Monday, 23 April 2012

Hanya Mampu Ketawa =)

Selamat Datang

Lama? aku dimana?
aku di susur masa tweet.
kenapa ketawa? jenaka atau sindiran?
entah.

Satu dua tiga
aku hanya mampu ketawa

Bila aku ditegur
aku hanya mampu ketawa
kenapa?
malas bertengkar
takut?
sabar dulu

Aku suka lihat.
lihat rutin manusia.
suka menafsir.
apa dia?
semua benda.
politik pun?
mesti. tapi banyak bahaya

Rakan2.
macam2 ragam.
aku cuba.
sesuaikan ikut cara mereka.

Yang mana senang ketawa. aku ketawa.
Yang mana sedih. aku setia mendengar
tapi yang biasa sebut "hambar".
aku hanya mampu ketawa.

Dalam setiap pemerhatian.
aku selit kesimpulan.
ooo dia macam tu.
dan dia macam ini.

Memang tak baik menilai seseorang.
tapi aku tak bagi tahu orang.
tak terlolok melalak.
mengejar simpati dan populariti

Sebab itu.
bila orang cakap aku macam ini macam itu.
aku lihat masa silam.
adakah dia layak menilai aku.
ahhh seperti biasa.
dia lagi teruk daripada aku.
seperti bercakap dengan bayang2 sendiri.

Reaksi aku?
hanya mampu ketawa.
jangan semburan balas di kata .
biarlah dia puas dengan sindiran nya.
lagi puas bila dia dapat buat orang lain percaya.

Aku? hanya puas tertawa dalam jiwa.
berpegang pada kata2.
tak akan menjatuhkan air muka nya.

Tak macam loser ke?
cuba dahulu. kau akan rasa kepuasan nya.
biar nampak lemah di mata.
tapi tinggi pada pandangan Nya.
kurang dosa mengutuk. kurang dosa mengata.

Tapi ingat. aku juga banyak kesalahan.
baca ini sekadar pedoman.
mata banyak menilai.
sebab itu jaga kelakuan.

Berdebat?
banyak kan membaca.
banyak kan bertanya
cuba paham situasi semasa
dah buat semua tu? teruskan.

Kenapa?
ni aku nak cerita.
contoh nya topik bola dan pelajaran.

Aku berkata team ni bagus. tapi ada kekurangan nya.
dan sorang lagi bertegas team itu lah paling sempurna.
kali kedua aku keluarkan fakta atas dasar analisa
tapi dia menghamburkan ayat yang tak tahu hujung pangkal nya.

Satu je cara.
bila kau hidu dia mahukan kemenangan.
berilah.
lepas tu?
kau hanya mampu ketawa
kau tahu kau berilmu.
tak mahu berdebat
dengan orang yang berkata gunakan nafsu.

Kau hanya perlu fikir
kau bersuara menggunakan ilmu
arghh tapi dia kata macam semua dia tahu.

Berkira?
bukan satu dua tiga.
buat sesuatu tapi canang satu dunia.

Bukan nya tak tahu.
dia buat sekali. 
cerita macam dah dua ribu kali.

Orang lain buat kerja dalam diam
dia buat kerja macam wayang.
kenapa wayang?
apa dia buat semua orang oleh bayang.

Jangan marah
kau tahu kau siapa.
kau tahu kau dah buat apa.
biar orang celik menilai nya.
bukan nya dapat apa.

Tapi satu benda sahaja.

Aku hanya mampu ketawa.



Monday, 19 March 2012

Tidur



arghhh benci betul bila ada perasaan rajin update blog ni. lagi lagi bila ada benda yang "bermanfaat" ingin di kongsi. diluah mati mak, ditelan mati bapak. pepatah yang menyeramkan namun masih belum ditapis oleh Kementerian Kebudayaan.

terfikir sejenak, tertidur sampai senak. sapa yang tak suka tidur ye dak. hatta bayi yang baru lahir pun dah faham kenikmatan tidur ini. yang dah besar pun ngada ngada nak tidur 8 jam seperti bayi. awet muda kata nya. kalau yang tidur satu hari tu macam mana, kiranya dah boleh di awet la camtu.

yang bulat tak semestinya datang bergolek, yang tidur tergolek semestinya jatuh tergolek. orang mengantuk di sorongkan bantal, umpama sorong bantal tarik bantal, takkan bantal hilang di dunia. wah ngantuk nya bila update pukul 3 pagi ni.

gua saje nak kongsikan tweet gua yang terdahulu tentang tidur ini. mungkin juga boleh di ambil ikhtibar, mungkin juga boleh diambil sambil lewa sambil mengunyah kuaci cap bunga matahari.


Friday, 16 March 2012

Al-Kisah PTPTN dan Pelajar

senyum sana senyum sini, senyum sana sini. biasalah ramai dah bergelar jutawan muda selepas duit ptptn dan jpa menular di dalam akaun pelajar ipt. 

"woi PT dah masuk" "masuk ikut mana" "ntah lah gua rasa kalau lu masuk wad baru tahu kot dia masuk ikut mana" "ah lu ni gua nak bergurau cendana pun tak boleh"

begitulah kisah romantis 2 orang pelajar di hadapan kedai buku menghabiskan baucer dengan membeli 7 novel ombak rindu.

kelihatan mesin ATM mengerang kesakitan kerana asyik di cucuk semenjak pagi tadi. jauh di benak hati mesin itu menyumpah seranah pelajar yang sengih sengih ubi bila melihat paparan skrin.

apek apek di lowyat dan plaza alam sentral tersenyum girang sambil memutar tahi lalat berbulu di tepi dagu nya. "mali mali adik manis beli laptop murah. beli laptop percuma beg BEN 10.semua ori wa cakap sama lu. " 2 bulan lagi jadi la ori-gami ye dak.



"kak bagi saya nasi goreng pattaya yang paling mahal sekali". "saya pulak nak air terjun soda yer"

"syamsul kau nampak i-phone aku tak. tadi aku letak kejap kat rak kasut tu. aishhh terpaksa beli i-pad. i-mencik la camni."

Berita Perdana "kajian menunjukkan kandungan di dalam maygi membuatkan respon tangan dan otak tidak selari. ia boleh membawa kepada penyakit lembap berdarah" . Jamil memekak kan telinga nye sambil menghirup meygi cindai .bertaburan duit syiling di sebelah nye. dah hujung semester ler tu. kihkihkih

Sunday, 26 February 2012

Lukisan



Manusia mencorak kehidupan nya
Pelukis melakar apa yang mereka bayangkan
Diluahkan dengan hasil dari seni sendiri
Apa yang tersirat dan apa yang tersurat
Diwarnai dengan emosi serta perasaan
Jiwa tak akan tenteram jika tak di luahkan
Pendam luka di dalam
Persembahkan kegembiraan tak keruan
Hati dan jiwa bersatu setia kawan


Pandangan mata tak pernah menipu
Serap setiap ilmu
Tafsir dengan fikiran yang waras
Belajar dari pengalaman lepas
Melihat tragedi, ketawa, mahupun kesedihan
Tak sama dengan tuan punya diri
Tenang di luar gundah di dalam
Guna mata hati
Insyaallah hidup diberkati

p/s : selamat kembali