Wednesday, 24 August 2011

.:List Kuih Menarik di Hari Raya:.


ramadhan kali ini rasa macam cepat pulak . amalan pun tak cukup banyak lagi . semoga dapat berjumpa lagi di ramadhan akan datang . hari raya pun hampir tiba . teringat plak serangkap lagu raya " tiba-tiba hari raya~~ semua insan bergembira~~ " .

seperti biasa banyak lah tupperware yang menghiasi ruang2 dan sudut rumah bila tiba hari raya . tetapi rasa bosan pulak bila setiap kali raya asyik jenis kuih yang sama jer . so entry kali ini menemukan korang dengan jenis2 kuih yang mungkin korang akan jumpa pada hari raya nanti ataupun cucu cicit keturunan yang ke-7 korang nanti . tapi kalau jumpa kuih yang gua bagitahu ni cepat-cepat roger gua .


kuih sarang hae yo - jauh nak order . kat korea tu . campur duit flight, duit shushi, duit jumpa girl generation...uish mahal tu...mungkin guwa beli kuih sarang semut je senang .



kuih ketart nenas- kuih ni ketat sikit . sedap tapi sakit mata memandang . kena makan masa hari raya . masa bulan puasa tengok pun dah batal . ketat sangat .



kuih simpul mati - selalunya kuih ni tak ramai orang minat . kos nak membuat nya pun mahal . banyak masa terbuang hanya kerana nak bukak simpul kuih ni . hanya orang yang pernah mengikuti persatuan pengakap je boleh membuka nya .



kuih batang buruk siku - boleh didapati di rumah orang-orang kaya . lepas makan tuan rumah akan sediakan barang dan bahan2 untuk membuat kuih ni . korang kena duduk situ dan buat kuih tu sebijik macam yang korang makan tadi . kalau banyak korang makan, overtime la jawab nya . apelah tuan rumah ni, dah bagi mintak balik .

kuih sampret prutt - dengar nama je dah berbau semacam . kuih yang di nikmati selepas makan rendang dan ketupat . kuih ini selalu di makan di kawasan tersembunyi seperti stor, rumah terbiar, mahupun kawasan berpopulasi rendah .



kuih siput - kuih kat atas ni korang pernah tengok kan . nak buat dia pun senang . tapi kalau tuan rumah bagi kuih siput yang macam ni tak apa, cuba kalau dia bagi yang macam kat bawah ni, tak ke satu rumah meriah....srruppp....ehehehe

....


....


.....



.....

                                                                           gambar dari : http://redmummy.com

p/s : lu orang jangan ubah nama kuih almond london . peberet gua tu ....selamat hari raya...gua update lepas raya pulak nanti..:P

Tuesday, 16 August 2011

.:Episode 3 - Mael Lambung Tarik Ah Chai:.

~EPISODE TERDAHULU~
EPISODE 1 : ALKISAH MAEL LAMBUNG DAN AH CHAI
EPISODE 2 : MAEL LAMBUNG VS AH CHAI
...
...
...


bunyi deruman enjin kedengaran dari jauh . kelihatan konco2 Ah Chai berbaris tegak sambil mengangkat tangan ke atas bahu kawan masing2 sambil menyanyikan lagu kegemaran Ah Chai  "cinta muka buku" (cuba lu orang imagine) .

ketibaan Ah Chai disambut dengan meriah dengan tarian "nano nano" dari kumpulan caklempong Kampung Baru . Ah Chai dengan rasa rendah diri turun dari kereta baru nya 'SAGA FL' . bagi Ah Chai barangan tempatan adalah yang terbaik . bagus nya Ah Chai ni menyokong produk tempatan .

tiba2 Ah Chai bersuara "aduhaii...korang semuanya in..aku ni mendatangi bank punn...nak memasuk kan nya duit untuk mummy aku di kampung sana tu punn...tapi aduhai..yang korang sambut kan ter macam aku nak mati in kenapa nye....hadddoooii" sambil menepuk dahi assistant nya Ah Kau .



...
...
....

