Saturday, 21 May 2011

.:TIPS SEMASA CUTI SEMESTER:. bersama Dr BetoLkezouL

Masa cuti semester ni lah ramai student2 universiti paling suka . tapi kenyataan nya korang mesti banyak habis kan masa kat rumah . kalau macam guwa takpelah tengah praktikal . 

Tapi mengikut pengalaman guwa cuti2  semester sebelum ni, ibarat hamster dalam roda yang berpusing tu . makna nya pergi mana2 kat situ gak . ye lah maksud guwa jalan pergi dapur minum air pastu masuk bilik .  keluar lagi sekali pastu pergi ruang tamu bukak tv alih2 cerita indon . masuk balik bilik, ingat nak usha facebook . tapi semua status kawan2 korg dah 10x korang baca . itu belum amik kira berapa kali korang sign out dan sig in .



So guwa nak bagi tips skit macam mana nak bagi korang ceria dan menghilangkan boring di samping mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat luar . ce bace ce bace....

First... kalau korang ada adik kecik dalam umur 1-5 tahun, cuba pergi kat dia dan ajak berborak pasal isu2 semasa . kalau boleh mintak pendapat dia tentang fesyen2 terbaru . korang kena nampak bersungguh-sungguh la masa cerita tu . takut nanti adik korang rasa macam korang memperkecilkan diorang pulak . lepas dalam sejam dua borak tu, agak2 macam adik korang nak nangis tu, korang pergilah sambung tido balik .

Secondly... selalu kalau pagi2 mak korang mesti ajak pergi pasar kan . mesti boring giler . so waktu korang menunggu tu pergilah kat pintu pasar dan jerit .
"kak mari kak masuk2 macam2 ada, ikan, sayur , mesin tebu, mesin basuh, 
beli kak jangan tak beli " .  
dari situ kita nampak korang dah membantu para2 peniaga di samping memudah kan pembeli yang datang . silap2 ade gak mak cik yang berkenan nak buat menantu . siap gosip lagi
"Kiah cube ko tgk tu budak tu, anak si Peah kalau tak silap, belajar universiti tu, muda lagi tp kesian jadi macam tu..." . ahaha .
Thirdly... korang kan mesti ada facebook . so amik masa dalam seminit . pilih 20 profile awek cun/jejaka kacak yang korang rasa minat . then post kat wall diorang
" saya sayang awak, awak sayang saya tak, jom couple, kalau nak kahwin terus pun boleh jugak"
 kalau nak tambah lagi manja korang type lah macam "sayew sukeww tart awark..." (nyampah guwa) . dalam masa 5 minit korang tunggu lah . kalau ada rezeki diorang reply punya . tapi jangan salah kan guwa kalau korang punya friends tiba2 kurang, tak pun kena spam, lagi teruk kalau facebook hantar message " WE KNOW THAT YOU ARE BORING JUST NOW, BUT PLEASE BEHAVE YOURSELF, DONT DISTURB OTHERS EMOTION. TQ " . 

Lastly.. tips paling senang nak hilangkan boring ialah...


datang lah blogwalking kat blog guwa ni.....insyaallah tak de lah korang nak kena buat 
semua tips2 yang guwa bagi ni.....selamat bercuti...


5 comments:

Farhan said...

wahh dah ade blog gak.. lawat lah blog aku gak.. ^^

aku_iza said...

follow u, follow me back k? heheh

Ain Zulaikha said...

itu tips mmg untuk yang dah tak de kerja dah tuu hahahhaha

leyaliyana said...

hahha!! sumpah lawak. hopefully time u practicak okay la. okay tak? lol =D

Syazwan Azman said...

Pergh .. yg part gosip makcik2 tu mmg plot-twist la!