Friday, 16 March 2012

Al-Kisah PTPTN dan Pelajar

senyum sana senyum sini, senyum sana sini. biasalah ramai dah bergelar jutawan muda selepas duit ptptn dan jpa menular di dalam akaun pelajar ipt. 

"woi PT dah masuk" "masuk ikut mana" "ntah lah gua rasa kalau lu masuk wad baru tahu kot dia masuk ikut mana" "ah lu ni gua nak bergurau cendana pun tak boleh"

begitulah kisah romantis 2 orang pelajar di hadapan kedai buku menghabiskan baucer dengan membeli 7 novel ombak rindu.

kelihatan mesin ATM mengerang kesakitan kerana asyik di cucuk semenjak pagi tadi. jauh di benak hati mesin itu menyumpah seranah pelajar yang sengih sengih ubi bila melihat paparan skrin.

apek apek di lowyat dan plaza alam sentral tersenyum girang sambil memutar tahi lalat berbulu di tepi dagu nya. "mali mali adik manis beli laptop murah. beli laptop percuma beg BEN 10.semua ori wa cakap sama lu. " 2 bulan lagi jadi la ori-gami ye dak.



"kak bagi saya nasi goreng pattaya yang paling mahal sekali". "saya pulak nak air terjun soda yer"

"syamsul kau nampak i-phone aku tak. tadi aku letak kejap kat rak kasut tu. aishhh terpaksa beli i-pad. i-mencik la camni."

Berita Perdana "kajian menunjukkan kandungan di dalam maygi membuatkan respon tangan dan otak tidak selari. ia boleh membawa kepada penyakit lembap berdarah" . Jamil memekak kan telinga nye sambil menghirup meygi cindai .bertaburan duit syiling di sebelah nye. dah hujung semester ler tu. kihkihkih

3 comments:

Umie Artoqiemie said...

kaya dengan duit pt tak hengat dunia.. hahaha. mujur x amik pt.. fuhh~

delarocha said...

huhu, nnt dah bekerja jangan lupa bayar balik pinjaman ptptn tu ye

cha zainol said...

hahaha.adat lah bila dah hujung yang tinggal syiling je la. kekeke. beringat yawww~