Thursday, 2 August 2012

Usaha Takwa Mulia



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

   Tepat jam 12 malam 3 Ogos 2012. bermulah penantian student uitm untuk mengetahui keputusan peperiksaan bagi sesi Januari-Jun 2012. tapi penantian ini sebenar nya lebih bermakna kepada pelajar tahun akhir ijazah seperti gua. keputusan yang akan menentukan sama ada kami layak atau tidak digelar Graduan Uitm. ternyata transformasi selama 4 tahun dari Mahasiswa ke Graduan berjaya selepas email yang dihantar tepat pukul 12.10 malam menunjukkan gua layak menyertai konvokesyen yang akan datang ini.

kenapa intro gua ni skema sangat (tanggalkan spek).

   Sebenarnye tak ada ape nak dikongsi sangat tentang result ni. cuma apa yang gua nak ketengahkan ni adalah bagaimana pencapaian ke arah kejayaan itu berlaku. gua percaya, setiap yang berlaku ada hikmah nya. dan setiap cara atau usaha yang kau lakukan pasti ada hasil nya.

   Beza memang berbeza. cara belajar atau mengulangkaji setiap insan tu pasti ada kontra nye. ada yang belajar sikit tapi result gempak. ada yang kena belajar dari awal untuk result yang menawan. tak lupa jugak untuk yang setadi secara bersahaja untuk dapat result yang bersahaja jugak. semua nya bergantung pada tahap IQ korang.

   Dari aspek lain pulak. gua ternyata lebih kagum kepada usaha sesorang itu dalam mencapai sesuatu. tak kiralah lah result dia gempak atau hancur, gua tetap pandang pada usaha dia. sedikit yang gua nak kongsikan ialah ada diantara rakan2 seperjuangan gua dulu ramai yang rajin. cuma yang pelik nya, kenapa gua tak terpengaruh walaupun sedikit. 

   Cara mereka belajar tu sangat efektif dan konsisten. setiap esaimen atau task yang diberi pasti mereka dapat siapkan. bertanya pada lecturer, buat diskusi bersama rakan2, cari maklumat di internet. nota kuliah setiap minggu pasti ada je mereka usahakan untuk dibawa ke dalam kelas. nampak? diorang berusaha. ya usaha. sesuatu benda yang tak semua orang boleh lakukan. (tunjuk diri sendiri). 

   Kebanyakan rakan gua cukup rajin membantu rakan2 lain yang dalam kesusahan. ya. itu juga satu usaha. percaya atau tidak bila kita mengajar sesuatu kepada orang lain kita akan 3x lebih paham. dalam masa yang sama kita akan ingat benda tu. disamping itu. amboih penanda wacana. usaha itu pula dihargai oleh rakan2 dan mereka turut sama mendoakan kejayaan anda. 



   Ada sesetengah orang memang mempunyai kredibiliti untuk menjadi ketua atau memimpin. ini bukan soal politik. maksud gua boleh memimpin dalam merencana sesuatu projek atau esaimen. gua berkenan betul orang macam ni. berani. konfiden. bukan apa sebab ada setengah orang akan sorok muka bila disuruh menjadi ketua. hanya pandai angguk kepala dan bagi nama (untuk cover page). sebab apa gua cakap macam ni. cuba korang lihat balik apa yang berlaku semasa korang cuba mencapai kejayaan korang tu. ada tak menyusahkan orang lain? cara korang tu betul atau tidak? semua atas usaha diri sendiri je ke? . sama2 lah kita muhasabah diri. moga hidup ini diberkati.

   Apa yang gua belajar dari sahabat rapat gua dulu ialah jangan mudah berputus asa. Akmal nama diberi. gua begitu kagum dengan dia kerana kegagalan tak pernah meruntuhkan semangat dia. dia masih lagi boleh tersenyum. masih lagi bersahaja. sedikit demi sedikit cuba mengejar kembali rakan2 yang semakin di puncak. dan akhirnya kini dia sama2 bersama kami menamatkan satu pengembaraan untuk mendapatkan segulung ijazah di bumi bertuah uitm. tahniah Akmal.

