Thursday, 11 August 2011
.:Bila Perempuan Ber 'CUTI' di Bulan Puasa:.
seorang mama yang sedang sibuk menghiris bawang di dapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa di sergah oleh anak bongsu nya yang berumur 7 tahun .
"harghhhhh..."
"opocot aaron aziz lagi hensem dari laki aku..." . melatah mama sambil meniru gaya action kamen .
"kamu ni boboi . teanjat mama . ada apa??" . jawab mama perlahan . penat melatah agak nya .
"mama pagi tadi boboi nampak kakak makan kat dapur . masa tu jarum pendek kat no 10 . kakak tak puasa lah tu mama kan?? . ustaz cakap kalau tak puasa masuk api neghaka (pelat rrr macam Lisa Surihani) "
mama bermonolog dalaman . "macam mana la nak explain kat anak aku ni...silap2 nanti dia paham lain" . mama menggaru kepala .
"nape mama diam ni . boboi jelez tengok kakak makan siap duduk bawah meja lagi . ingat boboi x nampak lah tu " .
"kakak kamu tu cuti hari ni"
"erh semalam kan papa cuti . tak ada pulak boboi nampak papa makan??"
"ishhh kamu ni ermmm . kakak tu perempuan . jadi dia kadang2 tak boleh puasa ." tersenyum mama mengharapkan anak bongsu nya itu mengerti sesuatu .
"tapi kenapa perempuan je?laki2 tak boleh ke mama?"
mama menggaru kepala yang tidak gatal sekali lagi...
"sebab perempuan dia datang bulan"
"mama jgn nak tipu boboi . bulan tu kan jauh . neil amstrong yang lelaki tu pun pegi naik jet . kakak tu boboi tgk basikal pun x pandai bawak, apatah laki nak datang jenguk bulan "
terkesima dan impak maksima mama mendengar jawapan dari anak nya . terasa nak di sunatkan je anak nya itu dengan pisau pemotong bawang . haha . tetapi niat nye itu di batalkan kerana mengerti yang boboi masih kecil dan perlu banyak belajar lagi .
lantas mama membalas dengan nada yang mengalah .
"boboi cuba pergi tanya papa kat luar tu . mama tengah bz ni . nanti ada yang bukak puasa makan bawang je "
boboi berlalu pergi dengan muka 15sen .
Sunday, 31 July 2011
.:Teringat Kisah Lama:.
yeahhh besok puasa . ye ke korang gembira macam tu??ahaha . apa2 pun kita bersyukur bulan yang mulia datang lagi menjenguk kita . sebulan kita akan bertarung melawan hawa nafsu, lapar dan dahaga .
gua teringat masa gua kecik2 dulu . banyak kenangan yang mengusik buah pinggang . lu orang tau tak dulu gua paling malas nak pegi semayang terawikh . biasa lah budak kecik . pikir nak main je . gua kalau pegi terawikh dengan ayah gua . ayah gua selalu pastikan gua ada kat saf belakang semayang . masa ayah gua jeling belakang, gua duduk senyap je . dalam hati ada serban gua cakap lu . tapi bila nampak je ayah gua angkat takbiratulihram "Allahuakbar" . dengan pantas gua angkat kaki pegi belakang masjid .
selalu nye aktiviti gua time tu main 'freeze and fire' . game ni main dia macam ni . sorang budak akan dipilih berdasarkan kiraan 'tan tan tut keladi wer wer, sapa kentut dia ketawa' . so insan terpilih akan kejar la semua orang sambil menyentuh badan diorang dengan menyebut freeze . sumpah time tu gua x tahu 'freeze' tu apa . yang gua tau bila kena macam tu korang tak boleh gerak . korang boleh gerak bila kawan2 lain sentuh balik dengan menyebut 'fire' . permainan ini akan tamat bila insan terpilih tu dapat menFREEZEkan semua orang . tapi kalau beliau gagal berbuat demikian hanya menangis je dapat membuat kan kawan lain berhenti bermain .
tiba2 terdengar suara pak imam "attahiyyatul..." dengan pantas gua berlari menuju ke saf mula2 tadi . gua rasa masa tu usain bolt pun x dapat berlari sepantas gua . lepas je tok imam bagi salam gua pun rasa lega . bapak gua toleh kebelakang sambil tersenyum . syukur anak nya masih teguh berada dalam saf . tapi korang bayangkan lah kalau lapan rakaat terawikh, lapan kali jugak lah gua cabut . ish3x . maafkan along ayah . along x matang lagi time tu darah kanak-kanak la katakan .
pikir2 balik rasa kelakar je masa kecik2 dulu . lagi2 masa bulan puasa . kadang2 tu bila dah haus sangat gua buat2 mandi pastu macam tak sengaja je terminum air . dalam hati cakap 'eh ustat cakap kalau tak sengaja x pe, lgpun x mengenyangkan ' ehehe....upin dan ipin betul lah gua rasa masa tu .
ape2 pun semua tu kisah dulu2 . masa tu gua tak 'mimpi' lagi . so sekarang memang tak ade alasan lah nak ponteng puasa dan solat terawikh . kita kena ikhlas dalam beribadah . jangan buat kerana terpaksa . baru lah hati sentiasa tenang . gua harap korang semua pun puasa lah penuh . kecuali yang ada 'cuti2' malaysia tu memang tak boleh dielakkan lah . jangan lupa ganti lak bila dah bercuti tu . ahaha .
akhir kata selamat berpuasa dan berbuka....:D

Saturday, 23 July 2011
.:Papan Tanda Semasa Pulang Berhari Raya Di Lebuhraya:.
