gembira. ariyana mengukir senyuman. buku biru itu didakap rapat2. untung buku tu.

Ir Abu masuk dari depan pintu kuliah. jarang sebenarnya pensyarah masuk ikut belakang. kuliah dah masuk minggu ke 7 tapi pensyarah gua ni tak jemu2 datang lewat. "selamat pagi semua". terserlah kejantanan pensyarah gua dengan suara nya. semua pelajar jawab secara bergilir gilir. tak setia kawan betul diorang ni. setengah jam kuliah dah berlalu. tiba2 Ir Abu berdiri di tengah " sila buka muka surat 46 buku rujukan warna biru untuk lihat contoh graf". tersengih kerang gua dibuat nya. sama macam apa yang dijangkakan. Ariyana selak satu persatu helaian buku biru itu. sampai je muka surat 46, dia terkejut comel. "aik ada nota la. dia tulis ape erh". gua cuba meneka melalui gerak bibir ariyana. ariyana buka perlahan2 nota tu dan baca

 “Awak kena tahu pelangi tu hanya muncul lepas hujan. Itupun kalau ada sinaran matahari. Kadang2 je boleh nampak pelangi. Itupun nasib. Tapi saya percaya, yang pelangi seperti awak setiap hari saya boleh lihat. ^^,”

“Yang Mewarnai...Mr. Z”

Gua nampak. Gua Nampak. Dia senyum. Sangat comel. Terserlah lesung pipit nya di kiri dan kanan pipi. Kedalaman lesung pipit tu sudah cukup menunjukkan dia begitu terkesan dengan sekeping nota tertulis isi hati gua. Berbunga hati. Bunga apa yang tumbuh tak pula gua nak amik tahu. Gua goncang bahu member sebelah. Gembira. Member yang sedang ghairah main game angry bird terkejut. “apehal wei? Gempa bumi ke? Ada orang panggil aku ke?mana? mana?”. Gua abaikan soalan yang tak berjawapan tu. Janji apa yang gua usahakan tak sia sia. perasaan seperti Malaysia menang world cup je dapat gua samakan dengan kegembiraan waktu itu.

Baki kuliah yang tinggal setengah jam habis begitu sahaja. Member yang main angry bird tadi pun dah putus asa lepas khinzir yang dilastik tak mati2. Apehal la khinzir pun nak digame kan. Getus hati jeles gua. Mana tak nya. Gua hanya ada henpon torchlight ni je. Tak habis2 game ular dengan game Sudoku je gua layankan. Masa tu tak mampu nak beli henpon mahal2. Kasut futsal mahal boleh pulak gua beli. Yang mana keperluan kita dahulukan. Masih lagi gua ingat pesan cikgu kemahiran hidup dulu. Cikgu Kamsah nama dia.

Agak2 apa perasaan Ariyana lepas dapat nota tu. menyampah ke. biasa ke. ke tak ada perasaan. malas betul gua dengan perasaan yang menyoal ni. serupa soalan tamadun mesopotamia. memang perit betul cinta bertepuk sebelah tangan ni. kalau nak bertepuk dengan dinding nanti sakit, kalau bertepuk dengan angin dikatakan gila, apatah lagi bertepuk dengan bayang2 sendiri. gua rasa keberaniaan perlu dibentuk bagi merelisasikan kejayaan. keberaniaan tu bukanlah bermaksud guna kan kekuatan fizikal mahupun tenaga, cukuplah fikiran yang matang dan keputusan yang bijak. nampak? keluar satu quote yang gua sendiri rasa power nye ayat tadi.