"ok ok ok ok...itu dia lagu terbaru dari Safee Sali yang bertajuk Singapura dilanggar todak...kini anda bersama saya DJ Fak rulll dari radio Tak Nak Dengar Takpe yang berfrekuensi 12 mega pixel " ajuk Mael Lambung bila mendengar teletah dj radio yang membosankan itu . Rutin harian mael bermula seperti biasa . mencari kereta untuk ditarik sambil mengunyah keropok moni di dalam trak penunda nya .

tiba2 rakan mael lambung menyergah "wei Lambung ape cer hari ni...?" . terkejut mael lambung sambil membalas . "Erh lu ni...bagi la salam . kecik2 ayah lu x azankan ke dulu . gua walaupun macam ni dalam hati ada sekolah agama wa cakap lu . hek eleh puihh " tersipu - sipu malu rakan mael yang bernama Azman Seret itu memberi salam .

Mael mengeluh "wei sape name kau . haa azman . lupe plak gua . hang tau tak gua pagi tadi punyalah malu . pokok semalu pun malu tgk gua tahu tak . gua boleh pulak TERtarik kereta future abang ipar gua kat area klcc . dia mengamuk, pastu dia suruh gua tunda bangunan klcc tu . gua punya sayang kat awek gua, so ikutkan je la "

Azman Seret mencelah ."pastu lu berjaya tak tarik klcc tu" . "tak pun . dia ingat gua bodoh tapi gua cakap la kat dia yang klcc tu ada dua nanti gua panggil member lagi satu suruh tarik" .

TIBA-TIBA!!!! "Mael cuba kau tengok SAGA FL tu . gua rasa no plate tu dalam blacklist kan??cuba lu check "

Mael tersentak . "mana-mana . a'ah ye la . jap gua check no 'AHC 41' . betul la bro . makan besar gua hari ni . boleh gua belanja si awek makan kepci ngan mekdi . lu jangan risau biar gua gegar "

Mael dengan pantas menuju ke kereta tersebut . disebabkan salah tidur semalam Mael jalan sambil kepala nye teleng sedikit . jalan pun terenjut-enjut . gaut agak nye .



Belum sempat Mael menarik kereta tersebut, satu jeritan dari pintu bank kedengaran .  "ohhhhhhhooooiii . lu apa barang pun bikin kasi tarik kan kereta aku nye? . kalau ada cala bala cili bili culu bulu siap lu . tidak kah mengenali nya aku ni pun adoi . gua Ah Chai Taiko Pasar Seni . lu ingat wa takut . berani kerana benar nye in"

APAKAH AKAN TERJADI SELEPAS INI????
adakah pergaduhan besar akan berlaku? . ape lah zoul ni main sambung-sambung lak . lu tau erti penyesalan tak .ahaha . gua malas nak tulis panjang-panjang . nanti lu orang boring plak . so tunggu je episode 4 .

gua pernah dengar pepatah " jikalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi " kat ladang tu ada shower x??







Thursday, 11 August 2011

.:Bila Perempuan Ber 'CUTI' di Bulan Puasa:.



seorang mama yang sedang sibuk menghiris bawang di dapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa di sergah oleh anak bongsu nya yang berumur 7 tahun .

"harghhhhh..."

"opocot aaron aziz lagi hensem dari laki aku..." . melatah mama sambil meniru gaya action kamen .



"kamu ni boboi . teanjat mama . ada apa??" . jawab mama perlahan . penat melatah agak nya .

"mama pagi tadi boboi nampak kakak makan kat dapur . masa tu jarum pendek kat no 10 . kakak tak puasa lah tu mama kan?? . ustaz cakap kalau tak puasa masuk api neghaka (pelat rrr macam Lisa Surihani) "

mama bermonolog dalaman . "macam mana la nak explain kat anak aku ni...silap2 nanti dia paham lain" . mama menggaru kepala .

 "nape mama diam ni . boboi jelez tengok kakak makan siap duduk bawah meja lagi . ingat boboi x nampak lah tu " .

"kakak kamu tu cuti hari ni"

"erh semalam kan papa cuti . tak ada pulak boboi nampak papa makan??"

"ishhh kamu ni ermmm . kakak tu perempuan . jadi dia kadang2 tak boleh puasa ." tersenyum mama mengharapkan anak bongsu nya itu mengerti sesuatu .

