Thursday, 29 December 2011
.:Pelik Tapi Benar:.
Setiap apa yang berlaku ada hikmah nya . prinsip ni selalu gua pegang sampai sekarang . hatta bila perkara pelik berlaku pun korang kena pikir yang mesti ada perkara atau benda yang tersirat di sebalik kejadian itu . benda yang baik kita ambil sbg teladan, benda yang buruk kita cuba hindarkan . dush dush dush .
nasib baik ada nyamuk lalu tadi . kalau tak lagi panjang gua ceramah kat korang . ada sebab nyamuk tadi lalu . pikirkan . kali ni gua nak kongsi beberapa benda pelik yang pernah gua tgk member gua buat . walaupun gua dapat ingat sikit je . cukuplah sebagai renungan di bawah pohon berangan dikala matahari di sebalik awan.
_________________________________________________________________________
~sapu habuk kat bilik guna kipas angin . korang bayangkanlah betapa malas nye member gua ni nak amik penyapu . alang2 kipas dah ada kat sebelah dia halakan je lah sampai habuk tu pergi jauh2 .
~korang pernah kena sergah atau ternampak kelibat hantu tak . selalu nya orang akan menjerit . so bila dah menjerit tu mesti lah ada perasaan takut sekali kan . member gua lain . perasaan takut dia tu pending sikit . dia jerit dulu pastu 10 saat kemudian baru dia cakap dia takut . gua pun dah pening nak analysis dia punya perasaan macam mana .
~ report dan assignment memang tidak boleh dipisahkan lagi dengan insan yang bernama suri . eh silap . insan yang bernama student . lagi2 bila nak siapkan report yang nak kena hantar esok . memang teknik copy and paste je lah . itu tak ambil kira teknik kopi and PES untuk stay up tak nak tidur .TAPII member gua ni rilex je . dia bukak laptop pastu bukak Google . then search Complete + Report + For + Properties + Of + Soil . what the fish . yang tak tahan tu boleh pulak dia jumpa . 3 hari punya kerja boleh siap dalam 3 saat . perghhh memang dunia di hujung jari betul .
~gua kalau pegi mamak tak sah kalau tak order teh ais mahupun nescafe ais . ditambah pulak dengan hidangan ayam golek yang baru tergolek kat tengah jalan . uishh . itu dah dikira bangkai . maksud gua ayam yang dipanggang sambil digolekkan oleh pemutar automatik . nak dijadikan cerita gua dan rakan gua makan tengahari then ayam golek pulak baru lepas diangkat dari bara api . memang fresh dari ladang habaq hang . tapi gua dah tau ayam tu terlalu panas untuk di makan, tapi member gua pulak gatal nak jugak yang ayam hangat . daging lembut kata nya . last2 gua dah abis makan dia baru nak selak2 kulit ayam tu . last2 member gua amik ais dan taburkan di sekeliling ayam golek tu . tadaaa . jadilah ayam golek ais . gua ingat nak tuang je sekali nescafe kat ayam dia tu . barulah jadi nescafe ayam golek ais .
p/s : bila gua update blog terlalu pantas jangan lupa pula usha jenguh entry2 sebelum ni .
Kalau tak boleh tidur nak buat apa
Boleh juga jenguh blog member gua untuk tanya dia sendiri ahaha . sorry schafiq .
Tuesday, 27 December 2011
.:Kalau Tak Boleh Tidur Nak Buat Apa???:.
tepuk2 bantal, tepuk2 tilam , tepuk kepala member sebelah pun still tak boleh tidur . haisshh susah betul nak tidur malam ni . kadang2 rasa nak main tepuk amai2 pulak dengan dinding . pusing kiri tak selesa, pusing kanan tak selesa, pusing kepala nanti takut tercabut pulak . jadi apa yang gua perlu merepek hari ni adalah benda yang korang boleh aplikasikan mahupun menjadikan nya satu aktiviti dikala korang tak boleh tidur .
1) keyboard komputer atau laptop
korang ada kan benda ni??kalau lagi mahal lagi bagus . so bila korang tak boleh tidur cuba cabut huruf-huruf dekat keyboard dan susun dari A sampai Z . dari 0 sampai 9 . yang button F1 F2 plak korang susun macam mana susunan kereta-kereta F1 semasa kat starting line . still boring jugak?? korang main je lah scrabble guna button2 tu . kalau tak cukup cabut roomate punya keyboard pulak .