BERHENTI!! adakah anda sudah bersedia untuk berpuasa . aku dah fikir nak raya dah pun . tak sabar nak balik kampung tolong nenek menghabiskan kuih raya .
entry kali ni nak menunjukkan sama ada korang peka tak tentang papan2 tanda di jalan mahupun lebuh raya . papan tanda itu menunjukkan maksud tersirat yang korang tak terfikir pun maksud disebalik nya . dont worry . aku akan tunjukkan satu persatu maksud papan tanda semasa korang pulang berhari raya pada bulan puasa nanti .
anda berada di kawasan melihat anak bulan . sila perlahankan kenderaan anda . kalau tidak anak bulan takut nak keluar .
jangan berpakaian ketat semasa di bulan puasa . bulan lain pun sama . pakai bengkung takpe .
teruskan puasa anda . jangan nak melencong ke kedai mamak pulak .
hanya nak mengingatkan anda . waktu berbuka ada 50 saat lagi . teruskan bertahan .
jika anda rindu kan ibu dan ayah semasa perjalanan yang jauh, telefon lah mereka di hadapan .
AWAS!!! walaupun di hari raya Mael Lambung tetap bekerja . so masa ziarah rumah sanak saudara jangan salah parking .
p/s : ermmm...
Saturday, 16 July 2011
.:HANTARAN TINGGI??OMG??:.
episod Mael Lambung dan Ah Chai akan gua sambung di waktu yang lain . so korang tunggu je la nukilan cerita mereka dalam masa terdekat ni . sapa2 yang belum tengok lagi episod 1 dan 2 sila klik link di bawah ini...
EPISODE 1 : al-kisah-mael-lambung-dan-ah-chai
EPISODE 2 : mael-lambung-vs-ah-chai
hari ni gua ada terbaca satu entry kat blog Mr. K pasal hantaran tinggi . macam2 lah komen yang telah tepalit di situ, kebanyakan nye komen dari perempuan lah . ada yang +ve ada yang -ve . tapi kalau korang tanya aku mesti korang dah tahu jawapan nya . aku kan lelaki . tulen bang . kalau hantaran ni kenalah berpada2 . ikut kemampuan zahir . kemampuan batin belakang cerita .
so aku cuba lah imagine kan macam mana kalau aku bagi hantaran tinggi kat pihak perempuan . mesti dia buat majlis gilang gemilang . haruslah . sebab hantaran aku kan tinggi .nak tahu apa aku pikir .
~part tetamu mestilah di utamakan . diorang disambut dengan carpet merah . siap ada jurukamera lagi . macam kat Oscar Award tu . penginapan pun di sediakan kalau sesiapa nak tinggal lama masa wedding tu nanti . erh mestilah . hantaran aku kan tinggi .
~makanan untuk tetamu lak mesti lah hebat2 dan sedap . kalau boleh nak hidang macam kat shushi tu . pusing2 makanan tu . senang diorang nak pilih . kalau terlepas tu pandai2 lah kejar .
~bagi yang tak boleh makan masakan melayu tu aku letak lah KFC ke MCD atau SUBWAY kat atas meja . kalau diorang nak delivery ke rumah pun boleh . erh mestilah . hantaran aku kan tinggi .
~pastu part potong kek tu aku nak potong guna mesin gergaji . sebab kek tu mesti diperbuat dari barang yang mahal . mahal kan tahan lama . so kena la guna mesin gergaji baru lut .
~kalau pengantin perempuan nak mekap nanti aku suruh mak andam mekap dia tebal2 . pastu bagi tetamu pakai spek 3D baru nampak mekap tu lagi tebal . 3D tu . barulah transformer . erh mestilah . hantaran aku kan tinggi .

~tempat bersanding aku nak macam bentuk kuda yang pusing2 kat funfair . alarh yang budak2 suka naik sambil lambai2 tu . nak tau sebab apa? sebab bila part merenjis senang lah orang ramai2 nak renjis . tak payah tunggu turn . kalau boleh aku nak suruh diorang renjis guna air cappucino ke air zam zam ke . kenalah mahal . hantaran aku kan tinggi .
~cenderahati untuk tetamu tak nak kalah . aku bagi sofa, rumah banglo, kereta BMW, tak pun aku bagi kerja kosong siap dengan elaun lagi . kalau boleh tambah kwsp, epf dan sokso . erh mestilah . hantaran aku kan tinggi .
SPLASHHHH......semangkuk air singgah ke muka aku .
"along bangun, maghrib2 pun kau bantai tido . apa pasal kau berpeluh2 ni . kau mimpi berjoging ke??" sergah mak aku .
"nasib baik mak kejut, along mimpi ngeri tadi . mak, dalam bank along ada berapa ringgit??"
"RM17.35...kenapa"
Subscribe to:
Posts (Atom)