   Sebagai pengakhiran. sedikit nasihat untuk rakan2 dan diri sendiri. janganlah kita takbur sangat dengan apa yang kita kecapi. kerana kita ni hanya hamba yang meminjam sedikit kepandaian yang di kurnia kan oleh tuhan. dan bila2 masa sahaja nikmat itu boleh ditarik. sebab tu sentiasa memohon penerangan hati dan elakkan melukai atau menyusahkan orang lain semata mata untuk mengejar kejayaan. kejayaan yang ikhlas dan disertai doa dari orang sekeliling itu amat manis sebenar nya.

salam ramadhan dan semoga berjaya dalam apa yang dihajatkan :D


Friday, 27 July 2012

Ariyana Alwani Episod Empat : Soal Hati

Episod 1 : Ariyana Alwani (gadis yang hidup nya penuh warna warni)
Episod 2 : Buku Warna Biru
Episod 3 : Nota Hati Pertama



"woi cuba korang bukak pesbuk. jamil update gambar profile baru. like ramai2 jom".

  Bergema sorak dan hilai ketawa dalam umah sewa gua bila gambar jamil posing depan webcam keluar dipaparan skrin. ape yang menggeli kan hati ialah jamil ni hanya upload gambar 2 tahun sekali. itupun secara senyap2. bila dah kantoi dengan member serumah yang tiga suku, benda tu dah macam wajib di sebarkan. gua hanya mampu ketawa.

Kipas bilik berputar dengan kelajuan tahap tiga. gua berbaring di atas tilam yang gua beli guna duit ptptn. tangan kanan gua letak di dahi. tangan kiri di atas perut. memang situasi termenung yang gua nak wujudkan. bunyi katak melalak selepas hujan sedikit sebanyak buat gua tercarut. membantut kan emosi je. gua pandang siling dan mula terpikir tentang kejadian Ariyana menyapa gua tempoh hari. 

***

"zack".


 Ariyana mula bicara. dia tersenyum sambil menampakkan lesung pipit. wah bagai di syurga pulak rasa nya. dan apa yang buat gua teruja dia tahu nama gua.

"ye saya" 

  jawab gua dengan nada rendah. sopan betul suara gua. kalau kawan2 gua dengar ni mahu diorang termuntah.

"saya nak tanya sesuatu ni". 

  gua terdiam. gua nebes gua tenung wajah nye sekejap sekejap. tergoda jugak tengok bulu mata dia. lentik semacam.

 "awak ke yang jumpa buku saya hari tu?". 

ahh sudah. mana dia tahu ni. pening jugak nak jawab soalan dia ni. banyak tanya nanti kantoi pulak.

"buku? buku ape awak?". 

  ishh. gua terpaksa. terpaksa mengunci kata2 'saya lah Mr. Z tu'. bodohnya gua rasa masa tu. gua jeling air muka Ariyana. seperti kecewa. mungkin juga tertanya. tapi gua hanya mampu mentafsir. ape dalam hati dia hanya dia dan tuhan je tahu.

"owh awak tak tahu ape2 ke. maaf lah ganggu awak. saya tanya awak sebab masa tu....." 

 gua kerutkan kening. menanti baris2 ayat yang ingin disampaikan dari bibir Ariyana.

sayang sekali. Ariyana berhenti dari berkata-kata. seperti memikirkan sesuatu. tapi yang pasti bukan fikirkan gua. lantas Ariyana terus bersuara secara tergesa gesa.

"ermmm. saya ke kelas dulu lah ye. maaf. tiba2 pulak saya tanya awak. Assalamualaikum"

gua jawab salam dalam hati. dalam hati yang penuh kehampaan. kalau lah boleh gua pegang tangan Ariyana untuk tidak pergi, dah lama gua buat. nasib baik gua tahu batasan iman.

***

Bukan gua tak nak mengaku. tapi apakah perasaan Ariyana sebenar nya. adakah dia sekadar bertanya. adakah dia paham apa yang gua cuba sampaikan. adakah dia nak suruh gua jangan ganggu dia. perasaan bercampur baur macam air sungai klang. perasaan yang kadang2 gua sendiri tak paham. adakah gua takut dikecewakan. adakah perasaan ini hanya mainan syaitan. tidak. apa yang terpahat dalam hati gua jelas menunjukkan yang dia sememang nya gadis yang gua jatuh cinta pada hatinya.

