Tuesday, 22 November 2011

Harimau Muda Pandang Kedepan Dan Menang Pingat Emas

Brader ni memang Hero Malaya
PUAS!! PUAS!! PUAS! arghhhh . erh dah lain macam pulak bunyi dia . tak kisah lah . janji Malaysia dah menang pingat emas . memang perasaan menang emas bola sepak bagaikan menang keseluruhan Sukan Sea malah menghampiri perasaan menang world cup pun ada . penat suara bersorak taktala sepakan terakhir dari badrool melepasi masuk garisan gawang gol, teh ais rasa strawberi, roti canai rasa pizza . begitu manis nye kemenangan semalam walaupun disambut di kedai mamak.

Sebelum sepak mula satu Stadium Gelora Bung Karno penuh dengan lautan manusia merah putih, tetapi diMalaysia satu kedai mamak penuh dengan lautan order untuk menyaksikan perlawanan di kaca televisyen . namun demikian selepas perlawanan, satu stadium Gelora Bung Karno terdiam tetapi satu Malaysia bersorak dan menjerit kegembiraan . satu stadium bergelora air mata meratapi kekalahan Timnas Indonesia tetapi satu Malaysia menangis kegembiraan kerana dapat mempertahankan 'ibu' segala emas .

Tahniah buat keseluruhan pengurus dan pemain Malaysia yang memang jelas tidak putus asa dan pujian harus diberikan kepada mereka yang mempunyai kekuatan mental untuk menghalang segala provokasi yang berterusan . Bab provokasi ni akan dibincangkan hujung2 entry ini . "Dulu kita RAJA....Sekarang kita memang ONG " . ungkapan inilah dapat menggambarkan kemenangan dua kali berturut turut bola sepak di Sukan SEA . Kemenangan berganda ini telah dimulakan 2 tahun lalu oleh Datuk K.Rajagobal diikuti oleh Jurulatih Ong Kim Swee . next Sukan SEA kat Myanmar diharap jurulatih seterusnya dapat melaksanakan kemenangan hatrik buat Malaysia .


 Gambar diambil dari Utusan Malaysia


Dari analisa anda siapa Pemain terbaik semalam ??. kalau ikut naluri para2 gadis sudah tentu akan memilih di atas dasar kehenseman iaitu Khairul Fahmi Che Mat ataupun Nazmi Faiz . dan kalau memilih diatas dasar cinta mesti korang pilih Fakhri . betul tak? ahaha . sekarang gua nak analysis dari sudut pandangan dan nafsu gua . Sebelum tu nak bagitahu susunan posisi terbaik dulu . bagi gua pertahanan adalah posisi terbaik diikuti bahagian tengah dan seterusnya bahagian serangan . pasukan pertahanan dapat menyekat dengan baik serangan indonesia walaupun sedikit leka . tetapi anda terlupa tentang Apex kita . ya siapa lagi kalau bukan KFCM . bukan Kelantan Fried Chicken Mek erh . ni Khairul Fahmi Che Mat . memang dia berpegang pada slogan kurangkan kontrovesi tingkatkan prestasi . cemerlang menjaga gawang walaupun dilanda macam2 tomahan . wacayasamalu apex .  

Muslim dan Mahali tenang menjaga barisan terakhir Malaysia dengan membuatkan penyerang Indonesia terpaksa melakukan aksi2 Sinetron setiap ptang pukul 3 untuk mendapatkan penalti . Penjaring gol penyamaan dari Azra membangkit kan semula semangat rakan2 . Tandukan tersebut seperti gol dari Amri Yahya dahulu kala. "SPM APA ADA HAL" . Nazmi Faiz membuktikan pengorbanan nye tidak mengambil SPM tidak sia2 . menyarung jersi 21 bagi faiz seperti mendapat 21 A dalam SPM . yang terakhir ialah ketua pasukan iaitu Badrool Bakhtiar . Peranan sebagai Kapten pasukan kebangsaan bnyak menyuntik semangat kepada rakan2 sepasukan . Beliau banyak merencana bahagian tengah dan sering melakukan percubaan dari jarak jauh . kalau dia improve lagi shooting dia memang dah perfect .