***

Hari hari seterusnya di kuliah berjalan sepeti biasa. amboi kuliah berjalan la pulak. nota yang gua tulis tu masih lagi membuatkan gua gelisah. "gelisah alah resah rindu di amuk sakit rindu mengenang alah kenang....". hamboi semenjak bila gua tahu lagu retro ni. penangan dengar sinar FM la ni. sedang gua terkumat kamit menghabiskan lagu tadi, ternampak kelibat Ariyana dari jauh. bertudung oren hari ni. berbaju kurung manis dipandang. nasib baik gua bukan semut. dia senyum dari jauh. seperti senyuman itu ditujukan ke gua. gua toleh belakang. hanya tong sampah dan dinding je ade. mustahil lah tong sampah tu lagi hensem dari gua. 10 meter lagi ariyana nak sampai di hadapan gua. sempat lagi kalau gua nak lari. aiik kenapa nak lari. gua tak salah ape2. aishh. gua buat2 unlock fon gua. pastu lock balik. ariyana sampai. betul2 depan gua.


bersambung....




Saturday, 2 June 2012

Ariyana Alwani Episod Dua : Buku Warna Biru



Teringat kisah bilik kuliah runtuh seminggu yang lalu. apa yang gua tahu pihak universiti terpaksa tutup kes tersebut. gara2 mahu menjaga nama baik universiti. fuuuuhh. selamat gua. tapi agak terkilan sebab gua terpaksa beli simcard baru. tapi nombor je lama. memang gua jenis setia pada nombor ni. banyak kisah di sebalik nya. malas nak dikenangkan. kalau dikenang rindu. kalau rindu nanti sayang. kalau sayang mesti gua lapar. nampak tak permainan dia.

Hari ni gua ke fakulti seperti biasa. ayam berkokok pun gua sempat dengar. matahari pagi yang bervitamin c meresap melalui celahan rongga2 kecil kulit. embun pagi semakin lama semakin hilang. semua nya dek kerana perubahan cuaca global. gua labuhkan sekejap tubuh ini di sudut terbuka aras3. sementara menunggu rakan gua meon sampai gua amik port dekat meja empat segi. eh. eh. gua terpandang sesuatu. sesuatu yang memang patut gua pandangkan setiap hari. itulah Ariyana Alwani. di suatu sudut meja tak jauh dari meja gua. comel.

Cantik betul tudung ariyana hari ini. warna ungu. lilitan nya walaupun ringkas tapi masih padan dengan bentuk mukanya yang sedikit bujur ditambah dengan pipinya yang pudar2 kemerahan. persis pipi bayi. dah lama gua perhatikan. ariyana begitu banyak koleksi tudung yang pelbagai warna. kuning, hijau, merah jambu, kelabu, magenta dan warna peberet gua sendiri iaitu merah dan ungu. kalau ariyana pakai warna kegemaran gua entah berapa juta kali gua akan pandang dia hari tu. salur darah pun bergetar lain macam. udara dalam paru2 mengepam dua kali ganda dari biasa. ahh metafora nya. betul lah bagai di kata. orang cantik pakai apa pun cantik. tapi cantik tu kan subjektif. setiap orang ada pandangan berbeza. mesti ada pro dan kontra. tengok. begitu susah nya hidup dengan falsafah manusia.

Mana meon ni. tengok jarum jam. pukul 12. kejadah nya pukul dua belas matahari baru je nak naik. cilaka. bateri jam gua rupanya dah habis. gua ni memang pesen pakai je jam tapi ada bateri atau tak, tak pernah amik kesah. bagi gua jam tangan tu dah macam aksesori sahaja. selalu jugak la gua di perkotak katik kan oleh member yang pura2 concern pasal masa. bertanya pukul berapa padahal ada nada perli dalam jiwa. gua hanya mampu ketawa.

Ariyana hilang dari pandangan. ni gara2 lamunan pada benda yang tak mendatangkan kadar faedah yang tinggi tadi. haishh. nun dijauhan gua tengok ariyana kabur dari pandangan sedikit demi sedikit. gerak langkah nya begitu laju. mungkin ke kelas agak nya. hampa. postur badan gua halakan ke destinasi seterusnya. cafeteria mak munah. milo ais cafe tu sangat sedap. mungkin milo tu diimport dari mexico. kaw dia lain macam.

Tapi. mata gua tak bertindak balas selari dengan gerakan badan. anak mata tiba2 terjeling pada satu buku biru di atas meja. tebal buku tu tak pula gua ingat. tapi yang gua ingat ariyana duduk di meja tu. apa pulak duduk atas meja. ingat ariyana gua tu tak senonoh ke. maksud gua dia duduk atas kerusi dan meja tu sebagai pengantara. lekas2 gua capai buku biru tu. perkara pertama gua buat ialah selak kulit hadapan buku. tertulis.

