Friday, 8 July 2011

.:Episode 2 MAEL LAMBUNG vs AH CHAI:.

[sambungan dari EPISODE 1.....]

[gambar dilambung dari rilekslah.com]

kelihatan 2, 3 orang terlambung sejauh 100 meter di tepi Jalan Tun Perak di sekitar Kuala Lumpur . pemandangan seperti  itu sudah biasa dilihat oleh orang ramai jika Mael Lambung muncul . kelihatan Mael Lambung keluar dari celah bangunan dengan perasaan puas hati .  

begitulah modus operandi Mael Lambung semasa menarik kereta . siapa yang ingkar akan dilambung nya jauh2 . tetapi sehebat dan seganas mana pun Mael Lambung,  peristiwa hitam masih lagi menyelubungi diri nya . dia pernah di lambung masuk ke dalam lokap gara2 menarik Kereta Polis yang parking di tepi jalan . menyesal tak sudah mael keika itu . ibu bapa Mael Lambung setiap hari melawat nya di penjara dan mengirim kan makanan kegemaran Mael iaitu koko krunch . begitu sayang nya keluarga Mael kepada nya 'Bagai Melambung Minyak Yang Penuh' .

sejak keluar dari penjara Mael amat trauma menarik kereta berwarna putih . takut kejadian lama berulang . Tetapi gara2 keberanian Mael Lambung menarik kereta polis itu lah dia dilantik sebagai Abang Kawasan di sekitar Kuala Lumpur . 




******************************



"ikan...ikan...ikan..." jerit Ah Chai di pasar pagi . tiba2 seorang amoi comel lalu di depan kedai nya .
"budak kecik mahu dodoi,  
                     ohoii amoi mali la sini beli ikan aku adoiii..."
tersipu2 malu amoi berlalu di depan Ah Chai . bukan pantun Ah Chai yang membuat kan amoi itu senyum . tetapi terasa kelakar bila seorang gangster menjual ikan . kadang kadang Ah Chai perasan pandangan sinis orang2 sekeliling di pasar itu melihat dia meniaga . walaubagaimanapun Ah Chai tidak sedikit pun terasa hati kerana dia perlu bekerja keras semenjak dilantik Ketua Gangster di kawasan Pasar Seni Kuala Lumpur . hasil duit itulah dia gunakan untuk membayar gaji konco2 dan anak2 buah nya .



tiba2 makcik kedai sebelah Ah Chai yang lebih dikenali sebagai Mak Cik 2020 menyapa . "Chai kau ni muka dah gangster tapi jual ikan....pun adoi" . Ah Chai menjawab dengan marah . " Mak Cik 2020 jangan lah nak mengejek kan aku ni haa...aku ni tidak lah mahu dituduhi kan mengurang ajar dengan Mak Cik nye . ok pe aku jual ikan ni adoi . mak cik tu yang menjual kan i phone dan android dekat pasar pagi ni kenapa .??
orang melayu ada kata in pun

                        "paku dulang paku serpih,
                                       makcik mengata aku, tapi makcik yang terlebih sudah....adoi"

Mak Cik 2020 tersentap dengan amarah Ah Chai itu . terpaksa mak cik mendiam kan diri kerana takut Ah Chai berpantun dalam bahasa cina pulak . khabar angin yang makcik 2020 dengar dulu menguatkan lagi persepsi nya terhadap Ah Chai . dulu tersebar gosip yang mengatakan Ah Chai berjaya mengalahkan Ketua Gangster Sentul dengan hanya berpantun . hebatnya Ah Chai .  tanpa berfikir panjang makcik tu pun buat2 sibuk menyusun iphone dan android nye sambil jari jemari nya pantas menaip papan kekunci di laptop Apple nya . mengupdate blog agak nya .

***********
bersambungg.......

p/s : tgh nak cari idea macam mana nak pertemukan diorang...:D


Friday, 1 July 2011

.:Al-Kisah Mael Lambung dan Ah Chai #1:.



korang tahu ke kisah di sebalik pergaduhan MAEL LAMBUNG dan AH CHAI . bagi yang mengikuti program Maharaja Lawak mesti dah kenal dengan dua watak ini . sapa yang tak tengok lagi tu korang beruntung dapat singgah kat entry gua ni . sebab tak payah susah2 tgk 13 episod Maharaja Lawak, korang baca cerita aku ni pun dah faham . ahaha .