2) bintang
cara ni boleh digunakan bila ada bintang kat langit je . jangan nak ngada2 cakap kat gua yang Fiq Mentor cakap tiga malam tanpa bintang . nanti ada yang tak dapat beza harimau bintang dengan bukit bintang pulak lepas ni . back to the topic . so bila korang dah mendongak ke langit kat luar rumah atau tepi tingkap, tunjukkan jari telunjuk kearah satu bintang secara rawak . then gua nak tanya . korang tahu touch screen kan . haa bagus . dengan pengetahuan korang tentang zodiak kelahiran korang, cuba bentuk zodiak tu menggunakan bintang2 yang ada di langit dengan cara touch screen . belum cuba belum tahu .
3) buku rujukan
engko orang kebanyakan student kan . mesti banyak buku teks ataupun buku rujukan . orait senang cerita korang ambik seberapa banyak buku yang korang ada dan stand by satu highliter . kalau boleh kaler pink . kalau tak ada pink, warna ungu daun pisang pun boleh . then korang selak sehelai demi sehelai dah highlight kan perkataan " pandang ke depan " . kalau korang jumpa pastu dapat highlight sepuloh bagitahu gua . gua ganti keyboard yang baru korang rosakkan tadi .
.........tapi kan gua rasa memang susah nak tidur sebab pepatah ada menyebut
renung2 kan...
p/s : dah lama tak update . rindu giler kat korang . dah follow gua belum kat twitter . sementara gua tgh cuti study week ni, akan gua merepek selagi ter daya . (lu orang mesti x perasan yang ini pantun . kbai)
1) keyboard komputer atau laptop
korang ada kan benda ni??kalau lagi mahal lagi bagus . so bila korang tak boleh tidur cuba cabut huruf-huruf dekat keyboard dan susun dari A sampai Z . dari 0 sampai 9 . yang button F1 F2 plak korang susun macam mana susunan kereta-kereta F1 semasa kat starting line . still boring jugak?? korang main je lah scrabble guna button2 tu . kalau tak cukup cabut roomate punya keyboard pulak .
2) bintang
cara ni boleh digunakan bila ada bintang kat langit je . jangan nak ngada2 cakap kat gua yang Fiq Mentor cakap tiga malam tanpa bintang . nanti ada yang tak dapat beza harimau bintang dengan bukit bintang pulak lepas ni . back to the topic . so bila korang dah mendongak ke langit kat luar rumah atau tepi tingkap, tunjukkan jari telunjuk kearah satu bintang secara rawak . then gua nak tanya . korang tahu touch screen kan . haa bagus . dengan pengetahuan korang tentang zodiak kelahiran korang, cuba bentuk zodiak tu menggunakan bintang2 yang ada di langit dengan cara touch screen . belum cuba belum tahu .
3) buku rujukan
engko orang kebanyakan student kan . mesti banyak buku teks ataupun buku rujukan . orait senang cerita korang ambik seberapa banyak buku yang korang ada dan stand by satu highliter . kalau boleh kaler pink . kalau tak ada pink, warna ungu daun pisang pun boleh . then korang selak sehelai demi sehelai dah highlight kan perkataan " pandang ke depan " . kalau korang jumpa pastu dapat highlight sepuloh bagitahu gua . gua ganti keyboard yang baru korang rosakkan tadi .
.........tapi kan gua rasa memang susah nak tidur sebab pepatah ada menyebut
"sorong bantal tarik bantal , orang mengantuk disorongkan papan "
renung2 kan...
p/s : dah lama tak update . rindu giler kat korang . dah follow gua belum kat twitter . sementara gua tgh cuti study week ni, akan gua merepek selagi ter daya . (lu orang mesti x perasan yang ini pantun . kbai)
Tuesday, 22 November 2011
Harimau Muda Pandang Kedepan Dan Menang Pingat Emas
![]() |
| Brader ni memang Hero Malaya |
Sebelum sepak mula satu Stadium Gelora Bung Karno penuh dengan lautan manusia merah putih, tetapi diMalaysia satu kedai mamak penuh dengan lautan order untuk menyaksikan perlawanan di kaca televisyen . namun demikian selepas perlawanan, satu stadium Gelora Bung Karno terdiam tetapi satu Malaysia bersorak dan menjerit kegembiraan . satu stadium bergelora air mata meratapi kekalahan Timnas Indonesia tetapi satu Malaysia menangis kegembiraan kerana dapat mempertahankan 'ibu' segala emas .