~ Ariyana Alwani binti Ahmad Azwan
~ 2008400***
“kehidupan yang ceria ibarat pelangi, pelbagai warna dalam satu jaluran”

Tappp. dengan pantas gua tutup buku biru itu. gua pandang kiri kanan. gua toleh depan belakang. gua senyum. senyum hari tu lain macam. tak seperti hari biasa. senyuman tu macam dapat langsaikan hutang ptptn. tak. lagi senyum dari tu. tiba2 hati gua menegur. “inilah masa nya lu nak berkenalan dengan ariyana. sekurang kurang nya adalah sebab. tak perlu susah nak buat2 langgar dia ke, buat2 tumpahkan air ke. buku tu dah ada. guna lah sebaiknya. nanti orang cakap enko kufur nikmat pulak”. daripada senyum tadi bertukar menjadi sengihan. gua genggam tangan kanan, bengkok kan siku, dan tarik kebelakang kedepan empat kali. sambil sebut “yesss”.

Gua bukak zip beg laju2. letak buku biru tu perlahan2 dalam beg. zip tu gua tutup cepat2. takut ada orang perasan. selalunya beg tu gua sandang kebelakang. tapi hari ni gua sandang ke depan. takut jugak ada orang bukak zip beg gua ni senyap2. orang lalu lalang pelik tengok pesen gua pakai beg. gua kisah apa. buah hati gua ada dalam beg. kenalah letak paling dekat dengan hati. ewah. tapi gua rasa kalau budak sekolah tengok gua masa tu memang diorang gelak 3 hari 3 malam. pesen belajar university tapi tak reti pakai beg.

Sebelum tidur malam tu gua jenguk balik dalam beg. takut jugak kalau buku tu tiba2 hilang. bereh. ada lagi. malam tu gua tido luar biasa punya awal. ada misi yang nak dilakukan esok. sebelum tido gua baca al-fatihah, surah 3 kul, doa tidur dan niat maafkan semua orang. selimut ditarik. mata ditutup perlahan. jiwa dikosongkan. dengan harapan esok hidup gua seperti pelangi.
(tidur pun masih tersenyum).

bersambung.....

Monday, 28 May 2012

Ariyana Alwani (gadis yang hidup nya penuh warna warni)


Pensel mekanikal pilot gua pusing2 kan di celah jari. apa yang bermain di kotak fikiran gua seiring dengan lagu jiwang dari senarai lagu laptop member sebelah. pensel yang tadi nya berpusing tiba2 jatuh. mungkin dah sampai masa nya. mugkin juga skill memusing gua tidak sepower dulu. pandangan di jauhkan ke celahan tingkap. mana tak nya tingkap yang tidak berlangsir itu dipenuhi dengan sidaian kain. rumah bujang lah katakan.

Ahh.kenapa dia yang perlu gua ingat. kenapa gua tak ingat kejadian langgar pintu tempoh hari ke. kenapa gua tak ingat peristiwa goreng pisang yang tak sedap semalam ke. kenapa hanya wajah halus dan suci dia gua print screen kan. oh Ariyana Alwani. fuhhh. gua beristighfar. azan asar berkumandang. cepat2 gua mengangkat wudhuk. panjang jugak doa gua petang tu.

Tengok jam dah pukul 8 empat puluh. alamak gua dah lewat sepuluh minit. pintu belakang bilik kuliah gua kilas perlahan lahan. kreeek. cilaka. pintu ni berapa lama tak di buka. bunyi nya serupa pintu rumah hantu seksyen 2. dah jangan tanya gua tahu tak tempat tu kat mana. hembusan dari mulut yang baru digosok gigi gua lafaskan panjang2. pensyarah tak sampai lagi rupa nya. gua paling tak gemor bila pensyarah lambat dari gua. diorang punya alasan semua boleh diterima. hehehe.