~EPISOD TERAWAL~

                                *****cerita bermula ketika diorang masih kecil *****

kelihatan riuh rendah di padang Sekolah Rendah Tak Tingi-Tinggi pada pagi yang hening itu . hari ini sukaneka sekolah berlangsung dengan meriah nya . kelihatan Mael sedia untuk membaling belon kepada rakan sekelas nya  dalam acara yang diberi nama Lu Salah Lu Basah .

tetapi fokus mael tiba2 hilang dek kerana terpandang awek comel memakai baju kurung sedang menyikat rambut di tepi padang . Rakan Mael menjerit " Mael lambung lah belon tu...lambung la" . kawan Mael semakin marah . "Mael...lambung...cepat lambung.." . Mael masih lagi tak mengalih pandangan nye dari awek itu . Akhirnya kelas Mael mendapat tempat terakhir dalam acara itu gara2 Mael masih lagi memegang belon walaupun acara sudah habis sejam yang lalu .

Mael pun dilambung oleh rakan nya yang sedang marah itu ke dalam longkang . mael cedera di pipi . sampai hari ini parut itu masih kekal di pipi nya . ramai orang telah menyaksikan kejadian itu . "kesian Mael kena lambung dalam longkang sebab tak lambung belon kat kawan dia" . sejak dari hari tu nama Mael Lambung sering di sebut2 selepas kejadian perlambungan itu . Mael diberhentikan sekolah selepas pengetua sekolah mendakwa parut di pipi nya menakutkan rakan2 yang lain .



***********

"Mummy Ah Chai piligi skulah dulu kan adoii..." tergelak mama Ah Chai mendengar pelat anaknya itu walaupun tiap2 hari dia menyebut benda yang sama . ibu mana yang tak sayangkan anak dia . berlari2 Ah Chai dengan uniform putih serta berseluar pendek mendapatkan basikal chopper nya .

Ah Chai seorang pelajar yang pintar dalam semua subjek di sekolah nya . tetapi subjek bahasa melayu Ah Chai tidak dapat menguasai sepenuh nya . dia masih lagi di ajar cara mengeja dan membuat ayat walaupun dia sudah tingkatan dua . Cikgu Salmah berkata "Ah Chai cuba buat ayat dari perkataan 'basuh'??" . Ah Chai mencuba ,"daddy aku puuuun suka nye mem basuhi rumah itu sampai putih nye adoii nye pun " .

buat pengetahuan semua, Cikgu Salmah adalah guru yang ke 152 mengajar Ah Chai . guru2 sebelum ni semuanya berhenti akibat gelak yang berpanjangan dan tekanan yang melampau semasa mengajar Ah Chai . akhir nya pihak sekolah terpaksa  membuang Ah Chai dari sekolah kerana tidak dapat menanggung perbelanjaan rawatan hospital untuk guru2 yang mengajar Ah Chai . Ah Chai dengan marah berkata "cantik luar, cantik dalam, banyak cantik nye membuangkan aku sesuka hati in . berani pun tak nak aku duduk kan di sekolah lagi te ber adoii."



********

dengan itu mereka berdua berazam untuk berhijrah ke kL dan menjadi gangster . bagaimanakah kisah merebut kawasan itu timbul?? . kita nantikan episod akan datang .

Monday, 27 June 2011

.:Best ke Jadi Budak Tinggi??:.



usop berkata "uishh tinggi nye klcc tu ". lantas di sampuk Dol disebelah "elerh kau tak tengok kawan aku, lagi tinggi dari klcc tu" . usop hanya tersenyum mendengar lawak dari Dol sebab dia tahu tadi kepala Dol baru sahaja terantuk dekat dinding .

"best ke jadi tinggi" . kadang2 aku pun terpikir gak . kalau laki mesti banyak kelebihan nya . untuk perempuan lak yang aku tau kalau bini lagi tinggi orang cakap murah rezeki . hehehe

istilah tinggi atau panjang diberi kepada insan yang mempunyai ketinggian di luar kawasan orang2 yang berketinggian sederhana . adui pening nya ayat . maksud aku kalau laki tinggi dia lebih kurang 180cm ke atas dan bagi perempuan pula 170cm ke atas boleh dikategori kan sebagai tinggi . now read my lips . tall. taller, tallest . good . dah boleh masuk pertandingan spelling ni .

so aku terpikir beberapa perkara yang patut diberi perhatian untuk rakan2 anda yang tinggi . banyak kelebihan diorang sebenar nya . contoh nya :



1) kalau jalan dengan kawan2 korang kat tempat yang sesak . selalu nya mesti korang akan tersesat . so yang tinggi x payah susah2 nak cari kawan lain . kawan2 si tinggi secara automatik nya akan mencari kepala yang tersembul keatas di celah-celah kesesakan orang ramai . dan kepala itu akan membantu mereka yang kesesatan .

2) bagi yang sudah berpunya . tinggi ni banyak kelebihan nya . kalau tinggi awek susah nak kiss . so terlepas dari buat dosa . awek nak tampar manje pun susah . tapi dont worry si pakwe yang tinggi akan membantu si awek untuk angkat barang2 shopping . ade ke patut korang buat dia macam tempat penyidai . tau lah tempat nak gantung panjang .



