Tuesday, 28 July 2015

Setelah Sekian Lama



Hampir 3 tahun tak post apa2 kat blog terasa macam ada kekosongan dalam kamus hidup. entah nak pakai kamus bahasa melayu atau bahasa inggeris. tengoklah. sekarang ni macam ada masa nak merembeskan idea. ini pun dah berapa kali aku taip. delete. taip. delete. nak post kat twitter macam dah lebih 40 aksara. 

tapi kan, banyak betul benda yang berubah ................


Tuesday, 30 October 2012

Tegur Menegur




Assalamualaikum semua. dan selamat sejahtera. haa ni pun satu teguran kita sesama islam dan umat manusia. sebelum gua nak tulis tajuk ni ada jugak terfikir enam tujuh kali. tajuk ni serius semacam. gua dah lah hanya serius bila di bilik termenung je. macam mana pulak nak tulis entry seserius begini. bagi mengelak kan salah faham gua bukan menulis entry ni di bilik termenung. gua tulis ni masa 30 minit sebelum gua tido di atas tilam bercadar biru.

Tegur ni mengikut definisi pandang ke depan ialah situasi di mana satu pihak ingin menyampaikan sesuatu kepada satu atau lebih pihak sama ada secara lisan atau pun perbuatan. secara perbuatan tu selalu nya situasi dimana menegur rakan yang tengah minum dengan cara menampar ubun2 rambut rakan nya itu.

Titik utama (main point) yang ingin diketengahkan oleh gua adalah tegur menegur sesama manusia. kalau kita nampak sesorang itu melakukan kesalahan atau pun sesuatu yang kita tak senang mesti akan tergerak hati untuk menegur. jadi terpulang kepada individu itu ingin menegur atau mengambil sikap diam kan diri.

Dari gua punya point of view, ada beberapa jenis tegur. tegur untuk kebaikan, tegur untuk merasa diri dia hebat, tegur untuk elak dia ditegur balik dan tegur sebab dah lama tak jumpa. tapi ada sesetengah tegur yang gua tak tahu nak kategorikan macam mana. 

contoh.

"capik, gua tak nak jalan dengan enko sebab enko terlalu hensem. hilang pulak seri gua nanti"

"wei akmal lu ni terer betul main futsal. takut la nak geng dengan lu. nampak macam gua kaki bangku pulak"

"tengok gua dah nampak macam pemalas. ni sebab lu lah fizi rajin sangat. haha"

Itu semua kategori2 yang gua boleh bagi setakat ni. bukan apa tegur ni bagi gua adalah satu benda yang susah sebenar nya. lagi2 menegur kesalahan orang. terasa diri gua ni macam orang bersalah je bila tegur orang buat salah. salah gua jugak buat korang salah faham dengan rasa bersalah gua ni.



Ni gua nak tanya sikit. korang ok ke kalau menegur sesuatu kesalahan itu padahal korang pun pernah atau akan membuat kesalahan sama seperti itu. ramai akan kata "at least aku dah tegur orang itu, terpulang pada dia nak terima atau tak". percaya atau tidak gua rasa 80% orang menegur ni akan tak suka bila orang yang dia tegur tu tegur kesalahan dia tu balik.


contoh:

"Senah aku nak cakap sikit ni tapi kau jangan marah erh?"

"apa dia Joyah?"

"semalam aku nampak kau pakai baju terbalik. kelakar nak arwah. kakaka"

"eleh dua hari lepas aku nampak kau salah bagi signal masa nak masuk simpang. menangis jugak aku tahan gelak kat situ. kuikuikui"

"kau ni dah kenapa. sibuk hal aku. ada rasa nak makan mercun bola ke?"

Tengok sapa pulak yang marah sekarang. ish3x.  niat nak menegur tu dah betul tapi cara penyampaian dan lontaran vokal tu dah salah. kan dah memakan diri. tegur ni sebenar nya bagus bagi membetulkan sesuatu. cuma yang tak betul nya bukan semua orang suka ditegur. apatah lagi diberi makan mercun bola. jadi pemahaman tentang situasi dan masa yang tepat untuk menegur adalah penting bagi mengelak kan salah faham. terutama menegur tentang fizikal seseorang.



Bukanlah gua nak menyarankan enko orang tak boleh menegur atau menasihat. cuma kadang2 kita terlepas pandang benda2 yang patut kita buat dulu sebelum nasihat. pikir dulu siapa yang kita nak nasihat, susun kata2 yang tak menyakitkan hati, tengok keadaan sekeliling supaya kita tak mengaibkan orang yang kita nak nasihat tu dan gunalah senyuman.