Tempat bagi pelajar yang seperti gua ni adalah paling belakang dan seimbang kiri dan kanan yakni di tengah tengah. tempat ni sesuai untuk pelajar yang lagi suka mendengar dan memerhati berbanding bersuara. dalam erti kata lain jarang menjadi sasaran untuk ditanya soalan. tiba2 satu impuls dihantarkan ke otak. mata gua ralit mencari Ariyana. bedebo jugak jantung takut2 dia tidak hadir. sakit ke. tertinggal bas ke. "ehem ehem". bunyi dehemen jantan2 gatal di belakang kedengaran. gua toleh. ahh Ariyana baru sampai rupa nya. pesen perangai datang lambat sama dengan gua. jodoh agak nya. Ariyana hanya lemparkan sengihan saja pada jantan2 yang tak tahu bezakan bila batuk ehem ehem tu perlu di gunakan.

Ariyana duduk betul2 dua baris dari barisan gua. kenalkan kawan2. inilah dia Ariyana Alwani gua. eh belum lagi gua punya. mat saleh cakap 'to be'. tak salah berharap dari berangan. eh. Ariyana ni satu je tabiat dia. dia suka lukis katun2 comel kat lecture note. kadang2 tu gua konpius jugak tu lecture note ke paper drawing. penuh satu muka surat dia lukis. gua rasa itu mesti dia dah tahap boring sampaikan katun tu pun dia kaler guna highlighter. nak je gua hulur kertas kosong ke dia. tapi takut dituduh memerli pulak. gua batalkan je niat was2 tu. was2 ni orang cakap subahat dengan syaitan.

2 saat gua tengok screen dan 2 minit jugak gua tengok Ariyana. amboihh. nawaitu datang kelas gua dah salah rupa nya. ahh. nak pelik buat apa. budak2 lain gua tengok sorang2 muka macam nak mintak bantal. mana tak nya. macam gua tak tahu. yang laki tidur lambat tengok bola. yang perempuan menghabiskan sepuluh episod drama korea. tak kira yang mata bengkak2 menangis lagi tu. 

trrrr. trrrr. trrrr. wahh. ada mesej masuk. gua harap mesej tu dari Ariyana. mungkin dia nak tanya something. tapi satu je kalau enko orang nak tahu. gua tak ada nombor dia macam mana nak dapat mesej dari dia. tapi gua tak tipu gua harap kan tu mesej dari dia. perlahan2 gua unlock henpon cikai gua tu.

'Dapatkan Mata Ganjaran Hotlink dengan tambahan nilai prepaid sebanyak....'

cukup 1 page gua baca, gua lempar henpon tu ke depan. sikit lagi nak kena pensyarah. pensyarah ambil henpon tu dan lontar balik ke gua. gua tepis. serpihan casing berselerak ke udara dan terkena member yang sedang separuh sedar. nasib baik tak kena Ariyana. bateri henpon pulak tercampak ke dinding lalu melekat. retak yang disebabkan oleh bateri itu semakin tersebar ke tiang dan bumbung bilik kuliah. bilik kuliah bila2 masa je boleh runtuh. gua tak fikir panjang terus berlari sambil menutup mata. hanya tuhan je tahu apa gua langgar sepanjang penutupan mata gua itu. ahh lupa pulak dompet gua tertinggal kat dalam bilik kuliah.....

bersambung....





Friday, 4 May 2012

Merepek 2.0

ape nak tulis ni .....

krik krik krik

(sejam kemudian) 

Bungkusan biskut hup seng cap ping pong gua ikat kembali gunakan getah oren. sisa2 milo yang tinggal di dasar cawan gua teguk sampai kering. selesai je gua beransur ke dapur, cawan yang tadi tu, gua basuh dan sental sampai bersih. aktiviti gua tiba2 terbantut. terlihat dalam sinki sebiji cawan yang kalau dah diperhatikan macam artifak zaman Mat Kilau. sape punya agak nya. 3 saat jugak berfikir. saje je fikiran tu tak dipanjangkan. takut2 memori otak gua ni berkurang. disebabkan scene ini tak perlu lama, gua hanya berbisik "mungkin ada orang yang nak buat eksperimen tentang kadar pertumbuhan kulat berkadar langsung dengan masa terbiar". bila pulak kat rumah ni ada budak chemical engineering. kahkahkah..

