Wednesday, 11 January 2012

.:2012 melambai 2011:.


Api api api . jerit mak kiah sambil menunjuk2 ke arah langit . aduhh gua ingat ada ufo terbakar ke apa tadi . rupa nya bunga api tahun baru yang memecah keheningan di awal tahun 2012 . selamat tahun baru gua ucapkan . walaupun dah terlambat tapi perkataan baru tu x salah sebenar nya . Johor Bharu pun dah lama wujud tapi still jugak orang anggap baru .

Setiap tahun baru gua jarang ada azam baru sebenar nya . melainkan azam supaya tak salah tulis tahun semasa nak tulis tarikh . bagi gua azam tu setiap masa boleh . yang membezakan adalah tindakan untuk merealisasikan azam tersebut . tanpa usaha azam takkan tercapai . begitu juga khairul fahmi tanpa sarung tangan nya . maap . gua memang fail kalau nak bagi perbandingan .

Sepanjang 2011 memang banyak perkara berlaku pada gua . pahit manis suka duka . padahal dalam sehari pun boleh rasa semua perasaan tu . persetan kan itu semua . yang penting kehidupan harus diteruskan . walaupun banyak masalah yang mendatang kena tenang . jangan jadi seperti buaya yang tenang sebab air tak ada.

2011 lah jugak gua baru kenal blog dan twitter . mula2 ingat blog ni macam benda yang remeh dan macam diary pun ada . tapi selepas gua terokai barulah tahu ada dunia lain di sebalik nya . bloggers ni lain sebenar nya dari facebookers . kalau kat facebook, bukan semua benda yang lu orang tulis tu orang lain nak baca dan ambil tahu . berbeza dengan blog, orang yang follow and rajin membaca je boleh meluangkan masa untuk fahami apa yang lu orang cuba sampaikan . sama jugak macam twitter . kalau korang memang banyak idea nak di ekspirasikan baik guna twitter . tweet lah banyak mana korang nak . sebab kalau korang buat benda yang sama kat facebook orang akan cop lu orang sebagai meroyan sorang2 .

Pandang Ke Depan . alhamdulillah blog gua sebenar nya ada jugak peningkatan . followers pun bertambah dengan purata 1 minggu 1 follower . ok apa . dari dapat 1 follower tapi kena unfollow balik . yang paling best statistic kunjungan menunjukkan angka yang makcik goreng pisang pun jelez . dah mencapai 10000++ . tapi masih lagi jumlah yang ciput kalau nak di bandingkan dengan blog lain contohnya Cool Blog . siap pearl lagi .

mungkin tahun 2012 ni gua nak tukar sikit konsep penulisan gua . nak kurangkan merepek dan menulis dengan memberi pandangan atau pendapat . sebab gua pernah dengar, nak buat orang ketawa lagi susah dari nak buat orang menangis . nak buat lu orang menangis sebab tak paham apa yang gua tulis memang gua expert . tapi nak buat orang gelak ikhlas dari organ dalaman memang susah sebenar nya . cinta itu tak boleh dipaksa sama juga macam ketawa . kalau lu orang paksa orang lain ketawa tengok Ombak Rindu memang tak patut la . (gua tergelak tengok part Lisa Surihani sebut seseoghang ) .

jadi paham2 je lah bila bagi pendapat ni , setiap orang akan ada pandangan yang berbeza . sama jugak macam header blog gua . korang cakap gua pandang belakang . tapi gua sebenar nya pandang depan . sebab apa yang di depan gua semua nya mestilah depan . contoh lain macam perkataan ' MEREKA ' . ada setengah orang akan paham perkataan tu sebagai ' they ' . ada juga paham sebagai ' design ' . lu orang tak paham? baik menangis sekarang .

apa pendapat korang?ok tak gua tukar konsep blog ni . ke nak campur2 . sila tinggal kan pendapat lu orang kat bahagian komen erh . orait penat dah gua menaip . exam pun tak abes lagi . di sebab kan gua tak ada azam, gua nak jugak dengar azam lu orang . mana la tahu ada berazam nak cari laki yang soleh ke . boleh gua tunaikan azam lu orang tu . tapi jangan lebih dari 4 sudah la . ahaha . 



p/s : laparrrr..

jom folow gua kat Twitter

3 comments:

FR said...

campur campur pun okeh :)
tak la semua benda serius aje, kang boring pulak, hehe.

Schafiq Hasyriq said...

lelaki soleh hanya tenang menanti... ceyyyh =p

Anonymous said...

hehe.

dian rase campur2.

dalam serius ade lawak nye.
haa.

org pon x bosan nnt. kot? hehe :p