Thursday, 29 December 2011

.:Pelik Tapi Benar:.


 Setiap apa yang berlaku ada hikmah nya . prinsip ni selalu gua pegang sampai sekarang . hatta bila perkara pelik berlaku pun korang kena pikir yang mesti ada perkara atau benda yang tersirat di sebalik kejadian itu . benda yang baik kita ambil sbg teladan, benda yang buruk kita cuba hindarkan . dush dush dush .

nasib baik ada nyamuk lalu tadi . kalau tak lagi panjang gua ceramah kat korang . ada sebab nyamuk tadi lalu . pikirkan . kali ni gua nak kongsi beberapa benda pelik yang pernah gua tgk member gua buat . walaupun gua dapat ingat sikit je . cukuplah sebagai renungan di bawah pohon berangan dikala matahari di sebalik awan.

_________________________________________________________________________

~sapu habuk kat bilik guna kipas angin . korang bayangkanlah betapa malas nye member gua ni nak amik penyapu . alang2 kipas dah ada kat sebelah dia halakan je lah sampai habuk tu pergi jauh2 .



~korang pernah kena sergah atau ternampak kelibat hantu tak . selalu nya orang akan menjerit . so bila dah menjerit tu mesti lah ada perasaan takut sekali kan . member gua lain . perasaan takut dia tu pending sikit . dia jerit dulu pastu 10 saat kemudian baru dia cakap dia takut . gua pun dah pening nak analysis dia punya perasaan macam mana .


~ report dan assignment memang tidak boleh dipisahkan lagi dengan insan yang bernama suri . eh silap . insan yang bernama student . lagi2 bila nak siapkan report yang nak kena hantar esok . memang teknik copy and paste je lah . itu tak ambil kira teknik kopi and PES untuk stay up tak nak tidur .TAPII member gua ni rilex je . dia bukak laptop pastu bukak Google . then search Complete + Report + For + Properties + Of + Soil . what the fish . yang tak tahan tu boleh pulak dia jumpa . 3 hari punya kerja boleh siap dalam 3 saat . perghhh memang dunia di hujung jari betul .


~gua kalau pegi mamak tak sah kalau tak order teh ais mahupun nescafe ais . ditambah pulak dengan hidangan ayam golek yang baru tergolek kat tengah jalan . uishh . itu dah dikira bangkai . maksud gua ayam yang dipanggang sambil digolekkan oleh pemutar automatik . nak dijadikan cerita gua dan rakan gua makan tengahari then ayam golek pulak baru lepas diangkat dari bara api . memang fresh dari ladang habaq hang . tapi gua dah tau ayam tu terlalu panas untuk di makan, tapi member gua pulak gatal nak jugak yang ayam hangat . daging lembut kata nya . last2 gua dah abis makan dia baru nak selak2 kulit ayam tu . last2 member gua amik ais dan taburkan di sekeliling ayam golek tu . tadaaa . jadilah ayam golek ais . gua ingat nak tuang je sekali nescafe kat ayam dia tu . barulah jadi nescafe ayam golek ais .



p/s : bila gua update blog terlalu pantas jangan lupa pula usha jenguh entry2 sebelum ni .

 Kalau tak boleh tidur nak buat apa

 Boleh juga jenguh blog member gua untuk tanya dia sendiri ahaha . sorry schafiq .

7 comments:

Ady said...

hahahaha ayam golek tepi jalan jadi bangkai. haha betul sangat. kelakar. sapa kawan2 kau ni? haha.

Ady said...

ehh lupa. yeay jadi first after berhempas pulas

Marcella said...

gua jugak bukan seorang pencari maklumat hebat di google..oh,jeles sungguh..

Schafiq Hasyriq said...

hahahaha dem! semua pasal aku kot! kcuali yg part Akmal tu. hahaha nyway thanx la roomate, ramai yg singgah blog aku pastu =p

Raden said...

kawan ang cam slekeh jah

Chegu said...

hahaha..membe aku pnah gak search soklan kalkulus kat google, ade tu...takjub terus

ayam golek ais pun bleh...haha, mcm mn la bleh die buat mcm tu

.diannorhayati. said...

hahahaah.

nescafe ayam golek ais?

hmmm nnt nk try la. hihi :p