Monday, 27 June 2011

.:Best ke Jadi Budak Tinggi??:.



usop berkata "uishh tinggi nye klcc tu ". lantas di sampuk Dol disebelah "elerh kau tak tengok kawan aku, lagi tinggi dari klcc tu" . usop hanya tersenyum mendengar lawak dari Dol sebab dia tahu tadi kepala Dol baru sahaja terantuk dekat dinding .

"best ke jadi tinggi" . kadang2 aku pun terpikir gak . kalau laki mesti banyak kelebihan nya . untuk perempuan lak yang aku tau kalau bini lagi tinggi orang cakap murah rezeki . hehehe

istilah tinggi atau panjang diberi kepada insan yang mempunyai ketinggian di luar kawasan orang2 yang berketinggian sederhana . adui pening nya ayat . maksud aku kalau laki tinggi dia lebih kurang 180cm ke atas dan bagi perempuan pula 170cm ke atas boleh dikategori kan sebagai tinggi . now read my lips . tall. taller, tallest . good . dah boleh masuk pertandingan spelling ni .

so aku terpikir beberapa perkara yang patut diberi perhatian untuk rakan2 anda yang tinggi . banyak kelebihan diorang sebenar nya . contoh nya :



1) kalau jalan dengan kawan2 korang kat tempat yang sesak . selalu nya mesti korang akan tersesat . so yang tinggi x payah susah2 nak cari kawan lain . kawan2 si tinggi secara automatik nya akan mencari kepala yang tersembul keatas di celah-celah kesesakan orang ramai . dan kepala itu akan membantu mereka yang kesesatan .

2) bagi yang sudah berpunya . tinggi ni banyak kelebihan nya . kalau tinggi awek susah nak kiss . so terlepas dari buat dosa . awek nak tampar manje pun susah . tapi dont worry si pakwe yang tinggi akan membantu si awek untuk angkat barang2 shopping . ade ke patut korang buat dia macam tempat penyidai . tau lah tempat nak gantung panjang .



3) kalau bergambar ramai2 semua mesti nak duduk depan , tapi bagi si budak tinggi dia tak perlu bersusah payah, si tinggi akan lalu je kat belakang sambil sengih2 buat peace . tak payah nak diri atas kerusi .



4) kadang2 si tinggi ni dia tak akan perasan benda yang kecil di bawah nya . especially budak2 umur 4 atau 5 tahun yang suka berlari2 . TETAPI si tinggi tidak perlu risau kerana di sebabkan kaki nye yang panjang budak2 yang sedang berlari2 secara automatik selamat lalu di antara kaki si tinggi tanpa cedera parah .

 (erh budak ni nak lalu bawah aku ke??)


tapi jadi budak tinggi ni bukan semua nya indah . berdasarkan survey dikalangan kawan2 aku yang tinggi, part nak pilih pakaian memang susah kat malaysia ni . sebab tu nak kena beli brand luar negara je cewahhh (mengalahkan makcik 2020 je). korang bayangkan lah bila nak beli seluar, bila try seluar tu saiz pinggang dah ok . tapi bila tengok kat cermin dah macam michael jackson . bila try panjang seluar ok, tapi saiz pinggang lak besar . dah boleh masuk dua orang dah dalam tu .

kesimpulan nya bersyukur lah dengan apa yang tuhan bagi . setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2 .

tp kalau cik awek2 nak ke pakwe tinggi2 ni?? . mesti x nak sebab bila bergambar cik awek nampak rendah . ahaha .

korang ada niat ke nak jadi tinggi???nak??sama la macam aku.....uhuk3x...shhh

Tuesday, 21 June 2011

.:MAKCIK 2020:.


makcik2 dahulu kala amat susah untuk berkomunikasi dengan orang jauh . kalau nak kirim surat belum tentu dalam seminggu surat diterima . kalau nak ziarah ke rumah pula nanti mengambil masa yang lama untuk sampai . rasa rugi pulak berjalan jauh semata-mata nak tanya 'sihat ke tidak' .

tetapi kini teknologi telah memudahkan makcik2 untuk berhubung . semua nya di hujung jari . kawan2 lama semua boleh ditemui di facebook . pernah kah kita terpikirr macam mana kehidupan makcik dan teknologi di masa akan datang . situasi ini mungkin boleh diambil ikhtibar atau renungan semata-mata .

*************

--SEORANG MAKCIK YANG SIBUK BERFACEBOOK MEMANGGIL ANAK NYA 'USOP'--

usop tolong mama ambil barang kat kedai runcit "CIK KIAH ENTERPRISE SDN BHD"

mana list barang yang nak kena ambik tu mama??

usop pergi amik je dekat kedai tu sebab tadi mama dah "FAX" kan "QUOTATION" barang-barang yang mama nak.

tapi usop tak tahu jalan lah mama .

itu pun mama nak kena ajar ke . pergi lah "GOOGLE MAP" pastu klik "direction". takpun usop pinjam kereta buruk "FERRARI" ayah kamu kat "TINGKAT 3" tu . dalam tu ada "GPS" .

iyelah mama .

satu lagi . nanti usop "VIDEO CALL" dengan abang long . tengok dia kat mana and suruh dia balik . tadi dia cakap nak pergi masjid, tapi mama tgk baru tadi dia "TWEET" kat Bukit Bintang . ada yang tak bau syurga nanti baru tahu .

ada apa2 lagi tak mama??

owh lupa pulak mama . nanti suruh setiausaha mama call Mark Zuckerberg untuk "LIKE" page official mama .   hari tu mama dah "POST" kat "WALL" Mark tu tapi dia "REMOVE" pulak .