Haaa serius tak topik ni. takut pulak gua akan ditegur lepas ni. kahkahkah. nampak tak. tak baik gelak macam tu. gelak berlebihan ni macam gelak dengan syaiton. bagus jugak sebenar nye nasihat diri sendiri ni. terapi yang bagus supaya kita dapat muhasabah diri supaya kita rasa rendah diri supaya amalan tegur menegur ini dapat memberi kebaikan kepada kedua dua atau kesepuluh sepuluh pihak.

p/s : jangan lupa tegur2 gua kat twitter =)


Saturday, 22 September 2012

Ariyana Alwani Episod 5 : Saat Bahagia



Genap 4 tahun perkenalan kami. alhamdulillah hari yang ditunggu telah pun tiba. tercari cari gua di mana letak nya keris tadi. takut2 diambil budak2 dibuatnya main macam star wars. gua mengarahkan Seman lekas2 mencari keris tersebut. sebenar nya hari ini adalah hari perkahwinan gua. sebab itulah gua mencari keris sebentar tadi. sebab jarang betul pengantin lelaki menggunakan tombak sebagai perhiasan di pinggang.

Rasa nya tak perlu lagi diperkenalkan pengantin perempuan yang selamat gua lafaz dengan sekali sahaja di masjid malam tadi. gadis yang hidup nye penuh warna warni. terletak sepasang lesung pipit di pipi, terukir senyuman melirik malu, pipi kemerahan bak epal yang ranum. mata nya redup memikat hati, itulah gadisku Ariyana Alwani. 

Tak sangka perkenalan yang hanya bermula dengan sekeping nota berakhir di jinjang pelamin. betul juga bagai dikata jodoh itu ketentuan tuhan. kita yang merancang, Dia yang menentukan. Berkat kesabaran dan ikhtiar gua terbalas dengan seorang bidadari yang akan hidup bersama sama hingga jannah nanti. Insyaallah.

Majlis yang diadakan di rumah Ariyana tampak meriah dengan kehadiran orang2 kampung datang membantu memasak dan menghidangkan makanan. tema yang digunakan adalah warna pelangi. segala keputusan tentang pemilihan tema dan makanan gua serahkan sepenuh nya pada ariyana. gua percaya yang Ariyana betul2 mahu majlis ini berseri seri. teringat pula gua semasa di zaman universiti dulu Ariyana suka melukis dan mewarna di atas nota kuliah. comel betul. sifat nya yang suka akan warna2 itulah menyebab kan majlis perkahwinan kami sangat warna warni. bermula dari khemah sehinggalah ke pelamin. semua nya hasil idea Ariyana.




Mendung betul hari ini seolah olah menyambut tenang majlis perkahwinan kami. kelihatan awan kolumbus menutupi langit menenangkan mata yang memandang. gua pulak yang nebes ni entah kenapa. mungkin sebab pakaian agak nya. gua bermonolog cuba menteteramkan hati. setelah 30 minit bersiap, akhir nya tersergam indah sebuah pakaian lengkap berwarna ungu terletak di badan gua. warna ungu ni dipilih disebabkan Ariyana tahu yang warna kesukaan gua adalah ungu. prihatin betul dia ni. rasa nak cubit je pipi.

Gua capai henpon nokia torchlight di atas meja. nombor pertama dalam senarai nombor telefon gua tekan untuk memanggil (call). truutt trruutt. tak sampai 3 trrutt Ariyana dah angkat. terus gua mulakan perbualan.

"Assalamualaikum awak"

"Waalaikumussalam. ye saya"

"Awak dah siap?" 

"Belum. Baru nak pakai tudung ni. Awak dah siap? Hensem tak?" terdengar Ariyana ketawa kecil.

"Saya dah 2 3 kali salin baju. awak je yang tak siap2 lagi. hehehe. nanti awak tak mekap tebal2 pun takpe. terpikat pulak nanti pakcik yang tengah basuh pinggan. awak dah memang natural cantik. touch up sikit pun dah macam pelangi indah nya. hehehe".

"Amboihh. yelah sayang. biasa biasa je ni. untuk sape. untuk awak jugak kan. nanti saya dah siap  saya mesej awak erh. ingat tau awak. masa datang nanti berjalan tau. jangan berlari pulak" ramai pulak gua dengar orang ketawa di belakang Ariyana. sepupu sepupu dia agak nya. pandai jugak Ariyana ni bergurau. gua sengih sorang2.