'suka tak semestinya sayang, dan sayang itu tak semestinya memiliki'

Teringat pulak pada kata2 ni semasa gua sedang melepak bersama member gua Saipul. dia kabo ke gua yang dia suka dan sayang pada sorang makwe kat kedai makan tu. dan secara spontan keluar lah kata2 tadi. betul jugak kalau di ikut kan. perasaan sayang dan suka semua orang boleh ada. pakcik yang kutip botol pun kompem ada perasaan sayang2 ni. sayangi alam sekitar agak nya.

But, korang harus ingat bila part memiliki tu tak semua orang boleh rasa. bila enko suka kan seseorang tu, sayang lah macam mana pun rindu lah sampai menangis pun, tapi kalau dia bukan milik kau perasaan semua tu hanya sia sia. macam impikan pelakon sinetron. tak ada guna. semua tu hanya 2 dimensi.



***

kriiiinggggg

Eh bila masa pulak fakulti gua ni ada loceng. toleh kanan ternampak seorang mamat tersengih2 cuba menyembunyikan fon dia yang bunyi nya datang dari fon torchlight setting tone 'nostalgia' level 5. pesen tak reti nak silent bila ada kat public. setengah jam lagi kuliah gua akan bermula. dan perkara pertama yang gua pikir adalah Ariyana. ape dia pakai hari ni? ingat kah dia pada gua lagi? arghh bila agak nya pikiran sebegini akan terhenti. senang je. kahwin. gila. boxer pun mak belikan.

Dalam hidup ini tak semua nya indah. tak semestinya pasukan Manchester United tu selalu nya menang. tak semestinya awan yang putih tu takkan hitam. tak semestinya jadi gila itu sentiasa genbira. samalah jugak macam kisah gua ni. secantik dan secomel Ariyana tu mesti akan ada kumbang yang cuba hinggap. sengaja gua guna kumbang. nak guna beruang macam tak sesuai pulak. kumbang yang gua maksudkan itu adalah Fakrul.

Kelihatan Fakrul semakin hari cuba mendekati Ariyana. gua dengan fakrul kira kawan juga la. tapi hanya bertegur sapa atas urusan pelajaran sahaja. gua dengan dia memang jauh berbeza. gua jenis bersukan dan banyak melibatkan diri dengan rakan2 lelaki. jauh nya sikap gua dengan dia kerana Fakrul ini seorang yang rajin dalam pelajaan dan mudah mesra dengan semua orang. peramah orang nya.

Tapi tak kira lah siapa Fakrul ini, dia sedikit sebanyak buat gua rasa tak keruan. apa motif dia rapat dengan Ariyana. kenapa dia terlalu baik dengan Ariyana. dalam banyak2 perempuan kenapa Ariyana?


bersambung....

Monday, 25 June 2012

Ariyana Alwani Episod Tiga : Nota Hati Pertama

Episod 1 : Ariyana Alwani (gadis yang hidup nya penuh warna warni)
Episod 2 : Buku Warna Biru



Sekeping kertas A4 gua kerat 4. 1 per 4 gua gunakan untuk menulis sekeping nota. 3 per 4 lagi kertas gua simpan takut2 ada lagi nota yang nak ditulis selepas ini. wahh pagi2 lagi dah belajar pecahan. pen biru kilometrico gua keluarkan dari poket. memang dari semester satu gua tak pernah ada pencil box. nak buat macam mana gua tak suka mengongkong.

Gua mulakan menulis dengan menggigit pen. jilake. semalam gua dah pikir ape nak tulis. tiba2 pulak lupa. rasanya tak ada semut dalam air nescafe gua malam tadi. gua ber ermm selama 10 saat. gua ingat nak balas ape yang Ariyana  tulis kat muka depan buku dia tu. yesss. dah ingat. gua tulis nota tu guna font 12. tulisan style Lucida Handwriting. spacing 1.0. siap.