3) kalau bergambar ramai2 semua mesti nak duduk depan , tapi bagi si budak tinggi dia tak perlu bersusah payah, si tinggi akan lalu je kat belakang sambil sengih2 buat peace . tak payah nak diri atas kerusi .



4) kadang2 si tinggi ni dia tak akan perasan benda yang kecil di bawah nya . especially budak2 umur 4 atau 5 tahun yang suka berlari2 . TETAPI si tinggi tidak perlu risau kerana di sebabkan kaki nye yang panjang budak2 yang sedang berlari2 secara automatik selamat lalu di antara kaki si tinggi tanpa cedera parah .

 (erh budak ni nak lalu bawah aku ke??)


tapi jadi budak tinggi ni bukan semua nya indah . berdasarkan survey dikalangan kawan2 aku yang tinggi, part nak pilih pakaian memang susah kat malaysia ni . sebab tu nak kena beli brand luar negara je cewahhh (mengalahkan makcik 2020 je). korang bayangkan lah bila nak beli seluar, bila try seluar tu saiz pinggang dah ok . tapi bila tengok kat cermin dah macam michael jackson . bila try panjang seluar ok, tapi saiz pinggang lak besar . dah boleh masuk dua orang dah dalam tu .

kesimpulan nya bersyukur lah dengan apa yang tuhan bagi . setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2 .

tp kalau cik awek2 nak ke pakwe tinggi2 ni?? . mesti x nak sebab bila bergambar cik awek nampak rendah . ahaha .

korang ada niat ke nak jadi tinggi???nak??sama la macam aku.....uhuk3x...shhh

Tuesday, 21 June 2011

.:MAKCIK 2020:.


makcik2 dahulu kala amat susah untuk berkomunikasi dengan orang jauh . kalau nak kirim surat belum tentu dalam seminggu surat diterima . kalau nak ziarah ke rumah pula nanti mengambil masa yang lama untuk sampai . rasa rugi pulak berjalan jauh semata-mata nak tanya 'sihat ke tidak' .

tetapi kini teknologi telah memudahkan makcik2 untuk berhubung . semua nya di hujung jari . kawan2 lama semua boleh ditemui di facebook . pernah kah kita terpikirr macam mana kehidupan makcik dan teknologi di masa akan datang . situasi ini mungkin boleh diambil ikhtibar atau renungan semata-mata .

*************

--SEORANG MAKCIK YANG SIBUK BERFACEBOOK MEMANGGIL ANAK NYA 'USOP'--

usop tolong mama ambil barang kat kedai runcit "CIK KIAH ENTERPRISE SDN BHD"

mana list barang yang nak kena ambik tu mama??

usop pergi amik je dekat kedai tu sebab tadi mama dah "FAX" kan "QUOTATION" barang-barang yang mama nak.

tapi usop tak tahu jalan lah mama .

itu pun mama nak kena ajar ke . pergi lah "GOOGLE MAP" pastu klik "direction". takpun usop pinjam kereta buruk "FERRARI" ayah kamu kat "TINGKAT 3" tu . dalam tu ada "GPS" .

iyelah mama .

satu lagi . nanti usop "VIDEO CALL" dengan abang long . tengok dia kat mana and suruh dia balik . tadi dia cakap nak pergi masjid, tapi mama tgk baru tadi dia "TWEET" kat Bukit Bintang . ada yang tak bau syurga nanti baru tahu .

ada apa2 lagi tak mama??

owh lupa pulak mama . nanti suruh setiausaha mama call Mark Zuckerberg untuk "LIKE" page official mama .   hari tu mama dah "POST" kat "WALL" Mark tu tapi dia "REMOVE" pulak .

*******Usop pun tiba di kedai Cik Kiah********

"nah ni barang yang mama kamu pesan" kata Cik Kiah.

"daun kari dengan serai je???" . Usop menterbeliakkan mata nya .

"memang lah . sekarang ni susah nak dapat barang ni . kena tunggu musim sejuk "

Usop terimpak maksima mendengar penjelasan Cik Kiah itu .

"nanti cakap kat mama kamu, Cik Kiah Bank-in duit baki barang2 ni esok tau" . terkumat kamit mulut Cik Kiah bercakap sambil menekan i-pad 16 (sekarang dikenali sebagai i-pad 2).



**********Usop pun tiba di rumah************
tiba2

"aaarggggghhhhh"

nape mama??? nape mama??

"BLOG" mama kena hack dengan cik anon...

cik anon jual ikan laga tu ke..??

ANONYMOUS la...

lalu makcik itu pun post kat FB nya "OMG blog i kena hack . bencinya . siap lah kalau i tahu siapa punya kerja . grrrrrrrrr ."