'kelepak kelepak kelebung kelebung kelebung' bunyi kompang memecah sunyi kampung parit sentosa. rombongan belah pihak gua, perlahan lahan menuju  ke muka pintu rumah Ariyana. kelihatan anak anak kecil berlari lari di sekeliling khemah. masih lagi gua ingat pesan Ariyana tadi supaya jangan berlari-lari. setibanya di halaman rumah Ariyana, gua tersenyum lebar. melihat Ariyana sungguh cantik bagai bidadari. warna busana ungu memang kena betul dengan nya. sengaja dia senyum ke gua. nak tunjuk lesung pipit agak nya. gua harap tetamu yang datang tidak merasa cemburu. takut takut ada menambah nasi nanti.

'shing shing klik klik cekit cekit'. silauan kamera memenuhi ruangan pelamin. berapa kali jugak gua gosok mata ni. tahu tadi gua pakai je spek mata reben. dah  penat gua senyum dan sengih. gua jeling Ariyana. suka betul dia dapat tangkap gambar. fotogenik la katakan. habis je berposing gua berlari dengan Ariyana ke meja makan. amboi berlari. maksud gua berlari lari anak. ntah bila pulak kitorang dah ada anak. sampai dimeja makan, gua tengok makanan macam nak bagi 10 orang makan. padahal diorang tahu pengantin ni makan acah acah je. malam nanti baru makan betul betul ye tak.

Malam pun menjelang tiba. lenguh betul badan ni. gua ketuk2 belakang badan pelan2. bukan apa penat betul basuh kuali dan pinggan tadi. tapi apa nak dihirau. demi menjadi menantu yang disayangi bumbung rumah pun gua boleh basuhkan. Ariyana pula sibuk melayan tetamu yang belum lagi mahu pulang. pesen tak menghormati majlis betul. hehehe. sengaja gua buat muka penat dan mengantuk. Ariyana tiba tiba datang ke gua.

"kesian awak mesti penat kan. tu lah rajin sangat basuh pinggan. konon mesra rakyat lah tu"
Ariyana mencubit bahu gua. sakit kemain lagi.

"awak sibuk lagi ke ?', tanya gua lemah.

"kejap je lagi. tunggu mak su balik. awak masuk la bilik dulu. mandi2. nanti saya datang" Ariyana kenyit2 mata.

ahh sudah. tak tenteram hati dibuat nya. sengaja gua buat2 macho sebab makcik kat depan tu sibuk je memerhati. tak boleh tengok orang bahagia langsung.  selesai je mandi gua bukak pesbuk. eh mestilah gua pakai baju dulu. jangan lah tanya bukan2. ramai betul wish. esok je lah gua reply. 

selesai je menutup laptop terdengar bunyi pintu bilik dibuka. ohh Ariyana rupanya. bau minyak wangi yang dipakai nya sungguh menusuk kalbu. entah kenapa tiba2 suasana romantik menyelubungi atmosfera didalam bilik. lampu pun malap semacam. Ariyana datang mendekati. dia menutup separuh muka nya dengan tudung. nak buat suprise agak nya. mata nya yang redup itu gua perati lama2. cantik.




pelik jugak kenapa ariyana menutup separuh muka. surprise pulak gua rasa. tangan nye yang halus gua genggam erat. perlahan lahan penutup muka nya gua selak. "subhanallah" terkejut kera dibuat nya. muka Meon tiba2 terpampar dihadapan gua. terduduk gua dibuatnya. peluh di dahi gua lap gunakan lengan.

"haaaa tido lagi lambat. dah. bangun pergi semayang subuh tu. dah pukul 7 dah. mengarut betul enko ni. tidur pun senyum2." meon menyergah.

fuhhh mimpi rupanya. yang meon ni pun satu kejut tu elok elok lah. ada ke patut pegi letak muka dia depan muka gua. muka ariyana pulak boleh bertukar jadi muka bulat si meon tu. rasa malu pula mimpi macam tu. hahaha. cepat2 gua amik air semayang dan solat. terpaksa gua bersiap dengan pantas. takut takut lambat. nanti kelas ke mana Ariyana ke mana. 

hari itu gua pergi ke kelas dengan perasaan penuh keseganan dan kesusilaan. malu jugak gua kalau Ariyana tahu apa yang gua mimpi malam tadi. tapi macam mana dia nak tahu. borak dengan dia pun baru empat kali. baiklah hari ni gua berazam untuk borak dengan Ariyana buat kali kelima.

*bersambung


grrrrrr....