Gua keluarkan buku biru Ariyana. gua selitkan nota tu dekat mukasurat 46. sengaja gua selitkan nota tu dekat muka surat 46. Muka surat 46 tu adalah helaian dalam Bab 3. Kelas selepas ni akan bincangkan pasal topik ‘Soil properties’. Dan gua pasti pensyarah akan suruh bukak muka surat 46 buku rujukan warna biru untuk lihat contoh graf. Nampak? Gua dah study dulu sebelum masuk kuliah. Ni kalau mak gua tahu mesti dah buat kenduri kesyukuran. Takbur pulak bunyi nya. ‘Astarghfirullah’. Istighfar gua dengan nada insaf.

***

Gua kesat peluh didahi. Butang baju kemeja atas gua longgarkan sedikit. Gua bersandar santai. Nebes dia macam enko pergi temuduga nak jadi gangster tahu tak. Member gua jeling semacam. “Zack kau ni dah kenapa terkinjal kinjal serupa koala dapat bunga ni?” tegur meon dengan menggunakan lawak tahap budak darjah dua. “panas la wei. Aircond rosak kot”. Meon pandang siling. Tapak tangan dihulurkan kedepan. Merasa sejuk aircond agak nya. “Sah. Sah. Kau ni bajet oversea je. Sejuk macam peti ais ni kau kata panas”. sengaja gua tak panjang kan perbualan. Meon ni. kalau dilayankan sampai 300 episod sinetron pun tak habis.

Buku biru tadi awal2 gua dah letak kat atas kerusi ariyana. macam mana gua tahu dia duduk situ jangan ditanya. dah hari2 gua sekuliah dengan dia. takkan benda simple macam tu gua nak ajar. selang 2 minit ariyana sampai. "eh buku kita lah, alhamdulillah. ingat kan dah hilang terus" kata ariyana kepada rakan nye rokiah. rokiah pun buat2 mimik muka gembira. ariyana mengukir senyuman. buku biru itu didakap rapat2. untung buku tu.

Ir Abu masuk dari depan pintu kuliah. jarang sebenarnya pensyarah masuk ikut belakang. kuliah dah masuk minggu ke 7 tapi pensyarah gua ni tak jemu2 datang lewat. "selamat pagi semua". terserlah kejantanan pensyarah gua dengan suara nya. semua pelajar jawab secara bergilir gilir. tak setia kawan betul diorang ni. setengah jam kuliah dah berlalu. tiba2 Ir Abu berdiri di tengah " sila buka muka surat 46 buku rujukan warna biru untuk lihat contoh graf". tersengih kerang gua dibuat nya. sama macam apa yang dijangkakan. Ariyana selak satu persatu helaian buku biru itu. sampai je muka surat 46, dia terkejut comel. "aik ada nota la. dia tulis ape erh". gua cuba meneka melalui gerak bibir ariyana. ariyana buka perlahan2 nota tu dan baca

 “Awak kena tahu pelangi tu hanya muncul lepas hujan. Itupun kalau ada sinaran matahari. Kadang2 je boleh nampak pelangi. Itupun nasib. Tapi saya percaya, yang pelangi seperti awak setiap hari saya boleh lihat. ^^,”

“Yang Mewarnai...Mr. Z”

Gua nampak. Gua Nampak. Dia senyum. Sangat comel. Terserlah lesung pipit nya di kiri dan kanan pipi. Kedalaman lesung pipit tu sudah cukup menunjukkan dia begitu terkesan dengan sekeping nota tertulis isi hati gua. Berbunga hati. Bunga apa yang tumbuh tak pula gua nak amik tahu. Gua goncang bahu member sebelah. Gembira. Member yang sedang ghairah main game angry bird terkejut. “apehal wei? Gempa bumi ke? Ada orang panggil aku ke?mana? mana?”. Gua abaikan soalan yang tak berjawapan tu. Janji apa yang gua usahakan tak sia sia. perasaan seperti Malaysia menang world cup je dapat gua samakan dengan kegembiraan waktu itu.