"tapi kenapa perempuan je?laki2 tak boleh ke mama?"

mama menggaru kepala yang tidak gatal sekali lagi...

"sebab perempuan dia datang bulan"




"mama jgn nak tipu boboi . bulan tu kan jauh . neil amstrong yang lelaki tu pun pegi naik jet . kakak tu boboi tgk basikal pun x pandai bawak, apatah laki nak datang jenguk bulan "

terkesima dan impak maksima mama mendengar jawapan dari anak nya . terasa nak di sunatkan je anak nya itu dengan pisau pemotong bawang . haha . tetapi niat nye itu di batalkan kerana mengerti yang boboi masih kecil dan perlu banyak belajar lagi .




lantas mama membalas dengan nada yang mengalah .

"boboi cuba pergi tanya papa kat luar tu . mama tengah bz ni . nanti ada yang bukak puasa makan bawang je "

boboi berlalu pergi dengan muka 15sen .

Sunday, 31 July 2011

.:Teringat Kisah Lama:.

yeahhh besok puasa . ye ke korang gembira macam tu??ahaha . apa2 pun kita bersyukur bulan yang mulia datang lagi menjenguk kita . sebulan kita akan bertarung melawan hawa nafsu, lapar dan dahaga .


gua teringat masa gua kecik2 dulu . banyak kenangan yang mengusik buah pinggang . lu orang tau tak dulu gua paling malas nak pegi semayang terawikh . biasa lah budak kecik . pikir nak main je . gua kalau pegi terawikh dengan ayah gua . ayah gua selalu pastikan gua ada kat saf belakang semayang . masa ayah gua jeling belakang, gua duduk senyap je . dalam hati ada serban gua cakap lu . tapi bila nampak je ayah gua angkat takbiratulihram  "Allahuakbar" . dengan pantas gua angkat kaki pegi belakang masjid .



selalu nye aktiviti gua time tu main 'freeze and fire' . game ni main dia macam ni . sorang budak akan dipilih berdasarkan kiraan 'tan tan tut keladi wer wer, sapa kentut dia ketawa' . so insan terpilih akan kejar la semua orang sambil menyentuh badan diorang dengan menyebut freeze . sumpah time tu gua x tahu 'freeze' tu apa . yang gua tau bila kena macam tu korang tak boleh gerak . korang boleh gerak bila kawan2 lain sentuh balik dengan menyebut 'fire' . permainan ini akan tamat bila insan terpilih tu dapat menFREEZEkan semua orang . tapi kalau beliau gagal berbuat demikian hanya menangis je dapat membuat kan kawan lain berhenti bermain .





tiba2 terdengar suara pak imam "attahiyyatul..." dengan pantas gua berlari menuju ke saf mula2 tadi . gua rasa masa  tu usain bolt pun x dapat berlari sepantas gua . lepas je tok imam bagi salam gua pun rasa lega . bapak gua toleh kebelakang sambil tersenyum . syukur anak nya masih teguh berada dalam saf . tapi korang bayangkan lah kalau lapan rakaat terawikh, lapan kali jugak lah gua cabut . ish3x . maafkan along ayah . along x matang lagi time tu darah kanak-kanak la katakan .

pikir2 balik rasa kelakar je masa kecik2 dulu . lagi2 masa bulan puasa . kadang2 tu bila dah haus sangat gua buat2 mandi pastu macam tak sengaja je terminum air . dalam hati cakap 'eh ustat cakap kalau tak sengaja x pe, lgpun x mengenyangkan ' ehehe....upin dan ipin betul lah gua rasa masa tu .

ape2 pun semua tu kisah dulu2 . masa tu gua tak 'mimpi' lagi . so sekarang memang tak ade alasan lah nak ponteng puasa dan solat terawikh . kita kena ikhlas dalam beribadah . jangan buat kerana terpaksa . baru lah hati sentiasa tenang . gua harap korang semua pun puasa lah penuh . kecuali yang ada 'cuti2' malaysia tu memang tak boleh dielakkan lah . jangan lupa ganti lak bila dah bercuti tu . ahaha .

akhir kata selamat berpuasa dan berbuka....:D