Tahniah buat keseluruhan pengurus dan pemain Malaysia yang memang jelas tidak putus asa dan pujian harus diberikan kepada mereka yang mempunyai kekuatan mental untuk menghalang segala provokasi yang berterusan . Bab provokasi ni akan dibincangkan hujung2 entry ini . "Dulu kita RAJA....Sekarang kita memang ONG " . ungkapan inilah dapat menggambarkan kemenangan dua kali berturut turut bola sepak di Sukan SEA . Kemenangan berganda ini telah dimulakan 2 tahun lalu oleh Datuk K.Rajagobal diikuti oleh Jurulatih Ong Kim Swee . next Sukan SEA kat Myanmar diharap jurulatih seterusnya dapat melaksanakan kemenangan hatrik buat Malaysia .
Gambar diambil dari Utusan Malaysia
Dari analisa anda siapa Pemain terbaik semalam ??. kalau ikut naluri para2 gadis sudah tentu akan memilih di atas dasar kehenseman iaitu Khairul Fahmi Che Mat ataupun Nazmi Faiz . dan kalau memilih diatas dasar cinta mesti korang pilih Fakhri . betul tak? ahaha . sekarang gua nak analysis dari sudut pandangan dan nafsu gua . Sebelum tu nak bagitahu susunan posisi terbaik dulu . bagi gua pertahanan adalah posisi terbaik diikuti bahagian tengah dan seterusnya bahagian serangan . pasukan pertahanan dapat menyekat dengan baik serangan indonesia walaupun sedikit leka . tetapi anda terlupa tentang Apex kita . ya siapa lagi kalau bukan KFCM . bukan Kelantan Fried Chicken Mek erh . ni Khairul Fahmi Che Mat . memang dia berpegang pada slogan kurangkan kontrovesi tingkatkan prestasi . cemerlang menjaga gawang walaupun dilanda macam2 tomahan . wacayasamalu apex .
Muslim dan Mahali tenang menjaga barisan terakhir Malaysia dengan membuatkan penyerang Indonesia terpaksa melakukan aksi2 Sinetron setiap ptang pukul 3 untuk mendapatkan penalti . Penjaring gol penyamaan dari Azra membangkit kan semula semangat rakan2 . Tandukan tersebut seperti gol dari Amri Yahya dahulu kala. "SPM APA ADA HAL" . Nazmi Faiz membuktikan pengorbanan nye tidak mengambil SPM tidak sia2 . menyarung jersi 21 bagi faiz seperti mendapat 21 A dalam SPM . yang terakhir ialah ketua pasukan iaitu Badrool Bakhtiar . Peranan sebagai Kapten pasukan kebangsaan bnyak menyuntik semangat kepada rakan2 sepasukan . Beliau banyak merencana bahagian tengah dan sering melakukan percubaan dari jarak jauh . kalau dia improve lagi shooting dia memang dah perfect .
"Menang kalah adat pertandingan" . tapi ingat itu pepatah melayu bukan indonesia . oleh sebab itu terjadi lah perkara2 yang tak diingini apabila sestengah rakyat indonesia tak dapat menerima kekalahan . segala cacian dan makian berleluasa di internet . lagi2 di FB contohnya . kita beruntung jadi rakyat Malaysia sebab dah diterapkan budaya hormat menghormati dan bertolak ansur . setiap kali ada provokasi dari seberang mesti ada rakyat kita cakap
"biarlah diorang nak cakap apa, tuhan je dapat membalas"
"kita kan serumpun buat apa nak gaduh2"
"bila kita menang nanti tak payah la buat provokasi, janji menang"
" aku percaya fakri akan berjaya satu hari nanti"haa tengok . semua rakyat malaysia komen yang positif je . biarlah bendera dibakar, biarlah lagu negaraku di boo kan, biarlah dituduh pencuri budaya, tetapi gua tengok rakyat malaysia tetap tenang dan jawab dengan ayat2 yang sopan . itulah beza nya ketamadunan dulu dan sekarang . tamadun dah berubah tapi masih lagi ada mentaliti memburuk burukkan dan tak menghormati orang lain . terkilan jugak gua lagu negaraku di main main kan . ditambah lagi dengan mereka menyebut perkataan m****g semasa lagu Negaraku sedang di mainkan . hanya gelengan kepala je gua dapat buat masa tu .