Baki kuliah yang tinggal setengah jam habis begitu sahaja. Member yang main angry bird tadi pun dah putus asa lepas khinzir yang dilastik tak mati2. Apehal la khinzir pun nak digame kan. Getus hati jeles gua. Mana tak nya. Gua hanya ada henpon torchlight ni je. Tak habis2 game ular dengan game Sudoku je gua layankan. Masa tu tak mampu nak beli henpon mahal2. Kasut futsal mahal boleh pulak gua beli. Yang mana keperluan kita dahulukan. Masih lagi gua ingat pesan cikgu kemahiran hidup dulu. Cikgu Kamsah nama dia.

Agak2 apa perasaan Ariyana lepas dapat nota tu. menyampah ke. biasa ke. ke tak ada perasaan. malas betul gua dengan perasaan yang menyoal ni. serupa soalan tamadun mesopotamia. memang perit betul cinta bertepuk sebelah tangan ni. kalau nak bertepuk dengan dinding nanti sakit, kalau bertepuk dengan angin dikatakan gila, apatah lagi bertepuk dengan bayang2 sendiri. gua rasa keberaniaan perlu dibentuk bagi merelisasikan kejayaan. keberaniaan tu bukanlah bermaksud guna kan kekuatan fizikal mahupun tenaga, cukuplah fikiran yang matang dan keputusan yang bijak. nampak? keluar satu quote yang gua sendiri rasa power nye ayat tadi.

***

Hari hari seterusnya di kuliah berjalan sepeti biasa. amboi kuliah berjalan la pulak. nota yang gua tulis tu masih lagi membuatkan gua gelisah. "gelisah alah resah rindu di amuk sakit rindu mengenang alah kenang....". hamboi semenjak bila gua tahu lagu retro ni. penangan dengar sinar FM la ni. sedang gua terkumat kamit menghabiskan lagu tadi, ternampak kelibat Ariyana dari jauh. bertudung oren hari ni. berbaju kurung manis dipandang. nasib baik gua bukan semut. dia senyum dari jauh. seperti senyuman itu ditujukan ke gua. gua toleh belakang. hanya tong sampah dan dinding je ade. mustahil lah tong sampah tu lagi hensem dari gua. 10 meter lagi ariyana nak sampai di hadapan gua. sempat lagi kalau gua nak lari. aiik kenapa nak lari. gua tak salah ape2. aishh. gua buat2 unlock fon gua. pastu lock balik. ariyana sampai. betul2 depan gua.


bersambung....




Saturday, 2 June 2012

Ariyana Alwani Episod Dua : Buku Warna Biru



Teringat kisah bilik kuliah runtuh seminggu yang lalu. apa yang gua tahu pihak universiti terpaksa tutup kes tersebut. gara2 mahu menjaga nama baik universiti. fuuuuhh. selamat gua. tapi agak terkilan sebab gua terpaksa beli simcard baru. tapi nombor je lama. memang gua jenis setia pada nombor ni. banyak kisah di sebalik nya. malas nak dikenangkan. kalau dikenang rindu. kalau rindu nanti sayang. kalau sayang mesti gua lapar. nampak tak permainan dia.

Hari ni gua ke fakulti seperti biasa. ayam berkokok pun gua sempat dengar. matahari pagi yang bervitamin c meresap melalui celahan rongga2 kecil kulit. embun pagi semakin lama semakin hilang. semua nya dek kerana perubahan cuaca global. gua labuhkan sekejap tubuh ini di sudut terbuka aras3. sementara menunggu rakan gua meon sampai gua amik port dekat meja empat segi. eh. eh. gua terpandang sesuatu. sesuatu yang memang patut gua pandangkan setiap hari. itulah Ariyana Alwani. di suatu sudut meja tak jauh dari meja gua. comel.

Cantik betul tudung ariyana hari ini. warna ungu. lilitan nya walaupun ringkas tapi masih padan dengan bentuk mukanya yang sedikit bujur ditambah dengan pipinya yang pudar2 kemerahan. persis pipi bayi. dah lama gua perhatikan. ariyana begitu banyak koleksi tudung yang pelbagai warna. kuning, hijau, merah jambu, kelabu, magenta dan warna peberet gua sendiri iaitu merah dan ungu. kalau ariyana pakai warna kegemaran gua entah berapa juta kali gua akan pandang dia hari tu. salur darah pun bergetar lain macam. udara dalam paru2 mengepam dua kali ganda dari biasa. ahh metafora nya. betul lah bagai di kata. orang cantik pakai apa pun cantik. tapi cantik tu kan subjektif. setiap orang ada pandangan berbeza. mesti ada pro dan kontra. tengok. begitu susah nya hidup dengan falsafah manusia.