*****

Paparan LCD laptop gua menyala bila sahaja mouse di gerakkan. terkejut tapi tak terkentut gua dibuat nya. bantal panjang yang bersarung oren gua buat alaskan siku. owh ye. bantal panjang ni lah bantal kesayangan gua dari kecik dulu. sarung bantal je tukar2 tapi kondisi bantal masih baik. cuma kawasan jajahan semakin bertambah. sekali sekala gua lemparkan juga pandangan pada rakan sebilik. takut jugak dia senyum sorang2. yelah roomate mana yang tak concern pasal emosi rakan sekipas ni. gua singkatkan fikiran. mungkin dia rindu kan mama nya di johor. alang2 tu gua juga buat2 rindu kan adik nya. tiba2 dia senyum tanpa memandang gua. kira setuju la tu.  

*****


Goaallll. brader torres berlari meraikan jaringan diselangi dengan ayunan rambut blonde nye. gua hanya bersorak ala kadar. bukan barcelona bukan chelsea. cukuplah dapat melihat messi menutup muka dengan jersi belang2 barcelona. brader yang duduk sebelah gua yang pada awal nya menyokong barcelona pura2 tenang. gua ukir satu sengihan dan dia balas dengan sengihan yang mungkin penyokong chelsea je dapat tafsir sengihan itu. perlahan lahan gua melabuhkan punggung dari kerusi yang dah 3 jam gua duduki. entah kerusi tu pun dah bosan dengan bebanan dari gua ni. gua sorongkan kembali kerusi ke bawah meja menandakan gua tak berhak duduk di situ lagi. ayat ringkas nya gua nak balik la. selesai berjabat dengan rakan2 gua turutkan langkah kembali ke rumah sewa. oh lupa. tadi harga teh tarik tu RM1.20.

*****

Sunyi betul shah alam cuti2 ni. untunglah orang rumah jauh. gua yang rumah dekat ni shah alam je tempat mengadu. sebelum tiba nye di tingkat 3, gua mestilah lalu tingkat 2 dulu. setibanya di susur tangga tingkat 2 bau yang biasa menusuk hidung kembali bertaut. seperti biasa sampah yang di tinggal kan hampir seminggu di depan pintu rumah itu sudah mula mengeluarkan bau tenuk dan juga tapir. tak paham gua sebenar nya. kenapa mereka tak buang terus? kenapa di biarkan ulat berpeleseran kat sampah tu? tak bau busuk ke?. hanya kepada sampah tu je gua dapat amarahkan. padahal rumah tersebut di diami oleh makwe2 yang boleh tahan lawo nye. tapi sayangggg. kebersihan tu diletakkan pada nombor 4. turun saham la makwe2 cenggini.


*****

Seluar futsal adidas hitam berlengan panjang yang gua tempah di rantau panjang di sarungkan ke kaki. getah seluar diselaraskan betul2 di paras pinggang dan bawah pusat. tak perlu risau, gua bukan buncit cuma nak selaraskan panjang seluar dengan panjang kaki. baju real madrid merah disarungkan ke badan. badan yang gua rasa perlukan pertambahan lemak dengan kadar yang segera. tiba2 teringat pesan mak gua "along, lutut kau tu dah la injured, jangan sampai dah teruk nanti baru nak berenti main futsal". nampak tak mak gua guna perkataan injured. speaking london tu. power power. al kisah lutut gua ni injured 2 bulan yang lepas semasa berfutsal. satu je ubat dia nak baik. stop main futsal. gile ape bagi gua yang dah menceburi bidang perfutsalan ni tiba2 nak stop main....futsal. ini gua boleh ibaratkan macam lu orang dah biasa pergi kelas pakai baju, tiba2 hari ni saje je nak try tak berbaju. tak ke di luar norma masyarakat ketimuran tu.