Episod 1 : Ariyana Alwani (gadis yang hidup nya penuh warna warni)
Episod 2 : Buku Warna Biru
Episod 3 : Nota Hati Pertama
Episod 4 : Soal Hati

Thursday, 2 August 2012

Usaha Takwa Mulia



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

   Tepat jam 12 malam 3 Ogos 2012. bermulah penantian student uitm untuk mengetahui keputusan peperiksaan bagi sesi Januari-Jun 2012. tapi penantian ini sebenar nya lebih bermakna kepada pelajar tahun akhir ijazah seperti gua. keputusan yang akan menentukan sama ada kami layak atau tidak digelar Graduan Uitm. ternyata transformasi selama 4 tahun dari Mahasiswa ke Graduan berjaya selepas email yang dihantar tepat pukul 12.10 malam menunjukkan gua layak menyertai konvokesyen yang akan datang ini.

kenapa intro gua ni skema sangat (tanggalkan spek).

   Sebenarnye tak ada ape nak dikongsi sangat tentang result ni. cuma apa yang gua nak ketengahkan ni adalah bagaimana pencapaian ke arah kejayaan itu berlaku. gua percaya, setiap yang berlaku ada hikmah nya. dan setiap cara atau usaha yang kau lakukan pasti ada hasil nya.

   Beza memang berbeza. cara belajar atau mengulangkaji setiap insan tu pasti ada kontra nye. ada yang belajar sikit tapi result gempak. ada yang kena belajar dari awal untuk result yang menawan. tak lupa jugak untuk yang setadi secara bersahaja untuk dapat result yang bersahaja jugak. semua nya bergantung pada tahap IQ korang.

   Dari aspek lain pulak. gua ternyata lebih kagum kepada usaha sesorang itu dalam mencapai sesuatu. tak kiralah lah result dia gempak atau hancur, gua tetap pandang pada usaha dia. sedikit yang gua nak kongsikan ialah ada diantara rakan2 seperjuangan gua dulu ramai yang rajin. cuma yang pelik nya, kenapa gua tak terpengaruh walaupun sedikit. 

   Cara mereka belajar tu sangat efektif dan konsisten. setiap esaimen atau task yang diberi pasti mereka dapat siapkan. bertanya pada lecturer, buat diskusi bersama rakan2, cari maklumat di internet. nota kuliah setiap minggu pasti ada je mereka usahakan untuk dibawa ke dalam kelas. nampak? diorang berusaha. ya usaha. sesuatu benda yang tak semua orang boleh lakukan. (tunjuk diri sendiri). 

   Kebanyakan rakan gua cukup rajin membantu rakan2 lain yang dalam kesusahan. ya. itu juga satu usaha. percaya atau tidak bila kita mengajar sesuatu kepada orang lain kita akan 3x lebih paham. dalam masa yang sama kita akan ingat benda tu. disamping itu. amboih penanda wacana. usaha itu pula dihargai oleh rakan2 dan mereka turut sama mendoakan kejayaan anda. 



   Ada sesetengah orang memang mempunyai kredibiliti untuk menjadi ketua atau memimpin. ini bukan soal politik. maksud gua boleh memimpin dalam merencana sesuatu projek atau esaimen. gua berkenan betul orang macam ni. berani. konfiden. bukan apa sebab ada setengah orang akan sorok muka bila disuruh menjadi ketua. hanya pandai angguk kepala dan bagi nama (untuk cover page). sebab apa gua cakap macam ni. cuba korang lihat balik apa yang berlaku semasa korang cuba mencapai kejayaan korang tu. ada tak menyusahkan orang lain? cara korang tu betul atau tidak? semua atas usaha diri sendiri je ke? . sama2 lah kita muhasabah diri. moga hidup ini diberkati.

   Apa yang gua belajar dari sahabat rapat gua dulu ialah jangan mudah berputus asa. Akmal nama diberi. gua begitu kagum dengan dia kerana kegagalan tak pernah meruntuhkan semangat dia. dia masih lagi boleh tersenyum. masih lagi bersahaja. sedikit demi sedikit cuba mengejar kembali rakan2 yang semakin di puncak. dan akhirnya kini dia sama2 bersama kami menamatkan satu pengembaraan untuk mendapatkan segulung ijazah di bumi bertuah uitm. tahniah Akmal.

   Sebagai pengakhiran. sedikit nasihat untuk rakan2 dan diri sendiri. janganlah kita takbur sangat dengan apa yang kita kecapi. kerana kita ni hanya hamba yang meminjam sedikit kepandaian yang di kurnia kan oleh tuhan. dan bila2 masa sahaja nikmat itu boleh ditarik. sebab tu sentiasa memohon penerangan hati dan elakkan melukai atau menyusahkan orang lain semata mata untuk mengejar kejayaan. kejayaan yang ikhlas dan disertai doa dari orang sekeliling itu amat manis sebenar nya.

salam ramadhan dan semoga berjaya dalam apa yang dihajatkan :D