provok provok provok . itulah benda yang pasukan kebangsaan kena lalui sepanjang berada di sana . semasa latihan diganggu . nak pergi stadium pun kena ganggu . nak pergi tandas pun gua tak tau ada orang tahan ke tak . kalau di malaysia terkenal dengan kereta proton tetapi kalau ditanya kereta apa yang terkenal di indonesia, sudah pasti Baracuda (kenderaan anti-rusuhan) . mainan psikologi betul bila kena naik benda ni . memang tak ada kat mana2 perlawanan bola, pemain kena naik kereta kebal tu . tapi rakyat malaysia kan berfikiran positif . itu makna nya Malaysia adalah pasukan yang digeruni dan menjadi sasaran untuk dikalahkan walaupun dengan cara apa sekalipun . beza memang berbeza pemikiran dua negara ini . gua tabik rakyat Malaysia . proud to be malaysian .
TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT PASUKAN HARIMAU MUDA !! KAMI DOAKAN KAN KEJAYAAN ANDA SELALU.....IKHLAS DARI [ZOUL PANDANGKEDEPAN]
p/s : tapi gua suka Sokerleaks...'kesopanan' diorang tu gua maafkan....:D
Friday, 11 November 2011
.: Cinta Buku Kat Muka :.
Cinta muka buku pula telah menimbulkan satu fenomena di mana rakyat malaysia di kejutkan dengan semangat anak muda yang bernama najwa latif yang sangat cinta kan budaya membaca . sikap sebegini harus di contohi pada kanak-kanak sekarang .
Justeru itu penularan budaya membaca buku menyebabkan budaya pinjam meminjam buku pula merebak dengan cepat seperti virus batuk anai-anai . kalau dahulu sang jejaka selalu memberi alasan meminjam buku untuk mengorat si gadis tetapi kini mereka menggunakan alasan cinta pulak untuk meminjam buku . lihatlah betapa kuat nya penangan membaca di kalangan remaja sekarang .
Maka terciptalah sebuah lagu yang dikarang oleh seorang insan yang mempunyai pengalaman di pinjam buku . lirik ini akan lebih menarik jika di nyanyikan sambil pasang lagu asal "Cinta Muka Buku" . .
Tajuk Lirik Lagu: Cinta Buku Kat Muka
Artis/penyanyi: Najmudin Letup (sepupu Mael Lambong)
Kita berkenalan hanya depan laman rumah aku
Kau hantar makanan dan suruh aku rasa dahulu
ooh..wuohh.. Hati ku rasa sesuatu..
Kau hantar makanan dan suruh aku rasa dahulu
ooh..wuohh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu pinjam buku aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh..wuohh.. wuohh...benarkah buku itu..
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh..wuohh.. wuohh...benarkah buku itu..
*(chorus)
Bagaimana harus beri kata dua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita jumpa kat complex pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita jumpa kat complex pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak pelempang yang hinggap di muka
Banyak tanda lahir dan juga jerawat muka
Otak kata jangan jiran sebelah pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta orang gila
Banyak tanda lahir dan juga jerawat muka
Otak kata jangan jiran sebelah pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta orang gila
Banyak soalan banyak juga dia tanya
Kata hati rasa nak dibelasah saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan main cak cak saja
Kata hati rasa nak dibelasah saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan main cak cak saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa kau nak baling buku ingat ku tak tahu Oooo…wuohh
Ini buku cinta novel ku
Ku rasa kau nak baling buku ingat ku tak tahu Oooo…wuohh
Ini buku cinta novel ku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu dah tahu kau ubah topik dulu Oooo…wuohh
Itulah alasan yang satu, alasan nak pinjam buku..
Ku terdiam terkedu dah tahu kau ubah topik dulu Oooo…wuohh
Itulah alasan yang satu, alasan nak pinjam buku..
Subscribe to:
Posts (Atom)