*******Usop pun tiba di kedai Cik Kiah********

"nah ni barang yang mama kamu pesan" kata Cik Kiah.

"daun kari dengan serai je???" . Usop menterbeliakkan mata nya .

"memang lah . sekarang ni susah nak dapat barang ni . kena tunggu musim sejuk "

Usop terimpak maksima mendengar penjelasan Cik Kiah itu .

"nanti cakap kat mama kamu, Cik Kiah Bank-in duit baki barang2 ni esok tau" . terkumat kamit mulut Cik Kiah bercakap sambil menekan i-pad 16 (sekarang dikenali sebagai i-pad 2).



**********Usop pun tiba di rumah************
tiba2

"aaarggggghhhhh"

nape mama??? nape mama??

"BLOG" mama kena hack dengan cik anon...

cik anon jual ikan laga tu ke..??

ANONYMOUS la...

lalu makcik itu pun post kat FB nya "OMG blog i kena hack . bencinya . siap lah kalau i tahu siapa punya kerja . grrrrrrrrr ."

Sunday, 19 June 2011

.:Ini Semua Sebab Ayah Lah:.


Buat Ayah ku yang tercinta, nukilan ini khas ku tujukan buat mu, ikhlas dan penuh rasa hormat serta diselaputi kasih sayang dari anak mu yang dulunya nakal, tetapi telah dibentuk oleh Ayah yang senantiasa menasihati dan menyara diri ku sejak kecil lagi . Pengorbanan mu tiada nilai nya .

AYAH LAH....

Ayah lah yang mengajar ku erti bersabar
Ayah lah yang mengajar ku menjadi pemurah
Ayah lah yang mengajar ku erti kasih sayang
Ayah lah yang mengajar ku erti bersederhana
Ayah lah yang mendidik ku tentang agama
Ayah lah yang mendidik ku supaya hormat pada orang tua
Ayah lah yang mendidik ku supaya jangan membazir
Ayah lah yang mendidik ku supaya sentiasa bersabar
Ayah lah yang mendidik ku supaya jangan berniat jahat


sebenarnya banyak yang aku belajar dari ayah . ayah seorang yang penyabar . dari sifat ayah itulah membentuk diriku sekarang . boleh dikatakan kebanyakan sukan yang aku ceburi sekarang banyak pengaruh dari ayah . ayah juga tidak lokek berkongsi ilmu .

kadang2 ayah ku biarkan anak2 nya makan dahulu . Ayah amat menitik berat kan pasal makanan . Masa kecil dulu Ayah akan marah kalau kami beli mainan selain dari makan . Siang malam Ayah bekerja . tak tahu macam mana nak membalas jasa Ayah nanti . walaupun semua gaji ku diberi pada ayah , tak ternilai dengan kasih sayang yang aku dapat .

sorry tiba2 rasa nak nangis...AYAH LAH ni....

~SELAMAT HARI BAPA AYAH~


p/s : rindu jugak kat ibu yang sedang menunaikan umrah....semoga selamat pulang ibu...

Friday, 17 June 2011

.:Pepatah Telah diPatahkan:.



Pepatah ada menyebut "tak kenal maka tak cinta'' . jom kita kenal . boleh la bercinta . salah tu . sebenar nya "tak kenal maka tak kenal la" . betul tak .

so mission aku hari ni ialah mematahkan beberapa pepatah untuk di sesuaikan dengan situasi zaman sekarang . semua ini adalah rekaan semata-mata . untuk bersuka ria dan bergumbira . jangan terasa atau bermasam muka . enjoy lah yer .

takkan lari gunung dikejar - sekarang ni orang dah sibuk kejar glamour . kesian gunung dah tak ada orang kejar .

sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua - tupai dalam cerita spongebob boleh hidup dalam air . kalau lompat pun takkan jatuh punya .

di mana ada kemahuan disitu ada jalan - jalan raya kat malaysia jadi sesak sebab terlalu banyak kemahuan .

melepas batuk di tangga - orang sekarang bukan setakat melepaskan batuk je kat tangga, melepaskan kahak pun dah ada . pengotor betul . jangan ada yang melepaskan bayi di tangga sudah .

jika tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagu nya - supermarket sekarang dah ada orang jual sagu . jangan nanti ada orang pecah pintu super market semata-mata nak dapat kan sagu .

air dicincang tak akan putus - sesiapa yang tak bayar bil air dalam masa 2 bulan, bekalan air mereka akan  diputuskan atau dipotong buat sementara waktu . so lepas ni kalau tak bayar bil, cincang macam mana pun air tu tetap akan putus .

org2 tua juga ada berpesan :-


anak dara menyanyi kat dapur dapat laki tua - elerh sekarang diorang sendiri yang nak laki tua . hehe . gurau je . jgn marah .

makan jangan suka beralih banyak tempat, nanti kawin banyak - yang ni aku suka . so tak payah ubah2 ...-.-