Tuesday, 27 December 2011

.:Kalau Tak Boleh Tidur Nak Buat Apa???:.

tepuk2 bantal, tepuk2 tilam , tepuk kepala member sebelah pun still tak boleh tidur . haisshh susah betul nak tidur malam ni . kadang2 rasa nak main tepuk amai2 pulak dengan dinding . pusing kiri tak selesa, pusing kanan tak selesa, pusing kepala nanti takut tercabut pulak . jadi apa yang gua perlu merepek hari ni adalah benda yang korang boleh aplikasikan mahupun menjadikan nya satu aktiviti dikala korang tak boleh tidur .

1) keyboard komputer atau laptop



korang ada kan benda ni??kalau lagi mahal lagi bagus . so bila korang tak boleh tidur cuba cabut huruf-huruf dekat keyboard dan susun dari A sampai Z . dari 0 sampai 9 . yang button F1 F2 plak korang susun macam mana susunan kereta-kereta F1 semasa kat starting line . still boring jugak?? korang main je lah scrabble guna button2 tu . kalau tak cukup cabut roomate punya keyboard pulak .


2) bintang




cara ni boleh digunakan bila ada bintang kat langit je . jangan nak ngada2 cakap kat gua yang Fiq Mentor cakap tiga malam tanpa bintang . nanti ada yang tak dapat beza harimau bintang dengan bukit bintang pulak lepas ni . back to the topic . so bila korang dah mendongak ke langit kat luar rumah atau tepi tingkap, tunjukkan jari telunjuk kearah satu bintang secara rawak . then gua nak tanya . korang tahu touch screen kan . haa bagus . dengan pengetahuan korang tentang zodiak kelahiran korang, cuba bentuk zodiak tu menggunakan bintang2 yang ada di langit dengan cara touch screen . belum cuba belum tahu .


3) buku rujukan


engko orang kebanyakan student kan . mesti banyak buku teks ataupun buku rujukan . orait senang cerita korang ambik seberapa banyak buku yang korang ada dan stand by satu highliter . kalau boleh kaler pink . kalau tak ada pink, warna ungu daun pisang pun boleh . then korang selak sehelai demi sehelai dah highlight kan perkataan " pandang ke depan " . kalau korang jumpa pastu dapat highlight sepuloh bagitahu gua . gua ganti  keyboard yang baru korang rosakkan tadi .




.........tapi kan gua rasa memang susah nak tidur sebab pepatah ada menyebut
"sorong bantal tarik bantal , orang mengantuk disorongkan papan "

renung2 kan...

p/s : dah lama tak update . rindu giler kat korang . dah follow gua belum kat twitter . sementara gua tgh cuti study week ni, akan gua merepek selagi ter daya . (lu orang mesti x perasan yang ini pantun . kbai)

4 comments:

Anonymous said...

hahahahahahaahah


jahanam la keyboard jawab nye.

ehhh twitter ape namenye? hihi

cha zainol said...

kira biri biri terbalik boleh x? hahaha.

NurHidayah said...

hahahaha kelakar seh :D

Marcella said...

sengal...


tapi bab buku tu,cepat terlelap.tengok je terus ngantuk.lagi-lagi buku sejarah..hahaha..



p/s:kalau tak boleh tido,berangan..