"Menang kalah adat pertandingan" . tapi ingat itu pepatah melayu bukan indonesia . oleh sebab itu terjadi lah perkara2 yang tak diingini apabila sestengah rakyat indonesia tak dapat menerima kekalahan . segala cacian dan makian berleluasa di internet . lagi2 di FB contohnya . kita beruntung jadi rakyat Malaysia sebab dah diterapkan budaya hormat menghormati dan bertolak ansur .  setiap kali ada provokasi dari seberang mesti ada rakyat kita cakap
"biarlah diorang nak cakap apa, tuhan je dapat membalas"
"kita kan serumpun buat apa nak gaduh2"
 "bila kita menang nanti tak payah la buat provokasi, janji menang"
" aku percaya fakri akan berjaya satu hari nanti"
haa tengok . semua rakyat malaysia komen yang positif je . biarlah bendera dibakar, biarlah lagu negaraku di boo kan, biarlah dituduh pencuri budaya, tetapi gua tengok rakyat malaysia tetap tenang dan jawab dengan ayat2 yang sopan . itulah beza nya ketamadunan dulu dan sekarang . tamadun dah berubah tapi masih lagi ada mentaliti memburuk burukkan dan tak menghormati orang lain . terkilan jugak gua lagu negaraku di main main kan . ditambah lagi dengan mereka menyebut perkataan m****g semasa lagu Negaraku sedang di mainkan . hanya gelengan kepala je gua dapat buat masa tu .



provok provok provok . itulah benda yang pasukan kebangsaan kena lalui sepanjang berada di sana . semasa latihan diganggu . nak pergi stadium pun kena ganggu . nak pergi tandas pun gua tak tau ada orang tahan ke tak . kalau di malaysia terkenal dengan kereta proton tetapi kalau ditanya kereta apa yang terkenal di indonesia, sudah pasti Baracuda (kenderaan anti-rusuhan) . mainan psikologi betul bila kena naik benda ni . memang tak ada kat mana2 perlawanan bola, pemain kena naik kereta kebal tu . tapi rakyat malaysia kan berfikiran positif . itu makna nya Malaysia adalah pasukan yang digeruni dan menjadi sasaran untuk dikalahkan walaupun dengan cara apa sekalipun . beza memang berbeza pemikiran dua negara ini . gua tabik rakyat Malaysia . proud to be malaysian .

TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT PASUKAN HARIMAU MUDA !! KAMI DOAKAN KAN KEJAYAAN ANDA SELALU.....IKHLAS DARI [ZOUL PANDANGKEDEPAN]

p/s : tapi gua suka Sokerleaks...'kesopanan' diorang tu gua maafkan....:D

7 comments:

Shawn Razaleigh said...

brother tu. respek gua bagi 7 kali tinggi klcc

sobs terharu

ekabukanmakcikkau. said...

irfan pon okay apa. tapi kalau fakri yang muka selenger tu pemain terbaik memang taklah ,keje dia kan cuma kutip kad , kau lupa ke? haha

EZAN IDMA said...

I love Harimau muda!!

Raden said...

tp wa mcm xleh trime kekalahan dgn bahrin smlm..xleh trime..xleh trime

onie said...

aku yang jaga kat tiang gol,tak nampak ke?ekekekeke...tapi semalam punya game hambar,apapon..dihatiku selamanya untuk harimau muda

cha zainol said...

aku kecewa time maen dengan Bahrain.

kajaharuna said...

ayah saya cakap, bola bola jugak.. solat jgt tinggal.. err tutup TV, dan tak tengok, dan tak tahu.. cuma dapat kabar kat FB yg Malaysia menang..
Alhamdulillah :)