Mana meon ni. tengok jarum jam. pukul 12. kejadah nya pukul dua belas matahari baru je nak naik. cilaka. bateri jam gua rupanya dah habis. gua ni memang pesen pakai je jam tapi ada bateri atau tak, tak pernah amik kesah. bagi gua jam tangan tu dah macam aksesori sahaja. selalu jugak la gua di perkotak katik kan oleh member yang pura2 concern pasal masa. bertanya pukul berapa padahal ada nada perli dalam jiwa. gua hanya mampu ketawa.

Ariyana hilang dari pandangan. ni gara2 lamunan pada benda yang tak mendatangkan kadar faedah yang tinggi tadi. haishh. nun dijauhan gua tengok ariyana kabur dari pandangan sedikit demi sedikit. gerak langkah nya begitu laju. mungkin ke kelas agak nya. hampa. postur badan gua halakan ke destinasi seterusnya. cafeteria mak munah. milo ais cafe tu sangat sedap. mungkin milo tu diimport dari mexico. kaw dia lain macam.

Tapi. mata gua tak bertindak balas selari dengan gerakan badan. anak mata tiba2 terjeling pada satu buku biru di atas meja. tebal buku tu tak pula gua ingat. tapi yang gua ingat ariyana duduk di meja tu. apa pulak duduk atas meja. ingat ariyana gua tu tak senonoh ke. maksud gua dia duduk atas kerusi dan meja tu sebagai pengantara. lekas2 gua capai buku biru tu. perkara pertama gua buat ialah selak kulit hadapan buku. tertulis.

~ Ariyana Alwani binti Ahmad Azwan
~ 2008400***
“kehidupan yang ceria ibarat pelangi, pelbagai warna dalam satu jaluran”

Tappp. dengan pantas gua tutup buku biru itu. gua pandang kiri kanan. gua toleh depan belakang. gua senyum. senyum hari tu lain macam. tak seperti hari biasa. senyuman tu macam dapat langsaikan hutang ptptn. tak. lagi senyum dari tu. tiba2 hati gua menegur. “inilah masa nya lu nak berkenalan dengan ariyana. sekurang kurang nya adalah sebab. tak perlu susah nak buat2 langgar dia ke, buat2 tumpahkan air ke. buku tu dah ada. guna lah sebaiknya. nanti orang cakap enko kufur nikmat pulak”. daripada senyum tadi bertukar menjadi sengihan. gua genggam tangan kanan, bengkok kan siku, dan tarik kebelakang kedepan empat kali. sambil sebut “yesss”.

Gua bukak zip beg laju2. letak buku biru tu perlahan2 dalam beg. zip tu gua tutup cepat2. takut ada orang perasan. selalunya beg tu gua sandang kebelakang. tapi hari ni gua sandang ke depan. takut jugak ada orang bukak zip beg gua ni senyap2. orang lalu lalang pelik tengok pesen gua pakai beg. gua kisah apa. buah hati gua ada dalam beg. kenalah letak paling dekat dengan hati. ewah. tapi gua rasa kalau budak sekolah tengok gua masa tu memang diorang gelak 3 hari 3 malam. pesen belajar university tapi tak reti pakai beg.

Sebelum tidur malam tu gua jenguk balik dalam beg. takut jugak kalau buku tu tiba2 hilang. bereh. ada lagi. malam tu gua tido luar biasa punya awal. ada misi yang nak dilakukan esok. sebelum tido gua baca al-fatihah, surah 3 kul, doa tidur dan niat maafkan semua orang. selimut ditarik. mata ditutup perlahan. jiwa dikosongkan. dengan harapan esok hidup gua seperti pelangi.
(tidur pun masih tersenyum).

bersambung.....