Tuesday 1 November 2011

.:Lapar Itu Subjektif:.



ni entry paling pantas gua penah tulis . erh baru tulis 7 patah perkataan dah kata pantas . cakap tak serupa bikin . bikin tu sapa? hensem ke? penyanyi? pakcik jual eskrem? mungkin juga makcik yang tengah marahkan anak dia petang tadi .

tiba-tiba gua rasa lapar . semenjak dua menjak ni gua selalu cepat lapar . bila makan nasi goreng ke pastu stengah jam kemudian mesti lapar . mulalah nak cari biskut . masak air pastu bancuh dengan milo 3 in 1 . kan best kalau milo tu 4 in 1 . tambah perisa kenyang sekali . tak payah susah2 gua pergi cari makanan lagi lepas ni .

hampir 20 keping biskut jugak gua bantai . member serumah dah menjeling melihat gua seperti orang kehilangan bini2 . wah banyak nye bini . tapi gua abaikan persekitaran yang mengganggu konsentrasi gua semasa makan . selesai je makan gua kira balik biskut tinggal berapa keping . wah cukup untuk 3 jam yang akan datang .


cara mengelakkan lapar secara berterusan


pelik memang pelik . kenapa cepat lapar? ada orang cakap kadar metabolisme gua tinggi . lu orang tahu tak metabolisme tu ape . benda ni bukan nya sejenis semut api mahupun kuih raya . Mengikut rujukan dari encik wikiwikipedia
"Metabolisme merupakan tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup. Proses metabolisme merupakan asas hidup, membolehkan sel membesar dan membiak, mengekalkan struktur mereka dan membalas terhadap persekitaran mereka. "
so mengikut analisa gua yang lemah dalam bidang kedoktoran ni, bila metabolisme tinggi kadar tindak balas sel2 yang ada dalam badan terhadap makanan yang telah masuk dalam perut adalah cepat, ini menyebabkan proses penghasilan tenaga untuk badan adalah di kadar maksima . walaubagaimanapun jika gua tak guna tenaga yang dihasilkan itu gua akan lapar jugak sebab semua makanan yang telah diproses tidak wujud lagi dalam sistem kekenyangan dalam perut .

jadi sel2 lapar akan mula memberontak dan melancarkan mogok . menghasilkan bunyi2 kriuk kriuk bawang dan serangga di sekitar ibu kota perut . kalau mogok mintak biskut kering takpe . ni mintak mekdi, kepci dan teruti feruti .


menggunakan tenaga tak perlukan ruang yang besar


kadang-kadang gua tahan lah juga amarah lapar ni . maklumlah nak jimat . boleh jadi muflis gua di usia muda gara2 asyik makan je . kalau berat badan bertambah takpe . ni berat jari kelingking pun sama gak macam dulu . aduyai .

so bila dah jadi macam ni mulalah berjangkit ke mata pulak . asyik nak tido je . maklumlah nak elakkan lapar . tidur banyak pun tak baik untuk kesihatan . kalau berlapar lagi la . silap2 boleh gastrik . so for the conclusion , gua bukan lah jenis orang yang makan banyak tapi kena makan secara berterusan . sebab gua ni cepat kenyang dan cepat lapar . so kalau ada bakal2 doktor mahupun tauke2 kedai makanan yang nak bagi nasihat boleh lah cadangkan di bahagian komen .

tapi walau lapar macam mana sekalipun, ingatlah yang ada orang lagi memerlukan dari kita di sana . jadi berjimat cermat dan jangan membazir . kerana membazir itu amalan syaitan . bak kata pepatah " sebijik beras itu ibarat setitik peluh petani" . erhh pepatah ke??


ni bukan lapar, ni kurang ajar nama nya...:D


p/s : ada orang cakap kalau makan banyak ni ada bela SAKA...ahaha...SAKA makan tomyam seafood x??

12 comments:

Anonymous said...

hahahaha.saka suke makan mekdi lahh :pp


btw,dian pon suke makan tapi tu la. jari kelingking ni dok tang tu jugak. tak naek naek. bdn pon kurus je ha. rase down giler mengenangkan badan kurus ni tapi makan da macam bela ehemm. hehe.

Marcella said...

hahaha...standard la nak membesar...

ko ni lapar sebab asik hujan je sekarang ni..bukan salah ko..betul..hehehe.. :)

Farhan said...

eh.. kita serupa la.. En. Pandang..

Chegu said...

lu baca doa tak ni bro...hahaha,

ekabukanmakcikkau. said...

aku pon cepat lapar mcm kau.memang terasa kegampangannya bila aku lapar dan makanan menghaibkan diri.

Anonymous said...

ehem lapar lah baca blog nih ;)

kajaharuna said...

hahaha.. milo 4 in 1.. kuat betul imaginasi awak..

ohoii~~ makan byk2 still tak boleh gumuk itu best kan?

Blank Ace said...

Err..kebetulan.. time baca entri nie...perut saya sgt2 lapar.. nak g mam ketupt kat dpur tkt la..huhu...
nak tido la..mmpi mkn rendang..zzzz
selamat hari raya aidiladha..
(^_^)
sy 'blog' awk..
hikhik..

Unknown said...

saka makan western je kehkehkeh

ika said...

hahaha...betul2...sme macam rapunzel ye...makan kemain banyak hingga menimbulkan kontrobesi mempunyai saka...apakah? padahal kadar metabolisme-sejenis-semut-api yang tinggi...ish2...

ekabukanmakcikkau. said...

patutlah aku rasa familiar semacam je entri kau ni ghupenye aku dah baca . memang cilaka

cha zainol said...

wei. bismillah tak? ngeee :D